Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KHAIRUDDIN JANJI USAHAKAN TANAH BUAT TANAMAN CILI, WUJUD KOPERASI, BANTU KEBAJIKAN GURU AGAMA!


CALON
Pakatan Harapan No 2  DUN Paya Jaras N38, Mohd. Khairuddin Othman cadang diwujudkan sebuah koperasi guru sekolah agama demi menjaga kebajikan guru serta infrastruktur sekolah terbabit.


“Bagi saya paling penting diperjuangkan dalam masa terdekat ini adalah kebajikan guru sekolah agama diperhalusi dan ditambah baik,” ujar Khairuddin ketika ditemui pada Program Ziarah Medik di Paya Jaras, pada  hari ini, Isnin 31 Julai 2023.


Menurutnya kebajikan guru sekolah agama jarang dibangkitkan berbanding infrastruktur sekolah yang biasanya memperoleh dana yang disalurkan Kerajaan bagi tujuan penambahbaikan dari semasa ke semasa.


“Kini, kebajikan guru sekolah agama akan menjadi agenda utama saya memandangkan sudah beberapa kali saya cadangkan ditubuhkan satu koperasi guru sekolah agama bagi menjana pendapatan sekali gus menjaga kebajikan guru sekolah terbabit,” ulangi Khairuddin.



Sehubungan itu, sebagai langkah awalnya, beliau akan memohon kepada Institut Kemajuan Desa (INFRA) sebidang tanah untuk diusahakan dengan tanaman seperti cili dan sebagainya waima hasilnya boleh menjadi sumber pendapatan semula kepada koperasi.


‘Inilah ikrar dan perjuangan saya sekiranya diberi peluang sekali lagi untuk menjadi wakil rakyat DUN Paya Jaras ,” tegas Khairuddin sambil berjanji akan terus memberikan perhatian terhadap penambahbaikan infrastruktur sekolah menerusi dana Kerajaan selain tumpuan terhadap kebajikan guru sekolah agama.



Dalam pada itu, bekas peguam ini turut memberi jaminan tidak akan mengetepikan isu mengenai banjir dan perparitan yang sering melanda penduduk di kampung tradisi di Paya Jaras walau pun berdepan beberapa permasalahan antaranya masih ada kampung yang berbentuk ‘parit Jepun’ di mana ia tidak tercantum dengan sungai.


“Isu ini agak mencabar kerana saliran yang mahu ditarik ke sungai perlu melalui tanah milik orang dan sekiranya pemilik tanah tidak memberikan kebenaran, ia menyukarkan proses penambahbaikan,” akhirinya sambil berharap mendapat sokongan padu penduduk Paya Jaras untuk berganding bahu dan bersama menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku.


THROWBACK.... Khairuddin pada majlis penyampaian sumbangan mangsa banjir dan sesi penerangan penambahbaikan bagi mengatasi banjir DUN Paya Jaras di Dewan MBSA Paya Jaras, pada 22 Jun 2023 lalu. Foto kredit: SelangorKini.

Pada Pilihanraya yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Khairuddin Othman bersama lawannya, calon Pas, Professor Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri dan calob Bebas, Nurhaslinda Basri.


Untuk rekod, ini kali ketiga Khairuddin akan mempertahankan kerusinya di DUN Paya Jaras setelah dua musim beliau berjaya menjadi wakil rakyat yang sentiasa memberikan keprihatinannya terhadap masalah penduduk sekitar malah disifatkan masyarakat sekeliling sebagai tokoh politik yang mudah didekati serta mesra rakyat.

#KekalYBMK #KekalDunPayaJaras #PayaJarasku #DemiPayaJaras #Peace #KitaSelangor#ArusMerahKuning #PerpaduanSelangor #PayaJarasUndiNomborDua


Tiada ulasan:

Catat Ulasan