Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELANJA RM1K KE ATAS, PELUANG BERKELAH JULUNG KALINYA DI LAMAN SURIA KLCC !


MEMANG
rasa amat teruja apabila menerima undangan untuk ‘Picnic in the Park’ apatah lagi kat kawasan istimewa seperti di kawasan Esplanade Taman KLCC waima  di situ halwa telinga bukan sahaja boleh dihiburkan dengan alunan muzik air pancut yang memukau bahkan keindahan kawasan sekeliling diterangi cahaya lampu menambahkan lagi indahnya suasana diwaktu malam.


Begitulah  perancangan dari penganjurnya, Suria KLCC yang buat julung kalinya membawakan suatu aktiviti unik, iaitu berkelah di landskap indah Taman KLCC  berlatarkan bangunan ikonik Menara berkembar Petronas


Tetapi hakikatnya kita hanya mampu merancang  pada akhirnya Allah SWT jua yang menantukannya. Akibat hujan lebat sepanjang petang, acara berkelah yang diaturkan khas buat media dan bloggers terpaksa dibatalkan dan digantikan sahaja dengan ‘berkelah’ di perkarangan restoran “Burger & Lobster” sambil menjamu hidangan yang sepatutnya dijamah sewaktu berkelah.


Tak apa lah… apa pun memang cantik idea yang dibawa oleh Suria KLCC dan jika diberi rezeki mungkin anda berpeluang menikmatinya jika cuaca dilaporkan baik kerana program ‘Picnic in the Park’ akan tetap diteruskan sehingga 16 Julai 2023 ini.


Aktiviti berkelah yang dianjurkan secara eksklusif untuk para pelanggan Suria KLCC ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad  yang bermula dari 7 Julai lalu di mana para pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas melalui dua resit bermula dari 30 Jun sehingga 9 Julai 2023 berpeluang untuk menebus pengalaman aktiviti berkelah.



Picnic in the Park” terhad untuk empat orang bagi setiap kumpulan untuk setiap tebusan. 


Tata lanskap “Picnic in the Park” ini akan menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS serta iringan alunan muzik memukau di kawasan air pancut muzikal KLCC yang menjanjikan pengalaman rekreasi yang tak mungkin dapat dilupakan. 


Para tetamu akan diberikan persediaan perkelahan eksklusif untuk memberi peluang kepada merreka untuk mengambil gambar yang memaparkan atmosfera semula jadi penuh memukau dan mempesonakan. 


Pun begitu sesi “Picnic in the Park” yang eksklusif ini terhad untuk 50 kumpulan bagi setiap 4 pelanggan untuk setiap hari. dan mereka akan dihiburkan oleh ahli okestra dari “Malaysian Philharmonic Orchestra”. 


Wow! Menarik kan? 


“Kami amat teruja untuk melancarkan aktiviti perkelahan “Picnic in the Park” Suria KLCC yang julung kali diadakan ini”, ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd. 


Tambahnya, aktiviti berkelah ini diusahakan dengan tujuan untuk menghargai keindahan semula jadi di sekitar Esplanade dan Taman KLCC.


“Seiring dengan slogan ‘Always Something New’ yang menjanjikan pembaharuan untuk setiap kunjungan para pelanggan kami, aktiviti riadah ini juga sejajar dengan tanda penghargaan ikhlas dari kami yang sentiasa bekerja untuk  memberikan pengalaman yang terbaik buat para pelanggan. Oleh yang demikian, aktiviti berkelah “Picnic in the Park” kali ini yang sememangnya suatu pengalaman yang perlu dirasai oleh setiap pelanggan kami,” jelas Brien


Agaknya apa lagi yang boleh anda jangkakan jika berrpeluang berrkelah cara ini/


Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” akan menyediakan persediaan perkelahan mewah yang dilengkapi dengan khemah, tikar dan dekorasi unik


Setiap kumpulan akan dihidangkan dengan juadah makan malam untuk empat orang yang dibawakan secara istimewa oleh “Burger & Lobster”. 


Para tetamu juga berpeluang untuk menikmati air minuman “Whittard of Chelsea iced tea” yang menyegarkan selain dari hidangan “Cotton Candy” atau gula-gula kapas dan juga “popcorn” yang boleh didapati di kios yang yang akan disediakan.



Tidak kurang dari santapan rekreasi yang enak, para tetamu juga berpeluang untuk menikmati haruman yang mempesonakan di kios “Bath & Body Works”.


Selain itu, para tetamu berpeluang untuk merakam memori terindah melalui sesi fotografi di kios “Hot Air Balloon” yang juga bakal membuat penampilan istimewa sepanjang tempoh “Picnic in the Park”. 


Tambahan pula, peluang untuk beriadah disekitar “Motion-Sensor Dancing Flower” juga tersedia untuk para tetamu menyingkap pengalaman yang lebih bermakna. 



Mereka juga akan  menerima pelbagai barangan perkelahan yang lain seperti kipas mini, losyen penghalang nyamuk, losyen pelindung matahari dan peniup buih. 


Bagi memastikan kemeriahan yang berganda, para pembeli yang berdaftar berpeluang untuk menyertai sesi cabutan bertuah


Hadiah istimewa seperti baucar tunai Burger & Lobster” yang bernilai RM600 untuk setiap set, set hadiah dari “Bath & Body Works”, hamper barangan “Whittard of Chelsea” serta alat perkakas rumah daripada Remax


Sesi perkelahan ini hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama dari rakan kongsi Suria KLCC iaitu, Burger & Lobster, Bath & Body Works, Whittard of Chelsea, Remax, Guardian, dan juga Toys "R" Us



Ini menjadi suatu pengalaman yang sungguh bermakna buat para tetamu selain dari memastikan kehadiran mereka bakal dilengkapi dengan pelbagai tawaran menarik sepanjang keberlangsungan aktiviti. 


Pada penghujung sesi aktiviti pengalaman “Picnic in the Park” akan diakhiri dengan persembahan kemuncak Simfoni Irama Tasik


Jadi jika anda mahu menjadi sebahagian daripada  ‘tetamu istimewa’ program ‘Picnic in the Park’ apa kata cepat berbelanja di SUria KLCC.


Untuk info lanjut boleh layari www.suriaklcc.com.my dan pada laman sosial media di www.facebook.com/SuriaKLCCMall atau buka LINK INI. 



#SuriaKLCC #PicnicInThePark #CabutanBertuah #MenaraBerkembarPetronas #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan