Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WOMEN:GIRLS TERUSKAN PROGRAM 'KEJAR KERJA' BERSAMA WATSON, NIVEA PERKASA WANITA!


KEJAR Kerja’ - satu nama program yang cukup cantik diasaskan pertubuhan bukan Kerajaan yang ditubuhkan untuk memperkasakan wanita dan gadis sejak 2016 iaitu Women:girls.


Sejujurnya ini pertama kali Kak Fas mendengar mengenai program ini apabila hadir ke majlis pelancaran Kejar Kerja dengan kerjasama Nivea dan Watsons baru-baru ini.


Dan selepas mendengar tujuan serta impak yang diperoleh melalui ‘Kejar Kerja’, Kak Fas yakin penganjurnya memang serius dalam memacu agenda pemerkasaan wanita sekitar Lembah Klang dan Selangor, khususnya yang berusia antara 18 hingga 30 tahun .


Namun gara-gara pandemiki COVID-19, ‘Kejar Kerja’ tergendala seketika tetapi kini kembali dengan keyakinan dapat terrus membela golongan wanita yang memerrlukan.

“Tahun ini amat bermakna buat WOMEN:girls sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-10. Kami amat berbesar hati kerana pastinya tiada cara yang lebih baik untuk meraikannya selain dari kerjasama dengan dua nama jenama besar yang tidak asing lagi dalam membantu individu kelihatan cantik, dan merasa yakin. 


‘Dengan sokongan NIVEA dan Watsons, WOMEN:girls sekali lagi dapat membawakan program Kejar Kerja, Kami amat teruja untuk meneruskan komitmen kami bagi menyediakan peluang untuk belia wanita terus berkembang dalam industri dandanan, fesyen dan kecantikan,” kata Izza Izelan, Pengarah Eksekutif WOMEN:girls pada majlis pelancaran kembali Kejar Kerja yang berlangsung di Arena Watson, Tun Razak Exchange baru-baru ini.



Turut hadir Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan dan Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh.


Menghargai sokongan daripada dua jenama terbesar berkenaan, Izza turut berharap program yang dirangka dengan berteraskan prinsip setiap wanita muda berhak mendapat peluang untuk mencapai impian dan memperoleh masa depan yang cerah itu, mendapat kerjasama daripada orang ramai dalam usaha memantapkan lagi usahasama tersebut.


“Sokongan NIVEA yang tidak berbelah bahagi selama ini telah memainkan peranan penting dalam misi WOMEN:girls bagi memperkasa wanita muda dan melakukan perubahan yang berkekalan untuk komuniti yang kurang diberi keprihatinan,” ujar Izza (gambar bawah, empat dari kanan).


Melalui Kejar Kerja, peserta akan digandingkan dengan mentor dan tokoh-tokoh terkemuka dalam industri solekan, fesyen dan kecantikan. 



Tokoh-tokoh ini akan menawarkan bimbingan, pandangan serta ilmu yang berharga sepanjang tempoh perantisan mereka. Di samping itu, para peserta bakal mendapat manfaat daripada latihan kemahiran yang disesuaikan dengan permintaan dan trend terkini bidang kecantikan dan kreatif bagi memastikan jaminan pekerjaan. 


“Sebagai jenama Penjagaan Kulit No. 1 di dunia, NIVEA telah membantu orang ramai berasa selesa dengan kulit sendiri selama lebih 100 tahun. Kami amat komited dalam usaha untuk memperkasa individu dan menggalakkan perubahan positif,” sambung Ng Hock Guan (tiga dari kiri) sambil memberitahu, kerjasama NIVEA dengan WOMEN:girls dan Watsons untuk program Kejar Kerja ini juga sejajar dengan nilai teras mereka. 


Tambahnya, perkongsian ini membolehkan NIVEA memainkan peranan penting dalam mewujudkan perubahan sosial yang berkekalan, merungkai segala rintangan dan memberi inspirasi kepada wanita muda generasi baharu untuk menjadi lebih yakin dan berkemahiran, sekaligus memperkasa mereka dalam bidang kecantikan dan kreatif. 


WOMEN:girls turut mengalu-alukan penyertaan Watsons, peruncit produk kecantikan dan kesihatan terkemuka Asia sebagai rakan kongsi dalam program Kejar Kerja edisi 2023 dan berharap bukan sahaja untuk memanfaatkan rangkaian pakar industri Watsons tetapi juga kemahirannya dalam memupuk bakat dan menggalakkan perkembangan profesional. 


Penyertaan Watsons dalam program ini juga mencerminkan dedikasi peruncit terkemuka itu dalam mencipta impak sosial yang positif, selain mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain industri kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan yang terbaik dalam negara. 


Sehubungan itu dalam ucapannya, Caryn Loh melahirkan rasa terujanya dan berbesar hati dapat bergabung tenaga bersama NIVEA untuk memulakan perjalanan penuh inspirasi dengan menyertai program Kejar Kerja WOMEN:girls. 


Watsons Malaysia amat berbangga dengan kepakaran kami yang tiada tandingan dan sumber yang mencukupi, yang mampu memberi impak mendalam bagi membentuk industri kesihatan dan kecantikan dengan memperkasakan pemimpin masa hadapan,” ujar Caryn.


Jelasnya, misi Watson bukan sahaja untuk memperkasakan mereka dengan kemahiran asas dan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai cita-cita mereka, malah Watson juga mahu menyemai keyakinan dan kepercayaan diri dalam menggapai impian masing-masing.


Sehubungan itu, Caryn memberitahu, dalam usaha untuk memantapkan program, orang ramai boleh memainkan peranan dan terlibat secara aktif untuk membawa perubahan dengan membeli produk NIVEA bernilai RM20 di mana-mana Watsons di seluruh Malaysia


“Dengan setiap pembelian, RM1 akan didermakan ke arah inisiatif bermakna ini, sehingga jumlah mencecah RM140,000,” jelas beliau.



Melalui kerjasama pembeli dalam initiatif berkenaan, mereka bukan sahaja menyumbang kepada usaha amal tetapi turut memupuk semangat kemasyarakatan, membawa perubahan positif secara kolektif dan membolehkan wanita muda terus berkembang maju dan cemerlang dalam mengejar aspirasi mereka.  


Penyertaan Watsons dalam program ini juga mencerminkan dedikasi peruncit terkemuka itu dalam mencipta impak sosial yang positif, selain mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain industri kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan yang terbaik dalam negara. 


Malah dengan terlaksananya  kesibambungan program pada tahun ini, WOMEN:girls berharap untuk terus memberi inspirasi kepada wanita muda dengan harapan mahu melihat wanita berdiri teguh, bersatu dan terus melangkah jauh mengejar cita-cita..




#WomenGirls #Watson #Nivea #KejarKerja #ArenaWatsons #ProdukKecantikan  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan