Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAMANDA PUTRAJAYA MERIAHKAN HARI MERDEKA DENGAN PELBAGAI AKTIVITI, GANJARAN!


SATU-SATUNYA
pusat membeli-belah terkemuka di bawah pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd di Putrajaya iaitu Alamanda tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan mahu pun Hari Malaysia bersama pelanggan setianya.


Sehubungan itu sepanjang Kempen Merdeka yang berlangsung sejak 25 Ogos sehingga 16 September 2023 ini, Alamanda mengalu-alukan kehadiran para pengunjung dari semua lapisan umur untuk bersama-sama memeriahkan sambutan bersama ganjaran luar biasa dengan  menawarkan hadiah edisi terhad dan juga barisan aktiviti kanak-kanak yang menarik. 



Bermula dengan Kempen “Merdeka Funtime VIKids” buat pengunjung kanak-kanak. yang akan berlangsung sehingga 3 September depan, ruang legar Pusat Beli-Belah Alamanda dihiasi dengan dekorasi  bertemakan permainan tradisional. dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik.

 

Ahli VIKids khususnya akan menerima pek percuma “Merdeka Funtime” yang mengandungi Set Seni dan Kraf, Permainan Ular dan “Rainbow Magic”. 


Tidak kurang dari itu, ahli VIKids berusia 6 sehingga 12 tahun juga berpeluang untuk menyertai aktiviti permainan tradisional seperti Ular dan Tangga, Congkak, Dam, Colek Lidi dan juga Ting-Ting.



Sebahagian daripada permainan ini menawarkan hadiah eksklusif seperti set seni dan kraftangan, patung lembut, botol air, kotak makan tengahari, yoyo, batu seremban dan juga permainan papan.


Bahkan pada hujung minggu dan Hari Merdeka pada 31 Ogos, ahli VIKids boleh menyertai Pertandingan Kostum Pakaian Tradisional dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik bagi merebut hadiah baucer beli-belah Alamanda  untuk tempat pertama, kedua dan ketiga bernilai  RM300, RM200 dan RM100


Pada masa yang sama, kempen “Merdeka Funtime VIKids” turut menganjurkan pertandingan mewarna yang terdiri daripada dua kategori iaitu, Kategori Junior (untuk kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 9 tahun) dan Kategori Senior (bagi kanak-kanak yang berusia 10 sehingga 12 tahun). 



Pertandingan mewarna ini akan diadakan pada hujung minggu sepanjang tempoh “Merdeka Funtime VIKids”. Hadiah pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada Baucar Beli-Belah Alamanda. 


Kemeriahan Hari Merdeka tidak terhenti disitu, bagi pembeli yang berbelanja RM500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima T-Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad sepanjang tempoh Kempen Merdeka berlangsung selama 23 hari. 


Tawaran ini adalah terhad untuk satu tebusan bagi setiap pelanggan, setiap hari. 


Dan bagi pengunjung yang beberlanja lebih dari RM1,500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih juga akan menerima tambahan Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada T- Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad. 


Ganjaran ini adalah khusus untuk 350 pelanggan yang berbelanja RM1,500 dan ke atas. 



Selain itu, seiring dengan usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisma pada 31 Ogos, 1,000 pengunjung pertama bakal menerima sehelai bendera tangan “Jalur Gemilang” manakala halwa telinga dan pancaindera lainnya dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang menampilkan kanak-kanak  berbakat dalam acara “choral speaking”, pertunjukan bakat dan juga persembahan seni dan kebudayaan. 


“Sebagai salah sebuat Pusat Beli-Belah yang mesra keluarga di Putrajaya, kami amat berdedikasi untuk terus memberikan pengalaman yang bermakna buat rakyat Malaysia. Seiring dengan ulangtahun kemerdekaan yang ke-66, kami bukan sahaja berbangga untuk memperingati kejayaan masa lampau malah, kami juga ingin memberikan sinar baru untuk barisan bakal pemimpin kita di masa hadapan. 


“Program seperti VIKids adalah ruang untuk kanak-kanak mendapatkan peluang untuk berkembang dari sudut daya ketahanan selain daripada membantu tumbesaran kanak-kanak melalui rangsangan bermain.” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada majlis sambutan Merdeka 66  serta Majlis Cabutan Bertuah yang berlangsung di Alamanda baru-baru ini.



Turut hadir Lau Pei Shan, Pengurus Pemasaran Alamanda di mana beliau  mengeluarkan 10 penama pelanggan bertuah daripada mesin ‘Bloom In Style’ yang terpilih untuk  mereka sendiri mencabut  hadiah mereka bagi menentukan nilai baucer dimenangi. Hadir bersama Sherina Khairi, Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi Suria KLCC Sdn Bhd.



Hanya seorang sahaja yang bertuah memperoleh baucer Beli-belah Alamanda bernilai RM3,000 manakala sembilan yang lain memperoleh baucer bernilai RM1,000 setiap seorang. Mereka antara pembeli yang berbelanja RM300 ke atas.



Terdahulu, pembeli yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai fesyen dan kecantikan yang terpilih juga telah menerima ganjaran serta merta yang merupakan sebuah beg tot Alamanda. 


Pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM800 telah menerima Baucar Fesyen Alamanda tambahan yang bernilai RM50 selain daripada beg esklusif Alamanda. 



Sementara itu, keharmonian dan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan turut dirai di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman Terengganu


Dengan konsep “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,” Mesra Mall menonjolkan pelbagai kempen hebat bermula 26 Ogos lalu sehingga 16 September 2023 ini.


Sepanjang keberlangsungan kempen tersebut, para pelanggan yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menebus sehelai Merdeka T-Shirt edisi terhad. 


Sambutan yang mengetengahkan aspek perpaduan dilihat menjadi sentuhan istimewa untuk kempen kali ini. 



Dalam usaha mengibar Jalur Gemilang, pihak Mesra Mall juga akan mengedarkan bendera dan kek cawan secara percuma kepada 100 pelanggan yang pertama pada 31 Ogos 2023 ini.


Edaran percuma ini akan berlangsung pada jam 11 pagi sehingga jam 2 petang. 


Tidak dilupakan, pertandingan Kostum Tradisional Kanak-Kanak bakal berlangsung pada 16 September 2023


Pertandingan tersebut diadakan bagi memberi ruang kepada kanak-kanak untuk mempersembahkan bakat mereka melalui peragaan pakaian tradisional. 


Pemenang akan menerima hadiah hamper dan baucar tunai. 


Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di bawah ini:

  1. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
  2. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall 

#Alamanda #KempenMerdeka #MesraMall #SuriaKLCC #MerdekaFunTimeVIKids

Tiada ulasan:

Catat Ulasan