Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BYD DOLPHINE KERETA ELEKTRIK KEDUA DIPERKENALKAN SIME DARBY MOTORS


BAHARU setengah tahun Sime Darby Motors melancarkan kenderaan elektrik pertamanya dalam segmen kereta penumpang, kumpulan automatif utama di Asia Pasifik itu memperkenalkan pula model yang dinamakan 'BYD DOLPHINE'.

BYD DOLPHIN yang telah lama dinanti-nantikan! Ini menandakan satu lagi kejayaan penting sebagai kenderaan elektrik kedua BYD untuk pasaran kenderaan penumpang.


“Atas sambutan yang sangat positif terhadap BYD ATTO 3 sejak beberapa bulan lalu, kami berbesar hati untuk mengembangkan lagi barisan EV kami dengan BYD DOLPHIN. Dengan matlamat memanfaatkan penggunaan EV yang semakin meningkat di Malaysia, BYD DOLPHIN menawarkan daya hidup elektrik dan daya tarikan estetik dengan nilai yang sangat menarik, menjadikan mobiliti mesra alam lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia dan menyokong aspirasi negara ke arah dekarbonisasi,” ujar Dato’ Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad pada majlis pelancaran BYD DOLPHINE yang berlangsung di One Utama, Aras Bawah, Tempat Letak Kereta Forecourt baru-baru ini.



Turut hadir untuk meraikan mercu jaya ini ialah Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau; Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD; dan Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd.


BYD DOLPHIN mencerminkan komitmen BYD terhadap kepintaran, kecekapan, keselamatan dan estetika. 



Kenderaan elektrik sepenuhnya dilengkapi dengan kemajuan teknologi ikonik BYD, iaitu Blade Battery, inovasi revolusioner oleh BYD yang membolehkan keselamatan bateri dan peningkatan ketumpatan tenaga; e-Platform 3.0, platform teknologi eksklusif untuk kenderaan yang sangat cekap dan pintar; sistem pam haba penjimatan tenaga kecekapan tinggi; dan rangkaian kuasa elektrik 8-dalam-1 pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di dunia yang mengoptimumkan penggunaan ruang dan kecekapan tenaga.


“Kami teruja untuk terus menggiat gelombang elektrifikasi di Malaysia dengan BYD DOLPHIN. Direka untuk gaya hidup moden dan berkait hubung, BYD DOLPHIN menawarkan nilai yang unik sebagai hatchback EV dengan teknologi canggih yang menyediakan lebih banyak kapasiti ruang daripada hatchback konvensional. Ini sememangnya sesuai untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang pelbagai, dengan membawa BYD yang terkenal dengan inovasi bertaraf dunia dalam menggabungkan teknologi terkini dan kemampanan.” ulas Liu Xueliang.


Diinspirasikan oleh keindahan dan keanggunan namanya, BYD DOLPHIN menampilkan konsep rekaan “Estetika Lautan”, dengan aliran bentuk luaran badan yang digabungkan dengan kontur yang mengalir dari lampu LED bersambung merentasi gril tengah dan reka bentuk lampu belakang geometri, serta elemen seperti pemegang pintu berbentuk sirip.


Bahagian dalam kereta luas, dengan tempat duduk penumpang yang selesa, ruang penyimpanan yang banyak serta ruang bagasi yang fleksibel. 



Bagi memastikan pengalaman pemanduan yang selamat dan mudah, BYD DOLPHIN mempunyai jejari pusingan kecil iaitu 5.25m dan monitor tontonan definisi tinggi bersifat 360 darjah, di samping ciri keselamatan aktif dan pasif seperti sistem advanced driver assistance


Selain itu, kenderaan itu dilengkapi dengan teknologi pintar, termasuk skrin sentuh berputar pintar seluas 12.8 inci dan reka bentuk bunyi aktif dengan sistem bunyi enam pembesar suara. Pilihan lanjutan juga menampilkan pengecasan tanpa wayar dan bumbung matahari panoramik.


BYD DOLPHIN terserlah dengan jarak pemanduan yang mengagumkan sehingga 490km* dengan cas penuh, memberikan pemandu kebebasan yang tiada tandingan di jalan raya. Pemandu boleh menikmati keseronokan pecutan lancar, dari sifar hingga 100km/j dalam masa tujuh* saat sahaja, menjadikan setiap pemanduan menyeronokkan.


Menjangkaui prestasinya yang cemerlang, BYD DOLPHIN menawarkan harga yang kompetitif, menjadikan EV boleh diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia tanpa sebarang kompromi terhadap keselamatan. 


Tersedia dalam dua varian, bermula daripada RM99,900 untuk Pilihan Standard Dinamik (Dynamic Standard Range) dan RM124,900 untuk Pilihan Lanjutan Premium (Premium Extended Range), pemandu boleh membuat pilihan yang paling sesuai untuk keperluan dan citarasa mereka. 



Kedua-dua varian itu menawarkan fungsi bekalan kuasa Vehicle-to-load (V2L), memberikan kemudahan dan kepelbagaian tambahan kepada pemandu untuk merasakan era baharu pemacu elektrik di mana keselamatan dan kebolehmampuan mencapai prestasi yang tiada tandingan.


Mempertingkatkan lagi kebolehcapaian, BYD terus melebarkan sayapnya di Malaysia dengan rangkaian pengedarnya yang semakin berkembang di seluruh negara. 


Kini beroperasi di 9 lokasi, dengan 12 lagi akan dibuka tidak lama lagi, BYD menyasarkan untuk membuka sejumlah 21 bilik pameran di seluruh negara. 


Dalam mencipta pengalaman pelanggan yang serba lengkap, Sime Darby Motors dengan bangganya menawarkan pakej perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif untuk pemilik BYD DOLPHIN, meningkatkan lagi pengalaman pemilikan untuk pelanggan BYD di Malaysia. 


Dengan infrastruktur yang teguh, sistem pengurusan digital termaju dan pasukan yang berdedikasi, Sime Darby Motors komited dalam menyediakan penjagaan dan sokongan tahap tertinggi untuk memastikan kepuasan jangka panjang, memastikan bekalan alat ganti yang konsisten untuk memaksimumkan kelancaran pemilik BYD.


Susulan daripada pelancaran ini, BYD DOLPHIN akan tersedia di semua bilik pameran BYD yang sedang beroperasi di Malaysia. 


Untuk maklumat lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti www.facebook.com/BYDCarsMalaysia atau www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. 


Dan jika nak bertanya lagi boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan di 1300-38-1888.



Bilik pameran BYD adalah seperti berikut:


BYD Ara Damansara (3S) – Sime Darby Beyond Auto

Alamat: Block 1, Sime Darby Motors City, 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi Bilik Pameran:

  • Isnin – Sabtu: 8:30 PG hingga 5:30 PTG
  • Ahad & Cuti Umum: 10:00 PG hingga 5:00 petang

 

BYD Service Center Ara Damansara – Sime Darby Beyond Auto

Waktu Operasi Selepas Jualan:

  • Isnin – Jumaat: 8:00 PG hingga 5:00 PTG
  • Sabtu: 8:00 PG hingga 12:30 PTG
  • Ahad: Tutup

Talian perkhidmatan temu janji: 03-7623 8838

 

BYD Kuala Lumpur @ TREC (1S) – Sime Darby Beyond Auto

Alamat: E-G-16, E-G-17, E-1-15 & E-1-16 Electric Boulevard, TREC, 438, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Bilik Pameran:

  • Isnin – Sabtu: 8:30 PG hingga 5:30 PTG
  • Ahad & Cuti Umum: 10:00 PG hingga 5:00 PTG

 

BYD Gurney Plaza Penang (1S) – Sime Darby Beyond Auto

Alamat: 170-G-40, Plaza Gurney, Gurney Dr, 10250 George Town, Penang Showroom Business Hours:

  • Isnin – Ahad: 10:00 PG hingga 10:00 PM

 

BYD Service Center Penang – Sime Darby Beyond Auto

Alamat: 191A, Jalan Sungai Pinang, Sungai Pinang, 10510 George Town, Pulau Pinang. Waktu Perniagaan Selepas Jualan:

  • Isnin – Jumaat: 8:00 PG hingga 5:00 PM
  • Sabtu: 8:00 PG hingga 12:30 PM
  • Ahad: Tutup

Talian perkhidmatan temu janji: 04-2020 388




BYD Mid Valley Southkey, Johor (1S) - Sime Darby Beyond Auto 

Address: G-018A, Persiaran Southkey 1, Southkey, 81100 Johor Bahru, Johor Showroom 

Waktu Operasi:

  • Isnin – Ahad: 10:00 PG hingga 10:00 PM

 

BYD Service Center Johor Bahru (2S)- Sime Darby Beyond Auto

Address: No. 197-199, Jalan Skudai Kiri, Batu 4 ½, 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia. 

Waktu Operasi Jualan:

  • Isnin – Jumaat: 8:00 PG hingga 5:00 PM
  • Sabtu: 8:00 PG hingga 12:30 PM
  • Ahad: Tutup

Talian perkhidmatan temu janji: +60 19-300 5949

BYD Sisma Auto (3S) - Glenmarie

Alamat: 19, Jalan Perintis U1/52, Section U1 Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor

Hubungi: 03-5569 2260 Waktu Operasi Bilik Pameran:

  • Isnin – Sabtu: 9:00 PG hingga 6:00 PM
  • Ahad & Cuti Umum: 10:00 PG hingga 5:00 PM 

Waktu Operasi Selepas Jualan:

 


BYD Millenium Autobeyond (3S) - Cheras

Alamat: No 691, Batu 5, Jln Cheras, Taman Mutiara Barat, 56100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Hubungi: 03-9133 7228 Waktu Operasi Bilik Pameran:

  • Isnin – Sabtu: 8:30 PG hingga 5:30 PM
  • Ahad & Cuti Umum: 10:00 PG hingga 5:00 PM

Waktu Operasi Selepas Jualan:

  • Isnin – Jumaat: 8:00 PG hingga 5:00 PM
  • Sabtu: 8:00 PG hingga 12:30 PM

 

BYD BE Drive Auto – Setia Alam

Alamat: Lot 5, Jalan Setia Murni U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Hubungi: 017 – 337 6675 Waktu Operasi Bilik Pameran:

  • Isnin – Sabtu: 8:30 PG hingga 5:30 PM
  • Ahad: 10:00 PG hingga 5:00 PM

 

BYD Lee Motors(i) Sdn Bhd – Sg Petani

Alamat: No. 53-55, Jalan Ncity 1/3, N-city, Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman.

Hubungi: 04-423 6881 Waktu Operasi Bilik Pameran:

  • Isnin – Ahad: 9:00 PG hingga 5:30 PM

 

BYD Wing Hin Ventures Sdn Bhd - Balakong

Alamat: No.1-1, Kompleks Komersil Akasa, Akasa Cheras Selatan Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Hubungi: +603 – 4810 6888

Waktu Operasi Bilik Pameran:

  • Isnin – Sabtu: 8:30 PG hingga 5:30 PM
  • Ahad: 10:00 PG hingga 5:00 PM

 

Meja Bantuan Khidmat Pelanggan BYD – Pertanyaan Am

Hubungi: 1300-38-1888

Alamat Emel: byd-customercare@simedarby.com 

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 8:00 PG – 5:00 PM 

Laman Web: https://byd.simedarbymotors.my/



#BYDDolphine #KeretaElektrik #SimeDarbyMotors #BYDMalaysia #OneUtamaMall  # Voleteer


Tiada ulasan:

Catat Ulasan