Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PROGRAM 'IBU NAKHODA HIDUP 2023' BERJAYA BANTU ENAM USAHAWAN WANITA PERKASA PERNIAGAAN!



INI
kali kedua Kak Fas mengenali dengan lebih dekat peranan dan fungsi pertubuhan bukan kerajaan yang dinamik serta komited dalam usaha memupuk wanita menjadi suri teladan dan kanak-kanak sebagai agen perubahan yang dinamakan Women:Girls.


Terbaharu, Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis  atau Women:Girls ini dengan kerjasama Procter & Gamble (P&G Malaysia/Singapura serta MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) baharu sahaja selesai mengumumkan kejayaan program Ibu Nakhoda Hidup 2023.


“Kerjasama ini mencerminkan kejayaan dalam usaha pembangunan mampan, dan kami amat berbesar hati untuk memberi nafas baharu kepada kerjasama kami dengan Procter & Gamble (P&G) dan MYDIN dengan melancarkan semula program Ibu Nakhoda Hidup, selepas berehat selama dua tahun sejak dilanda pandemik,” ujar Pengarah Eksekutif WOMEN:girls, Izza Izelan (gambar bawah, kanan) pada majlis penutupan program “Ibu Nakhoda Hidup. 2023’ yang berlangsung di MYDIN USJ Subangbaru-baru ini.


Turut hadir, Nantha Kumaran Kalimuthu  (dua dari kanan) Pengurus Serantau, P&G Malaysia dan Singapura; Datuk Wira (Dr) Hj. Ameer Ali Bin Mydin, Pengarah Urusan MYDIN  (tengah) dan Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd selaku Pengarah Eksekutif MYDIN (dua dari kiri).



Menurut Izza, program ini juga membuktikan kesedaran moral yang tinggi dikalangan rakan kongsi yang dihormati. 


“Di WOMEN:girls, kami memahami bahawa memperkasa ibu usahawan bukan sahaja bermaksud memperkasa komuniti, bahkan ia sepatutnya menyumbang ke arah pertumbuhan masa hadapan generasi akan datang,” tambah Izza Izelan. 


Dalam pada itu pasti ada yang masih belum mengetahui secara mendalam mengenai program Ibu Nakhoda Hidup 2023’ ini, betul tak?


Ditunjangi Tabung ‘Hulurkan Harapan’, program yang mempunyai matlamat untuk mendukung inisiatif sosial ini telah diwujudkan pada 2015 dengan matlamat  memacu pemerkasaan, menyediakan ibu usahawan yang berdaya saing dengan kelengkapan dan ilmu pengetahuan, dan keyakinan yang utuh untuk terus melangkah jauh di tengah-tengah landskap perniagaan yang sentiasa berkembang pesat. 


IZZA (dua dari kiri) bersama Hajah Siti Hawa dan Haji Ameer melawat gerai Yenny yang mengusahakan 'Yeendol'.


Tahun ini di bawah program Ibu Nakhoda Hidup 2023, tabung ‘Hulurkan Harapan’ berjaya mengumpul dana sebanyak RM95,000 dalam tempoh 45 hari  sejak Mei hingga Jun lalu, hasil daripada pembelian produk P&G bernilai RM10 dari mana- mana pasar raya MYDIN dan karnival bergerak waima 5 sen disumbangkan kepada tabung.


Melalui kutipan itu, setiap ibu usahawan dibantu dengan kelengkapan mengikut keperluan masing-masing, sama ada dalam bentuk barangan, perkhidmatan atau keperluan asas bagi menyokong perniagaan mereka. 


Setelah penilaian teliti dilakukan terhadap 104 yang ditemu bual di pelbagai lokasi, termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kelantan, Sabah, dan Sarawak, enam ibu usahawan luar biasa telah dipilih sebagai peserta program untuk tahun ini. 


DARI kiri: Chendra, Yenny, Masinah, Izza Izelan, Mariani, Paremala dan Azmira.


Mereka yang bertuah adalah  usahawan makanan tradisional Borneo di Semenanjung Malaysia, Chendra Anak Bahak; Pengusaha cendol  “Yeendol’ dari Sabah, Yenny Jamrut; Penggiat industri pertanian, tumbuhan dan baja dari Kuching, Mariani Idris; Pembekal ikan masin dan udang kering dari Sabah, Masinah Latanani; Pengusaha Sambal Penyet, Azmira Ali dan Paremala Vanni, pengusaha bakeri dan tenaga pengajar mahir dalam bidang bakeri.


Dalam menjayakan program tersebut, tentulah komitmen dan sokongan berterusan P&G serta MYDIN yang teguh dapat dilihat terhadap inisiatif ini.


“Di P&G, kami komited untuk memperkasakan wanita dan memacu perubahan positif dalam komuniti. Kempen Ibu Nakhoda Hidup 2023 mencerminkan dedikasi kolektif kami untuk memperkasa wanita, memupuk pertumbuhan ekonomi, dan membina masyarakat yang lebih inklusif. Melalui kerjasama strategik seperti program Ibu Nakhoda Hidup, P&G memanfaatkan kepakaran dan sumbernya yang luas, menawarkan sokongan kewangan dan prospek peningkatan kemahiran yang tidak ternilai,” ujar  Nantha Kumaran Kalimuthu.


SEKETIKA di gerai Masinah...


Beliau berharap sokongan P&G dapat menyediakan asas yang kukuh untuk mereka mencapai kejayaan yang tertinggi. 


“Dengan melengkapkan ibu usahawan dengan kemahiran untuk mengembangkan perusahaan mereka, kami berhasrat untuk memperkasa wanita-wanita hebat ini agar mereka terus berkembang maju sekaligus dapat meningkatkan pendapatan mereka dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam komuniti mereka. Kejayaan mereka akan menjadi contoh dikalangan wanita dan akan dapat memacu ke arah kitaran pelaburan semula dikalangan keluarga dan masyarakat,” tambah Nantha.


AMIRA dengan produk niaganya Sambal Penyet...
PAREMALA komited untuk berkongsi ilmu melalui kelas pembuatan kek dan bakeri.


MARIANI..Penggiat industri pertanian dari Kuching yang mempunyai pengetahuan lebih dua dekad tentang tumbuhan dari baja.


Sementara itu, MYDIN yang turut memberikan komitmen tidak berbalah bahagi berbesar hati dapat bersama meneruskan perjuangan melalui program ‘Ibu Nakhoda Hidup 2023’.


“Di MYDIN, kami komited untuk menggalakkan dan melengkapkan ibu usahawan dengan pendedahan, sumber dan persekitaran yang dapat memberi semangat untuk berkembang maju. Komitmen kami juga terzahir dengan sumbangan yang besar dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih komprehensif dan berkembang maju dan komitmen tinggi kami kepada usaha pemerkasaan wanita dan kemajuan ekonomim” ujar Hj Ameer Ali (gambar bawah, kanan).


LAWATAN ke gerai Chendra.

Pendek kata, program Ibu Nakhoda Hidup 2023 sekali lagi melambangkan dedikasi tidak berbelah bahagi WOMEN:girls, P&G, dan MYDIN, menyerlahkan keazaman ketiga-tiga organisasi untuk memperkasa usahawan wanita, menyemarakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi impak yang berkekalan dalam masyarakat Malaysia


Untuk rekod, daripada penjual aiskrim sehingga guru muzik, inisiatif ini telah membantu 25 ibu usahawan di Malaysia, menangani cabaran untuk membina perniagaan dan meningkatkan kehidupan keluarga dan komuniti mereka. 


Majlis penutup Ibu Nakhoda Hidup 2023 menjadi bukti aspirasi, kerjasama dan komitmen kolektif WOMEN:Girls, P&G, dan MYDIN dalam mengemudi transformasi yang berimpak besar dalam ekosistem keusahawanan Malaysia. 


Untuk maklumat lanjut mengenai program 'Ibu Nakhoda Hidup'  lawati laman sesawang www.womengirls.org atau hubungi WOMEN:Girls melalui platform media sosial, Instagram (@womengirls), Twitter (@WOMENgirls_), Tiktok (@_womengirls) dan Facebook (@WOMENgirlsInspire).  



#WomenGirls #P&G #MYDIN #IbuNakhodaHiduup2023  #UsahawanWanita #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan