JENAMA WATSONS KINI DI 10 LOKASI KEDAI 'BILABILA MART'
DALAM situasi hari ini yang sentiasa sesak dan padat dengan ribuan manusia apatah lagi lalulintas pun sentiasa ‘jam’, ramai pengguna yang memilih cara ringkas. dan cepat untuk membeli barang keperluan harian.
Ada yang lebih suka membeli-belah atas talian namun ada juga yang mencari kedai terdekat dengan kediaman mahu pun kondomium masing-masing apa tah lagi jika tiada pengangkutan mudah.
Sehubungan itu, kewujudan kedai runcit ‘BilaBila Mart' di hampir 30 lokasi terutama terletak dalam kawasan perumahan seperti kondominium dan kampus universiti, tidak dapat dinafikan menjadi destinasi revolusioner pilihan ramai malah pilihan tepat bagi Watsons Malaysia juga dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Ya, Watsons Brand telah mengambil pendekatan bekerjasama dengan 'Bila-Bila Mart' dan dengan telitinya memilih beberapa produk jualannya untuk dijual di kedai runcit berkenaan.
“Perkongsian ideal ini memberikan Bila-Bila Mart akses mudah kepada produk berkualiti tinggi Jenama Watsons, harga mampu milik merangkumi kategori kesihatan, kecantikan, penjagaan diri & gaya hidup. Ia berfungsi sebagai platform yang ideal untuk Jenama Watsons mengembangkan jangkauannya dan merebut peluang jualan baharu,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan, Watsons Malaysia pada majlis pelancaran kerjasama dengan Bila-Bila Mart bertempat di Empire City Damansara baru-baru ini.
Turut hadir Lee Hui Jing, Pengasas Bersama BilaBila Mart termasuk rakan kongsinya, Justin Tan Hai Liang & Paramjit Singh; Danny Hoh, Pengurus Besar Pemasaran & Pertumbuhan Pelanggan di Watsons Malaysia serta Foo Hwei Jiek, Ketua Perdagangan dan Lim Aik Hoe, Pengarah Urusan EXSIM.
Sambung Caryn, jenama Watsons kini boleh didapati di 10 lokasi BilaBila Mart di Lembah Klang, di mana pihaknya merancang untuk mengembangkan ke lebih banyak kedai dalam masa terdekat untuk menawarkan pengguna dalam segmen pilihan yang lebih luas.
“Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap pelanggan boleh mengakses rangkaian penuh produk Jenama Watsons pada harga terbaik, semuanya disokong oleh komitmen kami terhadap jaminan kualiti, dengan jaminan kualiti,” tambah Caryn (kanan).
Sementara itu, dalam ucapan ringkasnya menyambut kerjasama dengan Watsons Malaysia, Lee Hui Jing (kiri) melahirkan rasa berbesar hati dan terujanya dapat berkolaborasi dengan peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka seperti Watsons.
“Setekat ini kami bermula dengan 10 lokasi terlebih dahulu dan akan terus berkembang kepada 20 lokasi lain yang tersedia dalam masa terdekat,” kata Hui Jing.
Menurut beliau, Watsons dan BilaBila Mart mempunyai nilai tujuan yang sama waima percaya pangkalan pelanggan mereka adalah golongan yang memilih kualiti waima kerjasama di antara mereka yang mementingkan produk berkualiti memberi manfaat kepada pengguna apatah lagi ia mampu milik.
Sejujurnya ini pertama kali Kak Fas berpeluang meninjau masuk ke Bila-Bila Mart dan memang pelbagai produk dijual bawah satu bumbung.
Mereka yang tinggal di premis yang ada 'BilaBila Mart' ini tentunya beruntung kerana tidak perlu keluar jauh untuk membeli-belah kerana bila bila masa sahaja hendak apa sekali pun Kak Fas tengok 'BilaBila Mart' ada semuanya daripada produk beku kepada barangan harian pengguna.
Kedai 'Bila-Bila Mart' memang nampak terbaik, tersusun rapi dan pilihan tepat bagi Watsons berkerjasama selaras dengan motonya yang pentingkan pelanggannya 'LOOK GOOD, DO GOOD, FEEL GREAT' setiap hari!
Info lanjut boleh layari LINK INI.
#WatsonsMalaysia #BilaBilaMart #LookGoodDoGoodFeelGreat #KedaiDalamKondo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan