RTM ANGKAT WIRA NEGARA PELBAGAI BIDANG, SIARAN 23 OGOS DI TV OKEY!
SEMPENA Bulan Kemerdekaan, RTM, melalui slot Lensa Okey akan menyiarkan kisah pencapaian dan kejayaan rakyat Malaysia atau ikon yang boleh dianggap ‘wira‘ dalam bidang yang mereka ceburi melalui program “Negaraku: Budaya, Warisan dan Masa Depan”.
Program mengangkat wira negara itu akan bersiaran mulai 23 Ogos ini, setiap Rabu hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di TV Okey.
Siaran itu dilihat mampu menjentik hati dan perasaan golongan muda masa depan supaya terus mencipta kejayaan yang bukan sahaja membanggakan keluarga malahan negara tercinta.
Banyak kejayaan yang dapat diinspirasikan termasuklah fokus kepada topik utama berkaitan 'Penjagaan Kesihatan Mampu Milik' turut diberi tumpuan bersama Pengurus Besar Hospital Pakar Kuala Terengganu, Salina binti Long; Dr. Mohamad Yusof Md. Kassim (Pengarah Medikal) dan Dr Ahmad Suhaimi Mustafa (Doktor Pakar Jantung).
DARI Kiri: Dr. Mohamad Yusof, Salina dan Dr. Ahmad Suhaimi. |
Manakala dalam tajuk ‘Arkitek Lanskap Negara' perkongsian dibentangkan bersama-sama LAr. Siti Maisarah Salahudin (Pengarah Bersekutu Walrus Design Sdn Bhd), Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan (Presiden, Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM)) dan LAr. Tammy Wong Wei Ting (Arkitek Lanskap Kanan Walrus Design Sdn Bhd).
Dalami ilmu menerusi topik 'Amanah Zakat Baitulmal' ia membariskan Pengurus Bahagian Baitulmal, MAIWP, Ahmad Talmizi Bin Yahaya, Nurhanim binti Mohammed Daud (Peguam Persekutuan Di Jabatan Peguam Negara) dan Prof.Dr.Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman (Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif)
Menarik dikongsikan berkaitan seni dan muzik dalam topik 'Animasi Negara' penonton akan bersama warga kerja di sebalik Didi & Friends, dan Omar & Hana. serta bersama Sinan Ismail, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian, Fadilah Ab. Rahman, Chedd Yusoff dan Nabil Baharum.
Seterusnya, diikuti segmen 'Seni Grafiti' bersama Abdulrashade (Artis Grafiti), Haizal Bin Jamil (Artis Mural) dan Muhammad Perol Idham (Artis Grafiti)
Aspirasi kejayaan bersama Fauziah Gambus merupakan penyanyi dan pemain gambus terkenal Malaysia menerusi fokus 'Ratu Gambus Negara'.
Sementara itu dalam topik 'Muzik Tradisional' barisan personaliti yang akan ditemubual adalah Mohd Hisharudy Bin Mahmud (Rebab & Rebana Dikir), Nik Mohd Izzham Bin Che Man (Rebab & Serunai), Abdillah Firlany Malik (Pengarah Muzik & Penyelidik), Nur Diana Nadhirah dan Teuku Umar Ilany Teuku Iskandar (Pengasas Bersama Gangsapura), Haji Tun Ahmad Faisal B. Tun Abdul Razak dan Abdul Khalil Hassan (Pak Bob) (Adiguru PUTRA, ASWARA).
POK Awi.. Foto Kredit: Bernama. |
Keunikan dijanjikan dalam menarik minat remaja dalam bidang tradisional yang meninjau Kapal Tradisional Terengganu bersama Pok Awi, Pembuat Kapal Tradisional. Seterusnya bersama-sama individu dikenali sebagai Abe Nuar, Pembuat Wau Kelantan Tradisional.
Perkongsian tajuk 'Baba Nyonya' pula mengajak orang ramai mengenali Nyonya Debbie Teoh (Cef Selebriti Masakan Nyonya), Datuk Ronald Chan (Presiden Persatuan Baba Nyonya Malaysia), Nyonya Amy Koh (Pemilik Restoran) dan Lee Yuen Thien (Pengurus Muzium Baba & Nyonya Melaka).
Begitu dekat di hati golongan muda, kejayaan dalam bidang sukan turut ditonjolkan iaitu episod 'Pendaki Gunung Negara' bersama Azim Afif (Pendaki Gunung Everest), tajuk 'Besbol Wanita Malaysia' bersama Sazali bin Husin (Presiden Persekutuan Besbol Malaysia), serta pemain-pemain besbol Malaysia, Candy Li Jia En (Pemain Besbol Malaysia Antarabangsa) dan Nur Afrina (Pemain Besbol Wanita).
Ikuti juga topik 'Pemangkin Bola Sepak Negara' bersama Hiroshi Hamada (Pemangkin Bola Sepak Malaysia).
Dan andai kata ada yang terlepas menontonnya, jangan khuatir bolehn sahaja menonton menerusi platform RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).
HIROSHI Hamada. Foto Kredit: DBAAsiaNews. |
#HariKebangsaan #RTM #NegarakuBudayaWarisanMasaDepan #Dokumentari #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan