Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PRODUK DARI KOREA, 'AXIS-Y' KINI DI WATSONS MALAYSIA!


CANTIK hiasan ‘pop up store' pertama AXIS-Y yang dibuka sejak 17 Ogos 2023 lalu sampai  esok 20 Ogos 2023 sehingga Kak Fas pun tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan berfoto pada setiap sudut dekor yang ditampilkan ketika majlis pelancarannya baru-baru ini.


Iya, untuk pengetahuan anda yang menggemari jenama kecantikan dari Korea (K-Beauty), AXIS-Y, inilah peluang anda untuk berkunjung dan menikmati produk-produk yang ditampilkan khususnya yang menjadi pilihan ramai seperti 6+1+1 Dark Spot Correcting Glow Serum yang telah berjaya mencapai jualan lebih 8 juta unit di Malaysia.


Selain itu, anda juga berkesempatan mencuba  produk terbaharu di bawah koleksi ay&me yang menampilkan formulasi dirumus khas untuk semua jenis kulit seperti antaranya Biome Double Defense Sunscreen.


Produk tersebut diformulasikan dengan bahan-bahan yang dipercayai boleh membantu menghalang penuaan pada kulit dengan lebih berkesan.


“AXIS-Y lahir daripada kepercayaan bahawa penjagaan kulit adalah lebih daripada rutin. Ia adalah tindakan untuk mencintai  diri kita setiap hari. Kami  rasa teruja untuk membawa falsafah ini kepada lebih ramai orang di seluruh Malaysia melalui kehadiran kami di 700 kedai Watsons," kata Maggie Yeu, Ketua Pegawai Eksekutif Axis-Y pada majlis pelancaran berkenaan yang turut dihadiri Caryn Loh (gambar atas, dua dari kanan) Pengarah Urusan Watsons Malaysia.



Mematuhi nilai mereka untuk menjadi inklusif kepada semua orang, Axis-Y juga memberi jaminan menghasilkan beberapa produk yang disahkan halal.



Bukan itu sahaja, dari segi pembungkusan produk, AXIS-Y komited untuk membangunkan produk bebas kekejaman dengan pembungkusan yang mampan menjadikannya pilihan terbaik untuk pengguna malah dihasilkan dari produk plastik yang telah dikitar semula.



 “Jenama ini berbangga untuk berkongsi nilai ini dengan semua orang yang berjuang untuk masa depan yang lebih baik untuk haiwan dan planet ini,” tambah Maggie.



Pada mereka yanb berkunjung ke ‘pop up store’ di Starhill dan membeli produk AXIS-Y bernilai RM65 berpeluang  menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk menikmati minuman percuma daripada kopi Zus mahu pun sampel-sampel produk jualan. 



#Axis-Y #ProdukKorea #WatsonsMalaysia #PopUpStore #Starhill #Kecantikan #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan