Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYDIN TAWAR DISKAUN HEBAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-66, LANCAR KEMPEN OH! MY MYDIN!


SIAPA
selalu suka membeli-belah di rangkaian pemborong dan  peruncitan halal terbesar tempatan yang beroperasi sejak Ogos 1957 iaitu MYDIN (Mydin Mohamed Holdings Berhad)?

Jika anda pelanggan setia sudah tentu tahu bahawa tahun ini MYDIN menyambut ulang tahunnya yang ke-66 dengan 61 cawangan seluruh negara.


Jadi sempena ‘hari jadi’nya yang ke-66 itu dan bertepatan pula dengan slogan dibawanya. ‘Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!’, MYDIN menawarkan penjimatan  sehingga 60% terhadap produk pilihan bermula hari ini 18 Ogos hingga 20 Ogos 2023.


Nak tahu apa produk yang ditawarkan sila lihat poster di bawah:



Dalam pada itu meraikan sambutan ulang tahunnya juga, MYDIN menganjurkan ‘Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI dan Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama” sehingga 31 Oktober 2023 ini yang disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di MYDIN Seremban 2, Negeri Sembilan baru-baru ini.



Sepanjang kempen berlangsung, MYDIN menawarkan  penjimatan, hadiah peraduan dan ganjaran pulangan tunai sehingga RM6.6 juta  kepada masyarakat khususnya pelanggan setia MYDIN seluruh negara.


‘Pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan,  disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan  sepanjang kempen berlangsung. 


“Ini merupakan manifestasi penghargaan kami  kepada masyarakat yang telah menyokong kami sepanjang 66 tahun ini dan  kami berharap orang ramai mengambil peluang menikmati tawaran istimewa ini,” ujar  Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN),  Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin ketika ditemui.


Menurutnya, kempen mendapat kerjasama lebih 50 rakan strategik dan pembekal  terlibat antaranya MBSB Bank, Setel, MyDebit, Boost, OPPO, P&G, Unilever,  Wipro dan banyak lagi. 



Antara program yang dijalankan meliputi berikut:


1. Karnival Jualan “Kita MADANI” menjanjikan penjimatan sehingga 60  peratus bagi barangan keperluan serta barangan keperluan harian antaranya  pakaian dan alat tulis.  

2. Melalui program Kesetiaan Meriah, MYDIN menawarkan sebanyak 660  mata ganjaran Meriah bagi pelanggan yang mendaftar kad Meriah di samping  turut mendapat hadiah istimewa.  

3. Pelanggan MYDIN Online juga turut akan menerima e-baucar bernilai  RM6 dengan menggunakan kod MYDINRM6

4. Memberi kemudahan kepada pelanggan, MYDIN turut memperkenalkan  “TikTok Shop” di aplikasi rasmi TikTok MYDIN Malaysia dengan menawarkan  pelanggan kali pertama layak menerima baucar RM15 serta kod baucar istimewa. Di samping itu, pelanggan juga bakal mendapat subsidi penghantaran  bernilai RM6 ke seluruh negara.



5. Melalui kempen “Belanja & Fuel Good” dengan kerjasama Setel,  pelanggan yang berbelanja minimum RM120 menggunakan aplikasi tersebut  akan menerima baucar Setel bernilai RM6.60. 

6. Bagi menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran secara digital,  pelanggan yang menggunakan MyDebit berpeluang memenangi baucar MYDIN  bernilai sehingga RM280,000 bagi setiap pembelian RM66 dan ke atas dalam  satu resit.  

7. Di samping itu, pelanggan bertuah yang berbelanja terbanyak  menggunakan mod pembayaran e-dompet melalui aplikasi Boost, MBSB Bank  E-wallet, Mcash, Wavpay dan Zapp boleh merebut pulangan tunai dan hadiah  dengan jumlah keseluruhan RM366,000. 


Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen boleh  mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN  Malaysia di www.mydin.my atau KLIK DI SINI.


#MYDIN #OhMyMydin #SemarakGemilangMalaysiaMadani #Diskaun #Beli&Menang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan