Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ECO-SHOP LANCAR KEMPEN 'SYOKPPING GILA GILA PADA SATU HARGA' PELUANG MENANG HADIAH!


ECO
-Shop Malaysia yang diasaskan oleh Dato Seri Lee Kar Whatt sudah 20 tahun diperkenalkan kepada rakyat Malaysia bertujuan memastikan setiap isi rumah dapat menikmati produk berkualiti tinggi pada harga mampu beli iaitu RM2.40, selaras dengan slogannya, Jenama Harian untuk Setiap Isi Rumah!” 


Sejujurnya Kak Fas tidak perasan sudah membeli-belah di Eco Shop walau pun dah beberapa kali masuk ke dalam kedai yang Kak Fas sebut ‘kedai RM2‘ tu sebab memang terletak di kawasan rumah Kak Fas sahaja.


Bila budak-budak nak beli barang mainan mereka pun kata 'jom g kedai 2 ringgit' haha...


Tak perasan rupanya itulah kedai ‘Eco Shop’ yang menjual produk berkualiti pada harga rendah tanpa membebankan poket pengguna.


NI dia kedai Eco-Shop @Gombak yang Kak Fas selalu pergi tapi tak perasan logonya di atas.


Memang selayaknyalah ia mendapat pelbagai anugerah berprestij antaranya  ‘Golden Eagle Award’, ‘Superbrands Award’ dan ‘The Brand Laureate Award’.


Tahun ini sempena ulang tahunnya yang ke-20, Eco-Shop Malaysia mengumumkan kempen “SYOKPPING GILA-GILADengan Satu Harga bertempat di LRT Masjid Jamek baru-baru ini.


Kempen berkenaan akan berterusan  selama sebulan bermula 1 Julai lalu hingga 31 Julai ini di mana beberapa siri acara dan aktiviti menarik serta pameran disusun di persekitaran LRT Masjid Jamek.


“Ia bertujuan untuk mengetengahkan beberapa produk di bawah jenama Eco-Shop seperti Kreati, Delicies, Excue, Ganso dan Mama,” ujar Ketua Pegawai Operasi Eco-Shop, Jessica Ng pada majlis pelancarannya di LRT Masjid Jamek baru-baru ini.


JESSICA (kanan) dan Soong Sham Mee.

Turut hadir Pengarah Pemasaran Eco-Shop, Soong Sham Mee.


Menurut Jessica, terdapat lebih 10,000 pilihan produk yang ditawarkan untuk memupuk rasa cinta pada jenama Eco-Shop di hati rakyat Malaysia.


Ia merangkumi pelbagai segmen termasuk keperluan rumah, makanan, minuman, alat tulis, peralatan memasak, mainan serta makanan kucing! 


Dengan lebih daripada 240 cawangan, pelanggan tidak perlu ke kedai lain kerana semuanya ada di bawah satu bumbung, pada satu harga tetap yang berpatutan.


Pada majlis pelancaran, Jessica turut memperkenalkan Eco-App dimana pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian di Eco-Shop


Pelanggan yang mendaftar akan menerima 500 mata ganjaran serta-merta, menikmati pelbagai faedah serta kemas kini terkini. 


Eco-App merupakan salah satu daripada 10 aplikasi beli-belah yang popular di Malaysia, dengan keahlian semasa sebanyak 800 ribu


“Harga mencerminkan komitmen berterusan Eco-shop dan rasa terima kasih kepada masyarakat atas sokongan tidak pernah putus terhadap kami,” ujar Jessica


Sehubungan itu, jelasnya, Eco-Shop akan berusaha untuk berkembang dengan mengekalkan harga semasa dan sebolehnya tidak menaikkan harga jualan walaupun berdepan dengan kenaikan harga komoditi global, supaya rakyat Malaysia mampu membeli pelbagai barangan pada harga mampu milik iaitu RM2.40. 


“Misi utama Eco-Shop adalah untuk menyediakan barangan rumah pada harga yang paling berpatutan supaya semua rakyat Malaysia mampu untuk membelinya,” ulang Jessica.


Untuk menambah keterujaan, peraduan Eco-Shop “SYOKPPING GILA-GILA” menawarkan sehingga RM100,000 nilai Eco-Coins untuk pemenang menebus hadiah pilihan mereka daripada kereta serba baharu kepada hadiah lain seperti Pakej Umrah untuk keluarga, Perjalanan percutian, komputer riba, jam tangan pintar dan banyak lagi. 



Kempen ini menjanjikan acara yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan kerana Eco-Shop Malaysia terus mengorak langkah dalam berkhidmat kepada masyarakat dan menyediakan persekitaran mesra keluarga kepada pelanggan sejak dua dekad yang lalu. 


Untuk rekod, pada dua dekad  lalu, Eco-shop memulakan perjalanan untuk memperjuangkan jenama harian untuk setiap isi rumah di Malaysia, dan hari ini, Eco-shop dengan bangganya meraikan Ulang Tahunnya yang ke-20 melalui “Kempen SYOKPPING GILA-GILA" dengan Satu Harga”.



Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Kempen Eco-Shop dan “SYOKPPING GILA- GILA” dengan Satu Harga, layari: 


https://welcome.eco-shop.com.my 

https://sites.google.com/eco-shop.com.my/syokpping-gila-gila-tnc/home atau 

KLIK DI SINI.


Selamat Ulang tahun ECO-SHOP!




#EcoShopMalaysia #SyokppingGilaGila1Harga #JenamaHarianUntukSetiapIsiRumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan