Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PERMOHONAN SERTAI RATU CANTIK 'COSMOWORLD' KINI DIBUKA, TAWAR HADIAH RM1.1 JUTA


PERTANDINGAN
Ratu Cantik, Miss CosmoWorld kembali bagi edisinya yang keenam bertujuan mempromosikan pelancongan, budaya dan warisan melalui francaisnya dan duta-dutanya, mewakili keunikan dan kepelbagaian latar belakang seni dan budaya melalui fesyen, kecantikan dan hiburan.


Sehubungan itu, permohonan dibuka kepada warga negara Malaysia bukan beragama Islam berusia antara 17 hingga 29 tahun pada tahun 2023 dengan ketinggiaan 160 cm untuk menyertai Miss CosmoWorld tahun ini.


Calon juga mestilah bujang, belum pernah berkahwin, bercerai atau mempunyai anak serta mempunyai keupayaan mental yang diperlukan untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.



“Selepas mencapai kejayaan dalam bidang kecantikan dan pertandingan, kini adalah tanggungjawab dan tugas saya untuk menyumbang kepada wanita-wanita di negara ini, mengenalpasti wanita yang berpengaruh, dan mendorong wanita yang berketerampilan dan yakin untuk mempromosikan yang terbaik untuk Malaysia, sambil memberi kembali kepada masyarakat,” ujar Pengasas Miss CosmoWorld, Carrie Lee  pada majlis pelancaran dan pengumuman Miss CosmoWorld 2023 yang berlangsug di Park Royal Collection, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Turut hadir sebagai tetamu kehormat, Kerabat DiRaja Selangor, Tengku Dato' Hishammuddin Zaizi bin  Tengku Azman Shah Alhaj yang diiringi bersama Penasihat Kehormat Miss CosmoWorld, Dato Sri Chong Chin Fung. 


Majlis turut dihadiri Ratu Cantik Miss CosmoWorld 2022 dari Filipina, Meiji Aculana Cruz serta Tiffany Lee selaku Pengerusi Pertubuhan dan Pemenang Tempat Ketiga Miss CosmoWorld 2021.



Edisi ke-6 Miss CosmoWorld bakal menjadi Pertandingan Ratu Cantik Malaysia yang terbaik pada tahun Ini, dengan jangkaan ratusan permohonan, menjadikannya pertandingan yang paling ramai pemohon dan menarik di negara ini. 


“Tahun ini Miss CosmoWorld akan menawarkan hadiah tunai terbesar dalam sejarah pertandingan, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM 1.1 juta (USD 250k), termasuk manfaat dan faedah daripada penaja untuk dimenangi,” jelas Carrie sambil memberitahu permohonan telah dibuka dan pemilihan finalis akan diadakan melalui ujibakat pada 23 September 2023 di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.


Miss CosmoWorld 2023 memberi  pendekatan kotemporari terhadap pertandingan ratu cantik dan cabaran-cabaran yang melebihi pertandingan sebelumnya di mana Miss CosmoWorld pada tahun ini menampilkan dan mendedahkan kehidupan seharian dan kemahiran para pesertanya yang bakal menempuhi latihan pemerkasaan wanita seperti latihan kecergasan, catwalk, pengucapan awam dan banyak lagi.


Melalui aktiviti-aktiviti ini, pertandingan ini disediakan untuk mencerminkan sifat patriotisme, semangat dan kekuatan para peserta demi merebut peluang untuk menjadi antara 12 peserta terbaik yang bakal bertanding di Pusingan Akhir Miss CosmoWorld 2023 pada Oktober tahun ini kelak. 


Pada masa yang sama, Pusingan Akhir Miss CosmoWorld 2023 turut menampilkan kira-kira 30 orang peserta antarabangsa pada November 2023.


"Organisasi Miss CosmoWorld, dalam tahun ke-6nya yang berterusan, telah bekerja keras untuk menyediakan platform yang akan meningkatkan bakat, kemahiran, dan kesungguhan golongan wanita muda di seluruh Malaysia. Selepas mencapai kejayaan dalam bidang kecantikan dan pertandingan, kini adalah tanggungjawab dan tugas saya untuk menyumbang kepada wanita-wanita di negara ini, mengenalpasti wanita yang berpengaruh, dan mendorong wanita yang berketerampilan dan yakin untuk mempromosikan yang terbaik untuk Malaysia, sambil memberi kembali kepada masyarakat,” tambah Carrie.


Menurutnya, acara ini akan memberi peluang kepada ratu cantik masa depan dari pelbagai budaya untuk berkongsi, mendidik, dan belajar dari pengalaman masing-masing serta memperlihatkan latar belakang masing-masing.



Berkongsi lanjut, selaku Penasihat, Chong Chin Fung (gambar atas, dua dari kiri) berkata, dengan berkongsi tradisi, adat resam, dan kisah masing-masing, wanita-wanita hebat ini menjadi duta negara mereka, memikat pengunjung untuk meneroka kecantikan dan daya tarikan tanahair mereka,


"Dalam dunia yang semakin global, pelancongan telah menjadi sebahagian penting dalam ekonomi kita. Ia mencipta peluang pekerjaan, menghasilkan pendapatan, serta mempromosikan pemahaman silang budaya. Miss CosmoWorld 2023 memainkan peranan penting dalam usaha ini,” ujar Chin Fung.


Sementara itu, Tengku Hishammuddin berpendapat Miss CosmoWorld sentiasa menjadi platform yang hebat untuk mempromosikan golongan wanita muda Malaysia ke peringkat global yang bukan sahaja mempunyai kecantikan tetapi juga kemahiran yang melampaui penampilan mereka. 


“Melalui pertandingan ini, ia juga merupakan peluang untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara yang memiliki golongan wanita muda yang berkebolehan, berasal dari pelbagai budaya dan latar belakang, berani untuk memimpin dan menghadapi cabaran masa depan. Saya boleh katakan peserta itu sendiri akan menjadi lambang kecantikan, kepelbagaian, dan potensi Malaysia,” sambung Tengku Hishammuddin.



Sebagai pejuang pemerkasaan wanita, pengasas Miss CosmoWorld membawa inisiatif untuk memacu para peserta ke arah sifat berdikari dan mengasah kepimpinan mereka melalui pelajaran utama berdasarkan pengalaman beliau sendiri, terutamanya tentang keusahawanan di mana ia berguna untuk mereka pada masa hadapan, tanpa mengira keputusan pertandingan ini. 


Dengan itu, pertandingan ini mampu membina kesedaran dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan wanita di seluruh negara untuk berdikari, melalui pengaruh para peserta kelak.


"Setiap tahun, Miss CosmoWorld terus meningkatkan penawarannya bukan sahaja untuk memberikan keutamaan kepada pertandingan ini, tetapi yang lebih penting untuk mencipta impak positif dalam masyarakat. Tahun ini, pemenang akan membawa pulang RM 1.1 juta (USD 250,000) untuk membiayai idea-idea perniagaan mereka, sebagai usaha oleh Miss CosmoWorld untuk membangunkan usahawan wanita yang berjaya. Di samping itu, setiap peserta yang mengambil bahagian dalam Miss CosmoWorld 2023 juga akan dilengkapi dengan asas-asas untuk menjalankan perniagaan sendiri, secara langsung mendorong usaha tersebut,” ujar pula Tiffany Lee.


Akhirinya, di Miss CosmoWorld 2023, pihak penganjur  menggunakan pengaruh mereka  untuk memperkasakan orang ramai dengan harapan dapat membawa perubahan positif dalam masyarakat.



Miss CosmoWorld Edisi keenam ini dianjurkan oleh CL Skin Sdn. Bhd. bersama GETBATS sebagai Penaja Wang Tunai, dan MeLife sebagai Penaja Platinum, bersama dengan para penaja lainnya.


Untuk maklumat lanjut mengenai Miss CosmoWorld 2023, boleh layari: www.misscosmoworld.com; https://www.facebook.com/MissCosmoWorld/ atau https://www.instagram.com/misscosmoworld/?hl=en.


Untuk lebih mudah KLIK DI SINI.



#MissCosmoWord2023 #PertandinganRatuCantik #ParkRoyalCollections #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan