Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYDIN KOMITED KURANGKAN GUNA TENAGA, SISA BAHAN TERBUANG MENJELANG 2030!


RANGKAIAN
pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)  komited untuk mencapai pengurangan sebanyak 15 peratus penggunaan tenaga dan pelepasan karbon serta mengurangkan pembaziran sisa bahan terbuang sebanyak 50 peratus di samping mengurangkan  penggunaan plastik menjelang 2030.


Serius dengan harapannya itu Mydin melancarkan inisiatif ESG bagi memberi fokus kepada usaha-usaha menjaga dan menerapkan budaya melestarikan alam sekitar dalam perniagaan yang disempurnakan bersama oleh Nik Nazmi bin Nik Ahmad di MYDIN Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.



“MYDIN komited bagi melaksanakan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam menjalankan perniagaan serta menerapkan budaya mencintai dan memulihara alam sekitar dalam kalangan warga kerjanya,” ujar Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin sebqgai Pengarah Urusan MYDIN.


Menurutnya, komitmen tersebut merupakan sokongan terhadap dasar dan matlamat Kerajaan khususnya Kementerian Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim bagi memastikan setiap perniagaan perlu memainkan peranan dalam menjaga persekitaran dan mengurus tadbir urus sosial. 


Antara inisiatif yang diaplikasikan dalam perniagaan antaranya Pemasangan Sistem Solar (PV), Sistem Kepintaran Data, Pengurusan Sisa Efektif, Kecekapan Tenaga, Penggunaan Tenaga Boleh Guna, Tong Pakaian Kitar Semula, Sistem Logistik Pintar yang membantu mengurangkan pelepasan karbon. 



Sebagai contoh, melalui kerjasama pemasangan sistem solar dengan kolaborasi imperatif bersama GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX) sebuah syarikat subsidiari sepenuhnya milik Tenaga Nasional Berhad , sebanyak 26,464,764 kilowatt-jam (kWj) tenaga bersih dapat dijana setiap tahun melalui panel-panel yang dipasang. 


Penyediaan solusi tenaga solar sebagai sumber alternatif tenaga elektrik oleh TNB ini adalah selari dengan inisiatif Peralihan Tenaga TNB yang berteraskan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)


“MYDIN turut akan memperluas inisiatif ini ke 14 cawangan lain menjelang tahun 2025,” tambah Hj Ameer Ali Mydin.

Perancangan ini dijangka mengurangkan sejumlah 20,643 jisim CO2 setiap tahun setara dengan penanaman 639,918 pokok setiap tahun.


Dan dalam pada masa yang sama, MYDIN turut menekankan aspek pelaporan dan penyelidikan ESG dengan menjalin kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memastikan kolaborasi antara pemain industri serta pendidikan dalam menyokong agenda kelestarian nasional.


Sementara itu, Nik Nazmi dalam ucapan perasmiannya memaklumkan, sepertimana laporan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC), 98 peratus punca pemanasan global yang dirasai pada hari ini adalah disebabkan pelepasan karbon dioksida yang berpunca daripada pembakaran bahan api fosil sejak abad ke-18 serta pelepasan gas rumah hijau (GHG) yang lain. 



"Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan akibat fenomena ini dan dijangkakan, negara kita bakal memerlukan dana hampir RM400 bilion untuk menghadapi impak perubahan iklim yang semakin ekstrem untuk tempoh 50 tahun yang akan datang," jelas beliau.


Sehubungan itu, kata Nik Nazmi, perniagaan seperti biasa pada hari ini bukan lagi satu pilihan malah di  pihak Kerajaan dan NRECC khususnya, hala tujuu strategik telah ditetapkan ke arah memacu peralihan tenaga negara dengan sasaran 70 peratus kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050.


“Inilah antara sasaran yang merupakan antara pemacu utama dalam memenuhi komitmen iklim negara di peringkat nasional dan global,” akhiri Nik Nazmi sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak MYDIN atas inisiatif dan komitmen dalam mendukung usaha kelestarian alam menerusi inisiatif “MYDIN Prihatin #forfuture”.



Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my.



#MydinMalaysiaHoldings #MydinPrihatin#ForFuture #TNB #NRECC #AlamSekitar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan