Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

USAHAWAN TANJAK DINOBATKAN IKON USAHAWAN SAY LEAD PRO 2023 CETUSAN IDEA RAJA MUDA SELANGOR


MENANAMKAN
azam untuk membangun dan memperkasakan produk tempatan seperti tanjak membawa tuah dan kemenangan kepada pengasas Zai Collections, Nor Zaidah Abdul Rahman apabila dinobatkan sebagai  juara Ikon Usahawan Say Lead Pro 2023  dalam pusingan akhir Program Liga Usahawan OKU Malaysia.


Beliau membawa pulang piala, sijil dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000 yang disampaikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj merangkap Pengasas dan Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY), bertempat di  Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur pada petang semalam. 27 Julai 2023.


Berkongsi lanjut kenapa menonjolkan tanjak sebagai produk pilihan untuk diketengahkan, Nor Zaidah, 57,  memberitahu, perhiasan kepala itu merupakan satu identiti yang membezakan antara anak Melayu dengan bangsa asing.


“Kalau Mat Saleh pakai topi, kita orang Melayu kena pakai tanjak. Saya mahu mengembalikan semula seni budaya Melayu ini kepada masyarakat Melayu kita khususnya kepada generasi muda sekarang ini agar ia kekal sebagai produk kebanggaan kita,” jawab ibu kepada lima orang anak ini yang turut mengusahakan sebuah kedai makan di Kuala Pilah.


Sejak menyertai Program Liga Usahawan OKU Malaysia, Nor Zaidah akui pendapatannya melonjak naik dari segi pemasaran dan keuntungan perniagaaan malah kini mula mengajar jahitan tanjak dan kraftangan di Politeknik Port Dickson, Kolej Komuniti Kuala Pilah dan Kolej Komuniti Jempol.


Nor Zaidah tergolong dalam Orang Kelainan Upaya apabila terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada 27 April 2010 mengakibatkan kedua-dua belah kakinya patah sehingga doktor mengesahkan dia tidak lagi boleh berjalan secara normal seumur hidupnya.



“Namun Alhamdulillah setelah menjalani rawatan dan 13 kali pembedahan untuk masukkan besi dalam kaki, saya kini boleh berjalan tanpa kerusi roda, cuma tidak bolehlah berdiri terlalu lama,” ujarnya sambil bersyukur dengam kemenangan yang diperoleh.



Turut menerima hadiah sama di tempat kedua dan ketiga adalah usahawan Lailatol Mawar binti Mohd Noh yang mengusahakan perniagaan bag batik Lyla Rose serta usahawan produk haruman, Nurzakiah Dzulkifli. 


LAILATOL Mawar (gambar atas) dan Nurzakiah (bawah) menerima hadiah masing-masing dari Tengku Amir.


Ketiga-tiga usahawan dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini merupakan antara 10 finalis yang bertanding pada pusingan terakhir Liga Usahawan OKU Malaysia atau SAY LEAD PRO melalui Selangor Youth Community (SAY) yang disokong oleh Yayasan Hasanah.


Usaha yang dibangunkan daripada cetusan idea Tengku Amir ini bertujuan membangunkan usahawan OKU yang berbeza latar belakang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan melalui program keusahawanan yang telah berlangsung selama 18 bulan. 



Ia bermatlamat unttuk meningkatkan tahap sosial ekonomi golongan OKU agar dapat menjana pendapatan yang stabil melalui perrniagaan dan seterusnya mewuudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta bermanfaat kepada masyarakat.


Terdapat empat fasa program ini iaitu Unearth The Talent, Commercialisation, Sustainability dan Giving Back to Society


Antara teras program ini adalah latihan keusahawanan, penglibatan mentor dari industri, sesi kaunseling dan penglibatan ahli keluarga. 



Pada fasa pertama program, seramai 90 usahawan OKU telah dipilih berdasarkan sektor makanan dan minuman (F&B), jahitan dan perniagaan atas talian. 


Pada fasa ini, peserta diberikan latihan asas berdasarkan sektor mereka dan sejumlah RM90,000.00 telah diberikan kepada 30 peserta terbaik bagi semua sektor sebagai geran permulaan perniagaan. 



Pada pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysiai, seramai 10 usahawan OKU telah membuat pembentangan perniagaan di hadapan Tengku Amir Shah serta barisan juri profesional lain terdiri dari Ketua Pegawai Strategi, Yayasan Hasanah, Encik ZadilHanief Mohamad Zaidi; Ketua Pegawai Eksekutif, SMECorps, Encik Rizal Nainy; Ketua Pegawai Eksekutif, INSKEN, Encik Muhd Firdaus Azharuddin dan Pegawai Pembangunan Usahawan, DDEC, MARA, Puan  Hairul Azrien Baharudin.


Pelbagai jenis perniagaan telah dibentangkan, antaranya kerepek, minyak wangi, kedai runcit, jahitan baju dan beg batik, tanjak, panipuri, sambal hitam belimbing, rendang dan sebagainya. 



#SAY #YayasanHasanah #SayLeadPRO #UsahawanOKU  #RajaMudaSelangor #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan