HOKA BUKA CAWANGAN PERTAMA DI SURIA KLCC, TAWAR PROMOSI!
BAGI ahli sukan terutamanya pelari maraton atau larian lasak, barangkali jenama HOKA dari Perancis ini tidak asing lagi namun bagi Kak Fas khususnya, ini pertama kali mendengar nama produk tersebut apabila diundang ke majlis pembukaan cawangan pertama HOKA di pusat membeli-belah ternama, Suria KLCC baru-baru ini.
Khabarnya, di peringkat antarabangsa Hoka semakin mendapat pujian di atas komitmen jenama tersebut dalam menawarkan kasut sukan yang berkualiti tinggi, tahan lasak dan selesa yang tiada tandingannya.
Malah, kini dengan permintaan yang semakin meningkat terutama sekali di rantau Asia Tenggara, Hoka akan membawa inspirasi bertemakan “Fly Human Fly” selaras dengan maksud ‘Hoka’ bererti ‘terbang’ bagi memastikan pengguna dapat mengekspresikan kebolehan ke tahap yang maksimum.
Sudah tentu buat peminat sukan larian maraton dan larian lasak, kasut yang digunakan harus menjanjikan keselesaan yang optimum kerana jarak yang jauh serta halangan bakal memberikan cabaran yang getir kepada pelari.
Sehubungan itu, Hoka menampilkan kepelbagaian elemen yang menepati sasaran pengguna dengan rekaan menggunakan bahan premium, berteknologi tinggi serta tapak kusyen kasut yang menjaminkan keselesaan sepanjang larian menjadikan Hoka pilihan terkini oleh golongan terbabit.
Bertepatan amalan gaya hidup sihat yang semakin diamalkan oleh masyarakat, Hoka ingin menampilkan kelainan yang berbeza dengan jenama-jenama terkemuka yang lain.
Gabungan keselesaan, ketahanan serta corak rekaan gaya yang menarik akan menambahkan pilihan kepada pengguna.
“Hoka sentiasa menumpukan fokus utama dalam menginspirasikan pengguna untuk melangkah lebih jauh, melepasi halangan dan cabaran dengan ketahanan yang maksimum serta melakukan perkara yang sukar dengan keselasaan yang tiada tandingan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rev Edition, Pornsak Chinawongwatana sambil menyatakan kegembiraannya di atas pembukaan butik rasmi Hoka pertama di Malaysia.
Memberikan gambaran jelas peranan dan tumpuan utama membuka cawangannya di Kuala Lumpur, Chinawongwatana memberitah, Hoka amat teruja dan gembira melihat sambutan yang amat menggalakkan dan penantian yang ditunggu-tunggu oleh peminat Hoka selama ini.
“Kami akan memastikan produk yang kami tawarkan akan memberikan pilihan yang lebih baik, berkualiti setara dengan keunikan yang kami bawa selama ini," ujar Chinawongwatanata.
Hadir dengan rekaan kusyen yang besar akan memberikan penyerapan hentaman yang tiada tandingan, perlindungan yang rapi di bahagian pergelangan kaki pasti menjadi keutamaan pengguna sebelum bersukan lasak.
Keterujaan Hoka di sini juga bukan sahaja menggembirakan peminat sukan larian lasak malah Hoka juga ingin menarik perhatian penggemar kasut berfesyen dengan menampilkan kepelbagaian gaya yang digabungkan elemen fesyen terkini.
Jelas menunjukkan bahawa Hoka tidak hanya memfokuskan kepada satu tumpuan pengguna malah meraikan kedua-dua segmen menjadi satu untuk dijadikan sebagai kasut harian yang menepati citarasa pengguna.
Perasmian pembukaan butik pertama Hoka menjanjikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna apabila membeli-belah di butik Hoka.
Pengalaman tersebut disertakan dengan penyediaan pembantu yang arif di dalam pemilihan kasut yang berpadanan dengan kriteria pengguna idamkan.
Kriteria yang sering menjadi keutamaan adalah seperti keselesaan, ketahanan, keunikan tambahan akan diterangkan oleh pembantu yang mahir dalam pemilihan kasut yang terbaik kepada pengguna.
Bagi meraikan pembukaan secara rasmi butik Hoka di Malaysia, promosi eksklusif ditawarkan kepada pengguna bermula daripada 14 Julai sehingga 31 Ogos, di mana dengan setiap pembelian mana-mana produk Hoka di dalam jangkauan masa yang ditetapkan akan berpeluang untuk menyertai “Team Hoka” di dalam HOKA Fly Run KL pada 6 Ogos 2023.
Penyertaan di atas akan turut disertakan dengan barangan eksklusif daripada Hoka dan tanda penyertaan istimewa sebagai ahli kelab larian Hoka yang juga bakal menyertai larian tersebut.
Hoka ingin menyampaikan sebuah mesej jelas bahawa pengalaman yang ingin dibawakan oleh Hoka akan diterjemahkan sebagai satu hubungan di dalam sebuah komuniti yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Untuk makluman lanjut dan terkini, ikuti saluran media sosial rasmi Hoka di aplikasi media sosial Instagram dan Facebook rasmi Hoka atau laman sesawangnya
#HOKA #KasutSukan #LarianMaraton #LarianLasak #Perancis #Produk #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan