PENDUDUK BIJAKSANA PAYA JARAS DISERU PILIH PEMIMPIN BERPENGALAMAN, KEKALKAN PH!
TIADA penganugerahan bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato, Tan Sri atau pun Datuk Seri bukan ukuran atau penentu kejayaan seseorang itu membuktikan keupayaannya mempimpin waima calon Pakatan Harapan (PH), Dewan Undangan Negeri (DUN) N38 Paya Jaras, Mohd Khairudin Othman sekadar bergelar YB selama dua penggal sahaja namun telah membuktikan kemampuannya membawa perubahan sosio ekonomi kepada penduduk Paya Jaras.
Penyandang DUN Paya Jaras itu kali ini berdepan dengan persaingan tiga penjuru membabitkan calon PAS yang bergelar Profesor Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri (kiri) dan calon Bebas, Nurhaslinda Basri.
"Di Selangor ini saya yakin pengundi tahu menilai siapa pemimpin yang mampu membawa ke arah kebaikan. Saya tidak mahu mainkan sebarang isu politik tetapi berserah kepada pengundi yang bijaksana untuk menilai kemampuan seseorang pemimpin itu. Secara umumnya ada orang memilih kerana parti, ada kerana kesetiaan pada parti dan ada juga yang memilih calon atau pun isu yang dibangkitkan. Tetapi percayalah rakyat negeri Selangor hanya ada satu pilihan iaitu PH yang telah dua penggal membuktikan mampu mengubah Paya Jaras mengikut kehendak rakyat,” ujar Khairudin panjang lebar ketika berucap pada Ceramah Arus Merah Kuning bersama Perdana Menteri di Subang Bestari pada malam 30 Julai 2023 lalu.
Sehubungan itu, Khairuddin berharap rakyat terus bijak membuat pilihan kerana PRN kali ini bukan lagi masa untuk 'cuba-cuba' (menukar Kerajaan Negeri) yang telah menunjukkan rekod yang baik sepanjang PH menerajui Selangor.
"Pesanan saya agar pengundi tidak cuba membawa Selangor kepada era Kelantan dan Terengganu. Ini bukannya masa untuk memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) memimpin DUN ini dengan memperkenalkan calon yang belum ada pengalaman mentadibir negeri,” jelasnya.
Khairuddin berkata, selepas penamaan calon pagi semalam, menerusi program kempen dan ziarahnya, beliau bersyukur apabila rata-rata pengundi yang ditemui menyatakan kesediaan mereka mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan kerana PN sendiri tiada rekod yang baik ketika mentadbir Terengganu, Kelantan dan Kedah.
"Keyakinan kita Selangor ini adalah negeri PH, tidak mungkin menjadi negeri PN walau pun dalam kempen mereka mendabik dada mampu menawan Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu.
"Namun, saya yakin parti lawan mungkin tidak akan tembus banyak (undian) di Selangor kerana orang negeri ini cerdik, bijak dan tidak akan termakan dengan hasutan perkauman, agama dan raja (dibawa pembangkang)," kata Mohd Khairrudin yakin.
Menurutnya, dengan kerjasama PH bersama parti gergasi yang teguh iaitu UMNO-BN, beliau berkeyakinan penuh dapat mengekalkan kerusi DUN Paya Jaras malah komitmennya sebagai Setiausaha PH turut memberi jaminan bahawa UMNO-BN adalah sebahagian daripada kerajaan PH dalam Selangor.
PERWATAKAN Khairuddin yang bersahaja dan mesra mudah didekati rakyat.
Mohd Khairuddin turut menyatakan penghargaan kepada UMNO-BN yang hadir dan bersama PH bagi menyatakan komitmen mereka untuk membantu mengekalkan kerajaan Selangor.
"Kalau UMNO-BN menyatakan kesetiaan dan kesediaan mereka untuk menewaskan PN, tidak ada sebab kenapa orang lain tidak boleh bekerja keras untuk menumbang atau menewaskan PN," ujarnya sambil menambahkata kepimpinan politik PN yang lemah hanya akan merugikan rakyat.
“Jadi saya syorkan kekalkan Pakatan Harapan di Selangor, itu pilihan terbaik,” akhiri Khairuddin Othman, lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diperoleh dari Universiti Teknologi Mara.
Profesionnya sebagai seorang peguam tidak syak lagi mampu membantu rakyat Selangor menjadi warga yang bijaksana manakala anak-anak muda pula berkeyakinan tinggi apatah lagi sebelum ini beliau memegang tampuk Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan waima banyak program untuk golongan muda dilaksanakan dengan jayanya.
Justeru meminjam kata-kata Raja Lawak Nabil Ahmad,”Lu fikirlah sendiri’ mana terbaik!
#PilihanrayaNegeri #DUNPayaJaras #Selangor #UMNO-BN #KhairuddinOthman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan