Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AL-IKHSAN SPORTS PERKENAL 'PEMBANTU DIGITAL PERIBADI' HASIL KOLABORASI BERSAMA COMEBY



DALAM
usaha  mengembangkan  gaya  perniagaan  selari dengan pembangunan teknologi canggih dan trend pembelian masa kini,  peruncit sukan utama  di Malaysia, Al-Ikhsan Sports memperkenalkan kaedah baharu dalam urusan membeli-belah produk jualannya.


"Di Al-Ikhsan Sports, kami sentiasa mengkaji dan mengenalpasti langkah-langkah untuk meningkatkan kepuasan pelanggan secara holistik." kata Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.


Sehubungan itu, Al-Ikhsan mengumumkam perkongsian strategiknya dengan platform analitik runcit yang terkemuka, ComeBy, untuk merevolusikan pengalaman pelanggan dan meningkatkan prestasi di 51 buah kedainya di seluruh negara.


Majlis menandatangan kerjasama Al-Ikhsan Sports dan ComeBy disempurnakan bersama oleh Vach Pilluta dengan Brian Ooi, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Comeby, yang berlangsung di kedai Al-Ikhsan, The Curve, baru-baru ini.


VACH Pilluta dan Brian Ooi (kanan) meterai kolaborasi...


Melalui perkongsian tersebut, ia akan menyerlahkan visi Al-Ikhsan dan ComeBy untuk  membentuk masa depan runcit dalam kedai (future In Store Retail) dengan menggabungkan teknologi  canggih dengan perkhidmatan yang luar biasa, menetapkan piawaian industri baharu.


Bagaimana caranya?


Melalui servis pembantu digital, setiap pelanggan boleh membeli-belah di Al ikhsan  menerusi telefon pintar masing-masing.


Membantu Kak Fas menunjukkan caranya, Ketua Komunikasi Perhubungan Awam Al-Ikhsan, Ryn Khairina memberitahu, setiap pelanggan hanya perlu mengimbas pada kod QR yang tersedia.


“Selepas itu ia membolehkan mereka medapatkan maklumat produk yamg ingin dibeli, pilihan saiz yang ada mahu pun stok tersedia untuk setiap produk dicari sebelum ia dihantar terus oleh staf di kedai,” ujar Ryn.



Memang canggih fikir Kak Fas, sesuailah dengan generasi sekarang yang pintar IT cuma bagi orang lama yang masih ‘buta IT’ agak sukar dan perlukan bimbingan rasanya.


Apa pun yang nyata, melalui platform analitik runcit terbaharu hasil ciptaan ComeBy itu, Al-Ikhsan yakin mampu meningkatkan jualan antara 15 hingga 20 peratus sekali gus memanfaatkan banyak data, memahami kehendak dan keperluan pelanggan  mahu pun berupaya mengoptimumkan operasi kedai serta memacu pertumbuhan hasil dengan lebih efektik.


Selain itu, Al-Ikhsan Sports berupaya menjejak pulangan pelaburan mereka dalam masa nyata (real time), memastikan peruntukan sumber yang cekap serta memperkasakan kedai untuk mengukur prestasi kakitangan, termasuk kadar penukaran pelawat kepada pelanggan serta purata nilai transaksi untuk meningkatkan jualan dan mendapatkan keupayaan jualan silang.


Sementara itu, Brian Ooi memaklumkan, kolaboraasi bersama Al-Ikhsan Sports bermatlamat untuk menggabungkan semua titik data 'kuki luar talian' (cookie offline).


“Ini memberikan Al-Ikhsan pemahaman intensif ke atas setiap kedainya, supaya dapat memahami pelanggan mereka mengenai apa yang diminati dan sebab pembatalan pembelian, serta memberikan pengalaman membeli belah yang lebih peribadi,” ujar Brian.


Kolaborasi itu juga tambahnyai menyerlahkan visi bersama Al-Ikhsan Sports dan ComeBy untuk membentuk masa depan runcit dalam kedai (future In Store Retail) dengan menggabungkan teknologi canggih dengan perkhidmatan yang luar biasa, menetapkan piawaian industri baharu.


Berbekalkan cerapan berharga tentang penyemakan imbas pembeli, produk terlaris dan trend baru muncul, Al-Ikhsan Sports akan dapat membuat keputusan untuk memastikan operasi perniagaan lebih terkawal serta dapat mengekalkan kelebihan daya saingnya.


"Melalui kolaborasi bersama ComeBy, kami benar-benar boleh memanfaatkan teknologi untuk memahami metrik utama trafik, menilai penukaran di kedai dan boleh meningkatkan prestasi kedai individu dengan meletakkan inisiatif untuk mendorong trafik, meningkatkan visual imej bahagian hadapan kedai (Store front image and visual). dalam jejak yang lebih tinggi atau memastikan dagangan visual yang lebih kukuh atau membawa masuk produk yang paling sesuai untuk jualan,” sambung Vach Pilluta.


Beliau yakin gabungan kepakaran peneraju industri dari pihaknya  dengan penyelesaian termaju daripada Comeby pasti membolehkan Al Ikhsan Sports menyampaikan pengalaman peruncitan sedia masa hadapan.


Sebagai langkah awal platform terbaharu itu akan diperkenalkan terlebih dahulu kepada 50 cawangan Al-Ikhsan daripada 190 cawangan tersedia di seluruh negara.



Dalam pada itu sempena sambutan ulang tahun ke-30 Al-Ikhsan Sports melancarkan Ultimate Sports Experience bermula 21 Julai 2023 sehingga 31 March 2024


30 Individu yang berbelanja paling banyak setiap bulan di Al-Ikhsan Sports akan memenangi hadiah yang lumayan

10 Individu yang mempunyai rekod paling banyak berbelanja sepanjang 21 July 2023 sehingga 31 March akan memenangi hadiah Grand Final:

Untuk maklumat terkini tentang Al-Ikhsan Sports boleh memperolehnya melalui akaun media sosial rasmi Al-Ikhsan Sports di Instagram, Facebook, TikTok, Twitter dan LinkedIn


#AlIkhsanSports #ComeBy #VachPilluta #BrianOoi #PembantuDigitalPeribadi #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan