Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PROFIMA JADI MAJIKAN GIG JALANKAN URUSAN AHLI CARUM KWSP


PERSATUAN
Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) terus mengorak langkah sebagai persatuan industri kreatif yang kompeten apabila dilantik sebagai Majikan GIG yang pertama dalam kalangan persatuan perfileman tanah air.


Inisiatif ini tercapai menerusi kerjasama antara PROFIMA dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Wangsa Maju Kuala Lumpur dan satu majlis penyerahan surat lantikan diadakan di Menara KWSP di Kwasa Damansara, Selangor, semalam.


Menerusi lantikan ini, PROFIMA bertanggungjawab dalam menjalankan urusan berkaitan caruman atau simpanan KWSP dibawah Skim i-Saraan yang memberi kemudahan pada ahli untuk mencarum dengan mudah dan terjamin.


PROFIMA menyokong caruman KWSP melalui Skim i-Saraan yang memberi banyak manfaat kepada pekerja yang tidak mempunyai majikan dan bekerja sendiri serta ia dilakukan secara sukarela oleh pemegang akaun.


Pada majlis lantikan tersebut, ia dihadiri Encik Mohd Rodzi Abu Bakar (Ketua Jabatan Saluran Fizikal), Encik Aznal Alias (Pengarah Wilayah Tengah), Cik Noor Riah Mat Isa (Ketua Cawangan KWSP Wangsa Maju) dan pegawai-pegawai kanan KWSP.



PROFIMA pula diwakili Khalil Hj Saleh (Presiden), Shima Hanafiah (Setiausaha Agung), Azeem Azarudin (Bendahari Agung), Dewa Sapri (Penolong Setiausaha), Yusof Harun (Ketua Biro Perhubungan Agensi) dan pelakon, Zaidi Omar.


Matlamat asal program ini adalah KWSP mengiktiraf PROFIMA sebagai Majikan Gig yang layak berurusan sebagai majikan mewakili pekerja-pekerja sektor filem di seluruh negara. PROFIMA juga meletakkan syarat wajib dalam perbaharuan akta persatuan bagi mewajibkan setiap ahli mempunyai nombor akaun KWSP.


Menerusi perbincangan bersama, KWSP mengharapkan PROFIMA membuka mata semua pihak pekerja gig terutama penggiat filem sama ada kru produksi, pengarah, pelakon dan semua yang terlibat mengambil berat berhubung simpanan di KWSP melalui Skim i-Saraan.


PROFIMA meletakkan harapan agar pekerja-pekerja filem seluruh Malaysia mengambil peluang terbaik ini dan menyasarkan seratus peratus ahlinya aktif dalam simpanan KWSP dan paling penting mempunyai akaun dibawah Skim i-Saraan.


Selepas ini PROFIMA akan berkempen untuk menyedarkan ahli-ahli agar membuat caruman KWSP


"Kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana persatuan perfileman lain bagi hal berkaitan simpanan KWSP ini untuk manfaat bersama demi masa depan pada usia emas," ujar Khalil.


PROFIMA juga berharap hubungan baik dengan KWSP akan berterusan di dalam kempen menggalakkan pekerja-pekerja filem menjadi ahli KWSP dan sedar kepentingan simpanan pekerja.



#KWSP #PROFIMA #SkimISaraan #KruProduksi #Pengarah #Pelakon #Simpanan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan