Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MBPJ ANJUR FESTIVAL ASIA PASIFIK 'YOUTH FOLKLORE' BERMULA 21 SEPT, SASAR 20,000 PENGUNJUNG!



BUAT julung kalinya, kira-kira 13 buah negara bakal dihimpunkan dalam satu pentas  pada program ‘1st Asia Pacific Youth Folklore Festival’ anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang akan berlangsung selama 5 hari bermula 21 hingga 26 September 2023 ini.


Bertempat di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya, festival yang turut mendapat kerjasama dari International Council of Organizations of Folkore Festival  and Folk Arts (CIOFF) Malaysia (rakan kongsi rasmi UNESCO) ini akan di isi dengan pelbagai aktiviti.


Antara yang telah disusun meliputi aktiviti seperti berikut:


i.    Persembahan kebudayaan antarabangsa

il.   “Pocket show" di sekolah-sekolah terpilih sekitar petaling jaya.

iii.  Pameran, jualan dan demonstrasi pembuatan produk seni, kraftangan dan makanan tradisional

iv.  “PJ International art conference 2023" 

v.   Seminar kerjaya seni

vi.  Mayor & City Managers : Round Table Discussion

vii. Pertandingan “PJ best Tari”

viii. Majlis Perasmian, konsert ceritera rakyat oleh artis terkemuka tanah air dan pertunjukan bunga api. 



“Melalui festival ini disasarkan lebih kurang 20,000 orang akan hadir lebih-lebih lagi bagi menyaksikan konsert percuma yang akan diadakan pada Ahad, 24 September 2023, jam 8.30 malam di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya dimana empat artis popular tanah air telah diundang  iaitu Datuk Ahmad Azhar Othman (Datuk Awie), Siti Roziana Zain (Ziana Zain), Nor Zila binti Aminuddin (Ella) dan Datuk Mohd Shukri Shahabudin (Dato Hattan),” ujar Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan bin Md Amir pada majlis pelancaran dan sidang media festival tersebut di Hotel Sheraton Petaling Jaya baru-baru ini. 


Turut hadir antaranya Timbalan Setiausaha (Pembangunan) MBPJ, IR. Ismail Shafie dan penyanyi  Dato Hattan.



Menurut Dato Bandar PJ berkenaan, festival yang dianjurkan buat pertama kalinya itu adalah selaras dengan aspirasi pelan strategik Petaling Jaya pintar, mampan dan berdaya tahan 2030 (PISSR 2030), Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN) dalam usaha memacu industri pelancongan negara yang berteraskan kelestarian pembangunan budaya, seni dan warisan. 


“Sebab itu penganjuran festival kesenian rakyat pada tahun ini lebih berprestij dan berimpak tinggi di mana 13 buah negara telah mengesahkan penyertaan mereka iaitu dari China, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Thailand, iran, Filipina, Uzbekistan, Sri Lanka, Singapura, Brunei dan Qatar,” ujar Mohamad Azhan (gambar bawah, dua dari kanan).


FOTO Kredit: Facebook @MBPJ.

Sambungnya, Majlis mensasarkan penyertaan dari 26 kumpulan kebudayaan  dari negara-negara. rantau Asia Pasifik dan sehingga kini sebanyak 19 kumpulan kebudyaan antarabangsa dari 13 buah. negara terbabit sudah disahkan.


Untuk rekod, Kerajaan negeri Selangor pada tahun 2015 telah mengisytiharkan bandar raya Petaling Jaya sebagai sebuah kota bandaraya  dalam usaha mempromosikan bandaraya Petaling Jaya khususnya dan negeri Selangor serta Malaysia amnya sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa yang berteraskan kepada keharmonian dan kelestarian seni dan budaya sejagat khusus melalui penganjuran “PJ International Folklore Festival" sejak tahun 2013 lagi. 


Festival kesenian rakyat ini telah diklasifikasikan sebagai “government to government cultural project” yang mana pada tahun 2018 ia telah diiktiraf sebagai “International Cultural Exchange Program' oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)". 



Bertemakan “menghayati budaya & warisan" (embracing culture & heritage), matlamat utama penganjuran festival kali ini ialah memupuk dan menzahirkan rasa cinta dan saling memahami bermula dari usia muda lagi terhadap kepentingan melestarikan kepelbagaian dan keunikan budaya, seni dan warisan dalam memupuk keharmonian dan perpaduan masyarakat global. 


MBPJ berharap agar semua peminat muzik samada di Petaling Jaya atau kawasan berdekatan tidak melepaskan peluang menyaksikan konsert hebat ini. 


ZIANA Zain yang tidak dapat hadir tinggalkan pesanan melalui rakaman video.


“Malah mereka yang ingin berniaga boleh membuat permohonan kerana kami menyediakan kira-kira 50 gerai jualan dan pameran secara percuma,” akhiri Mohamad Azhan.



Orang ramai amat digalakkan untuk terus berinteraksi, bersama MBPJ di media sosial rasmi MBPJ iaitu di Facebook; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Instagram dan twitter; pjcitycouncil serta laman sesawang MBPJ www.mbpj.gov.my atau nak lebih mudah klik DI SINI.


GAYA Hattan yang sporting ketika Kak Fas merakamkan foto sewaktu beliau menyanyi.



#MOTAC. #MenghayatiBudaya&Warisan #PetalingJaya #MajlisBandarayaPJ #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan