Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAVEN MALAYSIA TAWAR KHIDMAT KONSULTASI DIPERCAYAI PELAJAR KE AUSTRALIA


SELEPAS
lebih 10 tahun beroperasi, kumpulan perkhidmatan konsultasi pengajian dan migrasi antarabangsa, MAVEN mengorak langkah setapak ke hadapan dengan membuka cawanganya di Malaysia.


Sehubungan itu, Maven Malaysia terus mengukuhkan posisinya dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama MAVEN yang beribu pejabat di Sydney.

Majlis yang berlangsung di pejabat Maven, Desa Pandan pada 2 Jun lalu  menyaksikan kerjasama strategik termeterai sebagai kolaborasi terbesar dan pertama di Malaysia dengan Maven Australia dalam bidang pendidikan diusahakan syarikat terbabit.


Pengarah urusan Maven Malaysia, Sarah Masud menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai usaha membantu para pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Australia seterusnya memudahkan proses migrasi.


“Menerusi MoA dan kerjasama Maven Malaysia akan menjadi akses bagi individu yang berminat untuk menyambung pengajian di Australia.


“Dari urusan permohonan visa, kos serta pilihan jurusan pengajian serta pertanyaan lain-lain, kami akan bantu dari A-Z. Ini termasuk bagi mereka yang berminat untuk migrasi juga,” kata Sarah yang mempunyai kakak menetap di Australia hampir 10 tahun.


Sarah menambah serentak dengan termeterai perjanjian itu, pihaknya akan memastikan urusan para pelajar untuk ke Australia dipermudahkan.

“Saya dengan kerendahan hati berharap kerjasama ini juga dapat membuka mata rakyat khususnya pengguna jenama kami supaya terus cakna dalam pemilihan hab pengajian yang dipercayai. 


“Syukur Alhamdulillah, di harap dengan kerjasama ini kami dapat menambah baik dan memudahkan proses kemasukan pelajar dan dalam masa yang sama menyelesaikan isu visa yang dihadapi oleh orang ramai termasuk visa melancong," jelasnya.


Untuk rekod,  Maven, yang beribu pejabat di Sydney, Australia, mempunyai rangkaian di beberapa negara seperti Nepal, Philipines, Mongolia, Brazil, Canada dan yang terkini di Malaysia.


Malah hingga kini jenama berkenaan mempunyai pengikut di media social yang setia seperti Linkedin, Facebook dan instagram dimana kerap update info terkini dan kongsi kegembiraan dari semua platform mengenai info visa terkini, review dari pelajar yang telah mengunakan perkhidmatan sehingga berkongsi kegembiraan dari rangkaian di seluruh dunia. 


Maven dijangka akan melangsungkan pelancaran rasmi rangkaian di Malaysia akhir tahun ini dimana semua rangkaian global akan turut serta meraikannya. - FAIDA RAHIM.


SARAH Masud (baju merah) bersama adiknya Lily Masud (kiri) dan rakan-rakan meraikan perasmian penubuhan Maven Malaysia.

#Maven #Australia #MoU #MavenMalaysia #Pendidikan #Sydney #Belajar #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan