Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FREDDIE FERNANDEZ TERUS TERAJUI KARYAWAN, JANJI BANTU AHLI-AHLI


PENGASAS
dan Presiden Karyawan Malaysia,  Datuk Freddie Fernandez terus mengekalkan jawatannya apabila dipilih sekali lagi  menerajui KARYAWAN bagi penggal 2023 hingga 2026.

Pemilihan Freddie diundi secara sebulat suara oleh ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KARYAWAN Ke-24 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Atas sokongan yang diberikan Freddie memberitahu beliau akan terus memberi perhatian terhadap isu dan masalah membabitkan ahli-ahli persatuan agar kebajikan mereka diperjuangkan.


“KARYAWAN akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengisi tabung supaya dapat meneruskan usaha menjaga hak dan kepentingan ahli-ahli.


“Isu royalti artis, masalah dihadapi artis rakaman, pemuzik kelab dan hotel, pemuzik dan artis jalanan atau buskers dan isu bayaran persembahan yang seringkali menyaksikan artis tempatan dipinggir berbanding artis luar negara perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya. 


Selain Freddie, pemilihan Ahli Lembaga Eksekutif dibuat pada AGM kali ini termasuk pelakon Radhi Khalid sebagai Timbalan Presiden, Rozita Rohaizad sebagai Setiausaha Kehormat, Kamal Kassim sebagai Bendahari manakala enam Ahli Jawatankuasa terdiri dari Norshila Amin, Jude Singho, Don Guerzo, Putri Balqish Agalan, Helmi Gimmick serta Haniah Hassan


Sejak tahun 2021, KARYAWAN menjalankan aktiviti kebajikan dan bantuan kepada ahli-ahli yang menghadapi masalah akibat ketiadaan sumber rezeki. 


Baru-baru ini beberapa usaha telah dilakukan untuk membantu dua artis yang mengalami penyakit serius iaitu Iskandar Spring, Ibnor Riza dan Zaiton Sameon.



“Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya juga menyalurkan bantuan melalui KARYAWAN kepada ramai artis termasuk artis rakaman, kelab dan penggiat seni dari bidang lain yang merupakan ahli KARYAWAN. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta Agensi kerajaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sentiasa menyokong usaha dan aktiviti ahli-ahli Karyawan” tambah Freddie.


Pada majlis tersebut, ahli-ahli KARYAWAN juga diberi penerangan mengenai fungsi dan caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) oleh wakil Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri. 


 “KARYAWAN menyeru dan menggalakkan ahli-ahli untuk mencarum bersama PERKESO agar mendapat manfaat jika ditimpa kemalangan mahupun meninggal dunia,” akhiri Freddie.



#KARYAWAN #FreddieFernandez #PERKESO #DBKL #MesyuaratAgungTahunan24

Tiada ulasan:

Catat Ulasan