'INNOVATHON' TAWAR HADIAH LUMAYAN, CUNGKIL BAKAT KREATIF, CETUSAN IDEA RAFIZI!
Mengambil initiatif merealisasikan idea tersebut Astro dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) melancarkan 'INNOVATHON' sebagai satu program pertandingan realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi.
Kerjasama ini menyaksikan buat julung kalinya dua Menteri Kabinet Malaysia menyertai ‘INNOVATHON’ sebagai panel juri iaitu Rafizi Ramli dan Menteri MOSTI, Chang Lih Kang manakala usahawan wanita serta pelakon popular, Nur Fazura turut memegang peranan sebagai juri.
Pertandingan yang buat julung kali diterbitkan secara besar-besaran menerusi Astro menyaksikan seramai 1,033 penyertaan dari seluruh negara. Peserta termuda berusia 7 tahun manakala yang tertua pula berusia 73 tahun.
Sebanyak 56 idea daripada pelbagai lapisan masyarakat telah dipilih menerusi sesi uji bakat yang menyaksikan peserta berentap menerusi program ‘INNOVATHON’ yang bakal bersiaran sebanyak 8 episod. Setiap episod akan menyaksikan peserta cuba memenangi hati panel juri dan juga rakyat Malaysia.
Tidak kira apa juga bidang mahupun kebolehan, ‘INNOVATHON’ bertujuan mencungkil idea-idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi memperkasakan skil mereka dan memberikan mereka peluang untuk berdaya saing dalam memperkembangkan idea mereka.
Rancangan ini yang dikemudi dua figura popular, Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani bakal mengangkat mereka sebagai hero yang bermula dari zero.
Pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Hj. Nawawi pula bergelar Mentor ‘INNOVATHON’ yang bakal membimbing dan memberi motivasi kepada peserta-peserta pertandingan realiti ini.
FORMAT DAN INFO SIARAN:
Secara ringkas, setiap episod menampilkan beberapa idea tetapi hanya satu atau dua idea terbaik akan dipilih untuk mara ke Pentas Akhir.
Pada peringkat ini, mereka akan bersaing untuk memenangi sokongan pelaburan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1,000,000.
Lapan peserta untuk setiap episod akan memperkenalkan dan mempersembahkan idea mereka di hadapan 100 pengguna dan 5 juri professional.
Para peserta akan melalui 3 peringkat:
1. Pengenalan Latar Belakang
2. Bimbingan
3. The 100 Pitch
Pengenalan Latar Belakang:
Pengenalan Latar Belakang merupakan salah satu proses yang dilalui para peserta semasa sesi uji bakat serta sesi bersama mentor. Sesi ini dilakukan sejurus sahaja para peserta disenarai pendek untuk ke pusingan seterusnya. Pada peringkat ini, idea-idea yang dibentangkan akan dinilai dari sudut kemampuan untuk dibangunkan serta kemampanan dalam pelaksanaan.
Bimbingan:
Menerusi segmen Bimbingan, peserta-peserta akan menerima nasihat dan mentorship daripada pesonaliti-pesonaliti yang telah berjaya dalam industri masing-masing. Ini termasuk usahawan, pelabur, ikon niaga, selebriti dan personaliti tanah air tersohor. Antaranya Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Prof. Madya Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim, Ammar Zolkifli dan ramai lagi.
Setiap peserta yang terpilih untuk mara ke peringkat ‘INNOVATHON’ seterusnya akan menerima sesi bimbingan asas bersama mentor yang berpengalaman secara bersemuka bagi membantu perjalanan mereka sewaktu sesi pitching berlangsung.
The 100 Pitch:
The 100 Pitch pula menyaksikan para peserta mempersembahkan idea mereka kepada 100 bakal pengguna yang dipilih dari pelbagai latar belakang demografi yang merangkumi 70% daripada penilaian keseluruhan.
Selain daripada 100 individu tersebut,lima juri akan dipilih setiap minggu daripada kumpulan pakar. Mereka akan menilai dan memberikan peratusan markah sebanyak 30% menerusi penilaian profesional mereka.
Pentas Akhir:
Di Pentas Akhir, peserta akan membentangkan idea terakhir mereka kepada panel yang terdiri daripada lima orang juri utama daripada pelbagai bidang fokus termasuk usahawan, ikon niaga dan juga potensi pelabur. Para juri akan menilai kemajuan idea berdasarkan beberapa faktor seperti peluang, teknikaliti dan kriteria lain serta memberikan maklum balas sebelum memilih pemenang.
Pemenang Pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.00, tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM80,000 dan RM50,000. Tempat keempat dan kelima akan menerima RM10,000 dan RM5,000. Kelima-lima pemenang ini juga akan menerima sokongan pembangunan perniagaan mengikut kesesuaian dan skala perniagaan mereka yang bernilai sehingga RM1,000,000.00
‘INNOVATHON’ akan ditayangkan setiap hari Sabtu bermula 15 Julai 2023, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104). Manakala program ini akan bersiaran menerusi saluran-saluran vernakular yang lain termasuk Astro SHOWCASE, Astro Vinmeen dan Astro AEC dua minggu sejurus sahaja tayangan perdana di Astro Ria.
‘INNOVATHON’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
#ASTRO #Innovathon #RafiziRamli #Ekonomi #AstroRia #NurFazura #PakNil #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan