Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KAO KOMITED TERAP PELAN GAYA HIDUP KIREI DI MALAYSIA


KAO
- satu jenama yang sudah lama Kak Fas kenali ketika remaja cuma dah lama tidak dengar sehinggalah dijemput oleh Livan dari Priority Communications untuk majlis sambutan Ulang Tahun Kao ke-50 baru-baru ini.


Ya untuk rekod,  sepanjang 130 tahun yang lalu, Kao telah berusaha memperbaiki kehidupan orang ramai dan membantu mereka merealisasikan gaya hidup yang lebih mampan dimana pada April 2019 Kao menubuhkan strategi ESGnya, 'Pelan Kirei Lifestyle'.


Pelan ‘Kirie’ atau dalam bahasa Jepun 'kirei' menggambarkan sesuatu yang bersih, teratur dan cantik dengan serentak.


Sasarannya menjelang 2030, Kao rancang memperkasakan sekurang-kurangnya 1 bilion orang, untuk menikmati kehidupan yang lebih indah dan 100% daripada produknya meninggalkan impak alam sekitar yang menurut sains dapat ditampung oleh dunia kita dengan selamat.



Sehubungan itu, sempena menyambut ulang tahun Kao yang ke-50, diadakan Kempen ‘Together For Tomorrow’ yang kini sedang berlangsung di IPC, sehingga 9 Julai.


“Dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, masyarakat yang semakin uzur, kekurangan sumber dan pengurusan bahan seperti plastik, pengguna di seluruh dunia - termasuk di Malaysia – telah menunjukkan keinginan untuk menikmati gaya hidup yang lebih lestari lagi mampan. 


“Di Kao, kami namakan keinginan ini sebagai Kao Kirei Lifestyle, yang merupakan akar umbi strategi ESG kami,” ujar Toru Nishiguchi, Pengarah, Presiden Pegawai Eksekutif Urusan Kanan, Produk Pengguna Global Kao Corporation pada majlis kempen ‘Together For Tomorrow’ pada 7 Julai semalam.



Turut hadir, Presiden Kao Malaysia, Nishimaki Akira : Naib Presiden Kao Malaysia, Tan Poh Ling bersama empat tetamu undangan mereka khususnya barisan pempengaruh seperti Sofea Shra;  model ‘plus size’, Nalisa Alia Amin; doktor gigi, Dr. Kayla Teh dan Mastura Mohd Khalid selaku Ketua Pegawai Operasi dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


DARI Kiri: Mastura, Dr.Kayla, Nalisa dan Sofea.


Setiap daripada mereka membincangkan secara ringkas  berhubung topik-topik gaya hidup yang menjadi pegangan masing-masing antaranya seperti ‘harga diri’ (self respect), ‘peningkatan diri’ (self improvement) ‘penerimaan badan’  (body acceptance’) mahu pun soal mentadbir kewangan.


“Kami teruja untuk memulakan sambutan ulang tahun ke-50 kami dengan kempen Together for Tomorrow di IPC dari 4 hingga 9 Julai. Kempen ini bukan sahaja menampakkan segala-galanya yang diwakili Gaya Hidup Kirei tetapi juga akan berfungsi sebagai sumber pendidikan dan juga suatu jemputan kepada pelanggan Kao untuk menyertai kami dalam perjalanan mengindahkan kehidupan secara menyeluruh," sambung Nishimaki Akira.


Selain kempen tersebut, Kao Malaysia juga akan bekerjasama dengan beberapa NGO termasuk Biji-Biji Initiative dan Impactlution, selaras dengan komitmennya untuk mencapai Kirei Lifestyle


Kerjasama ini termasuk aktiviti pembersihan bandar yang telah berlangsung dengan julung kalinya pada 9 hb Jun, melibatkan pembabitan 110 pekerja Kao Malaysia yang berjaya mengumpul sebanyak 275kg sampah sarap dari jalanan Kuala Lumpur.


Kao juga komited meneruskan kerjasama dengan Impaclution untuk mengurangkan impak produk keluarannya di sepanjang keseluruhan kitaran hayat menerusi proses yang dikenali sebagai Penilaian Kitaran Hayat (LCA). Proses ini mengukur secara objektif impak sesuatu produk terhadap alam sekitar, daripada pilihan bahan buatan sehingga kepada pelupusan sisa.



“Kao Malaysia juga melanjutkan usaha kami dalam menerap strategi ESG Kirei Lifestyle dalam operasi kami secara menyeluruh. Sasaran utama antaranya termasuk mencapai Sisa Sifar dan memperjuangkan pemerkasaan wanita dan wanita khususnya menerusi siri KAO School of Confidence yang diperkasakan oleh jenama BIORE, LIESE & LAURIER,” tambah Nishimaki


Menurutnya dengan bimbingan Pelan Gaya Hidup Kirei, Kao bercita-cita memperkembangkan lagi perniagaannya, menawar produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna dan masyarakat supaya Kao boleh bersama-sama mengindahkan kehidupan secara menyeluruh untuk hari ini dan seterusnya.


Usaha Kao dalam memperkasa dan menyokong wanita juga telah lama bertapak dalam usaha komunitinya di Malaysia. 


Sebagai contoh, Kao menerajui bengkel ‘’Yakinlah Menjadi Remaja' sejak 1994 untuk menyokong dan mendidik gadis muda mengenai kepentingan penjagaan haid.


Baru-baru ini, program tersebut telah diperluaskan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai rakan penyampai utama selaras dengan komitmen Kao juga untuk memperjuangkan keyakinan sebagai faktor utama pembangunan dan kejayaan seorang wanita. 


Kempen yang dimaksudkan adalah ‘Laurier School of Confidence’, bertujuan bukan sahaja menyemai keyakinan di kalangan wanita muda tetapi juga memberi ganjaran kepada pelajar yang berkelayakan dengan RM1,500 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).


Mengenai isu sosial, Kao juga telah lama diiktiraf atas usahanya dalam memperjuangkan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman – terutamanya peranan wanita bukan sahaja dalam syarikat, anak syarikat dan sekutunya tetapi juga wanita di mana-mana sahaja.


“Berdasarkan nilai teras kami dalam menempuh jalan dengan integriti, dan juga menghormati hak asasi manusia, Kao telah mewujudkan dasar kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman dengan tujuan membenarkan nilai dan bakat individu terserlah,”  kata Nishiguchi (kanan). 


Tambahnya, Kao percaya bahawa pemerkasaan wanita adalah penting untuk syarikat berkembang, memandangkan kepelbagaian adalah salah satu aspek yang paling penting dalam modal insan. 


“Berdasarkan idea ini, kami komited menerajui bidang ini dengan inisiatif yang termasuk pembangunan pemimpin masa depan dan menyediakan sokongan untuk mengimbangi tanggungjawab pekerjaan dengan keperluan menjaga rumahtangga,” akhiri Nishiguchi.


Untuk maklumat lanjut tentang Pelan Kirei Lifestyle Kao, boleh  layari: 

https://www.kao.com/global/en/sustainability/klp/ atau KLIK DI SINI.



#KAO #PelanGayaHidupKirei #YakinlahMenjadiRemaja #KaoMalaysia #PRPTN #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan