Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'VIK2RIA SECRET' FILEM TERBAHARU ARAHAN A.R. BADUL KINI DI PAWAGAM. SASAR KUTIPAN RM1 JUTA!



BARANGKALI mendapat inspirasi daripada jenama produk wanita terkenal, ‘Victoria Secret’ maka lahirnya filem komedi berjudul ‘Vik2ria Secret’ yang sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai hari ini, 15 Jun.


Menariknya filem dibintangi pelawak popular tanahair seperti antaranya Ropie (atasdua dari kanan) dan Man Raja Lawak ini merupakan filem ‘comeback’ pelakon dan pelawak otai juga iaitu A.R. Badul, setelah lebih kurang 10 tahun tidak mengarahkan filem.


Kali terakhir anak kepada seniman Allahyarham A.R. Tompel ini mengarahkan filem bertajuk ‘Hello’ pada tahun 2013 yang dibintangi Fizo Omar bersama pelawak Tauke Jambu, Angah Raja Lawak dan Along Cham bersama Dayana Roza.


Ketika itu Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie berusia lebih kurang 64 tahun dan kini dalam usia 73 tahun, Badul masih bertenaga untuk memikul tanggungjawab menduduki kerusi Pengarah dibawah penerbitan produser  yang tidak asing lagi, Richard Ung (gambar atas, kiri).


‘Vik2ria Secret’ merupakan filem pertama  di bawah terbitan Ung yang mendapat bantuan Geran DKD Finas selepas lebih dari 10 filem berjaya dihasilkannya. Ia turut dibintangi Annie Arifin, Keena Mentor dan Fiza Halim.



Sehubungan itu tentu sekali ia satu cabaran buat Ung mempertaruhkan ‘Vik2ria Secret’ kepada pengarah otai yang diyakini mampu menarik perhatian penonton ke pawagam.


Dengan geran sebanyak RM550K diterima,  pihak penerbit perlu menggunakan segala pengalaman dan dana tambahan untuk menjayakan projek ini. 


“Bayangkan sistem FINAS yang amat ketat sekarang di mana hanya 30% dana akan diberi sehingga kesemua proses habis ini bererti pihak penerbit perlu ada dana sendiri kecuali penerbit memohon bantuan dari pihak lain seperti Mycreative Ventures yang dilaporkan perlu melalui pelbagai proses untuk membuat permohonan,” ujar Richard Ung dalam satu kenyataannya kepada media.


Menurut beliau, penggambaran filem dilangsungkan sebaik pandemik COVID-19 reda dan  PKP ditamatkan sebagai satu usaha memberi peluang warga seni kembali bernafas memperoleh pendapatan.


Tidak menafikan kekangan yang melanda setiap penerbit kecil sepertinya berbanding penerbit studio gergasi yang mempunyai wang promosi yang besar, Ung tetap tidak berputus asa dengan mengusahakan promosi filemnya di saluran radio dan e-banner di pelbagai tempat.


“Dengan kuasa viral diharap para kawan dan penyokong dapat membantu dalam menggunakan akaun media sosial mereka bagi tujuan mempromosikan filem ini,” harapan Richard Ung.


Pun begitu, yakin dengan pengalaman dimiliki A.R Badul, Ung percaya ‘Vik2ria Secret’ akan mendapat sambutan menggalakkan disebabkan pelbagai usaha dan perancangan yang rapi dan gigih telah dilakukan. 


Mensasarkan kutipan mampu mencapai sekurang-kurangnya RM1 juta daripada tayangan di pawagam mahu pun  dari platform lainnya, Ung memberi jaminan kesemua yang terlibat bakal mendapat imbuhan lebih sekiranya angka perolehan tersebut dicapai.


Nak tahu apakah Sutradara Terbaik filem ‘Oh Fatimah’, gelaran yang dimenangi pada Festival Filem Malaysia ke-8  (1989) ini mampu mengulangi kejayaannya menjulang anugerah sama  dan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik yang turut diterimanya, kita tunggu dan lihat perkembangan filem arahan Badul ini di pawagam.


Nak tahu apa kisahnya ‘Vik2ria Secret’.. jom ke pawagam dan saksi sendiri ya… yang pasti ‘Vik2ria Secret’ di dalam filem ini adalah nama butik pakaian dalam wanita di Kampung Horni… huhu…


#Vik2riaSecret #Filem #RichardUng #ARBadul #FFM8 #Covid19 #GeranFINAS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan