Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HAZRUL NIZAM LUAHKAN 'SEJUTA KATA' SETELAH 15 TAHUN PENDAM IMPIAN DUET BERSAMA DIANA!



KAMI bukan pasangan bercinta, kami berdua bersahabat lama dan kini hanya berduet sama dalam sebuah lagu,” ujar Hazrul Nizam menepis sebarang kekeliruan yang mungkin beronak dalam fikiran media apabila diperkenalkan bersama penyanyi duetnya, Diana Nazyra melalui lagu ‘Sejuta Kata’.


Kenyataan itu tidak syak lagi pasti akan menolak ‘sejuta kata-kata’ yang mungkin dilemparkan netizen kepada pasangan duet berasal Singapura ini apatah lagi sangkaan itu pasti terfikir oleh umum apabila lagu tersebut menceritakan tentang kisah cinta yang amat indah dan sukar digambarkan walau dengan sejuta kata.


Meskipun ada halangan sepanjang hubungan, mereka berjanji akan kekal setia menanti hari bahagia yang bakal tiba. 



Itu kisahnya lagu tersebut... 'lagu berbaur perkahwinan', kata  penciptanya Omar K ...tetapi  dengan cepat disangkal Hazrul sebelum bermulanya sesi soal jawab bersama media.


Hazrul dan Diana ditemui pada majlis pelancaran single duet pertama mereka, ‘Sejuta Kata’, berlangsung di sebuah hotel terkemuka di The Curve, Kuala Lumpur yang dihadiri bukan sahaja oleh media dan bloggers tempatan malah turut diserikan oleh media dari Kota Singa, Singapura.




Turut hadir Hilwah Brown (dua dari kiri) dari Hilwah Maid Agency yang turut  mengumumkan penubuhan syarikat terbaharunya, HMA Entertainment di mana Hazrul dan Diana merupakan artis pertama di bawah tajaan syarikatnya. 


Bersama beliau juga komposer Omar K (kiri) yang bertindak sebagai pencipta lagu dan penerbit bagi ‘Sejuta Kata’.


Meneruskan kata-katanya, Hazrul memberitahu, beliau dan Diana sudah 15 tahun memasang impian untuk berduet bersama namun hanya pada tahun ini hajat mereka itu dapat direalisasikan.



“Kami memang sudah lama berkenalan dan berkawan baik, Diana sudah pun berumah tangga jadi jangan ada gosip antara kami ya,” pinta Hazrul menjelaskan ulasan gurauan kata-kata ‘Selamat Pengantin Baru’ yang diucapkan oleh seorang rakan artis secara bergurau melalui video yang dipaparkan.


Terdahulu, majlis turut dipertontonkan video ucapan tahniah dan ucap selamat daripada rakan-rakan artis dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.


Menurut pemenang tempat ke-enam ‘Gegar Vaganza’ musim ke 9 itu, mengambil langkah menghasilkan lagu duet terlebih dahulu daripada lagu solo dipermudahkan apabila Hilwah berhasrat mahu membuka syarikat pengurusan artis dan penerbit konsert.


"Biarlah ini menjadi permulaan untuk saya melangkah lagi menghasilkan lagu secara solo malah mungkin selepas ini ada lagi lagu duet," tambah Hazrul.



Menyambung dan mengiyakan kata-kata sahabat baiknya itu, tambah Diana, “Memang saya dan Hazrul sudah 15 tahun menyimpan hasrat mahu berduet. Kami memang rapat malah seperti keluarga dan jika berselilsih pendapat dan bertengkar pun kami tidak simpan dalam hati kerana masing-masing sudah faham memahami.” 


Sejuta Kata’ merupakan lagu kolaborasi Omar K bersama penyanyi popular, Hazama yang telah banyak menghasilkan lagu popular seperti ‘Penglipur Lara’ dan ‘Kalau Aku Kaya’.


Sejak dilancarkan di Singapura pada Jun lalu, ia telah mendapat tempat di Carta Ria 987 dan sejauh ini lebih 55,000 muat turun di Spotify.


Kini, dengan penglibatan Hazrul Nizam yang sudah dikenali di Malaysia sejak menyertai Gegar Vaganza, diharap ‘Sejuta Kata’ mampu menambat pendengar tempatan.


“Saya harap lagu duet ini akan mendapat sambutan pendengar di Malaysia,” ujar Hazrul sambil mendapat anggukan dari Diana Nazyra yang sentiasa melemparkan senyuman sepanjang sidang akhbar berlangsung.  



Terserlah keperibadiannya yang lembut sebagai seorang penyanyi Singapura yang terkenal dengan lagu-lagu tradisional Melayu waima pernah berkongsi pentas bersama Ratu Etnik Malaysia, Noraniza Idris mahu pun mendapat tunjuk ajar daripada biduan bersuara emas, Allahyarham R. Ismail (atas, kiri).



#SejutaKata #SingleBaharu #GegarVaganza9 #HazrulNizam #DianaNazyra #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan