14 FINALIS BERENTAP REBUT KERETA 'JOM BALIK KAMPUNG BERSAMA SOGO & PAYNET'. MILIK PEMUDA 20 TAHUN!
“SYUKUR Alhamdullilah,” itu luahan pertama ibu kepada pemenang peraduan "Jom Balik Kampung Bersama SOGO & PAYNET”, Sheynaz Gulam, apabila anaknya, Amir Ali Rahim, 20, diumumkan memenangi Hadiah utama, sebuah kereta Perodua Aruz 1.5X Auto.
“Saya memang terharu dan tidak sangka dapat memenangi sebuah kereta dan sudah tentu kereta ini akan saya hadiahkan kepada ayah dan emak,” ujar Amir ketika ditemui pada majlis kemuncak peraduan tersebut yang menyaksikan 28 finalis mencabar diri masing-masing melalui dua peringkat untuk menentukan 14 finalis terakir yang berpeluang memenangi hadiah utama dan kedua berupa sebuah lagi kereta, Perodua Bezza 1.3X Auto.
Pemenang kedua, seorang surirumah tangga dari Kulai, Johor, Norhidayah Manaf, 38, membawa pulang Perodua Bezza itu manakala pemenang ketiga, seorang guru dari Putrajaya, Masitah Arshad, 48, memenangi baucer hadiah SOGO bernilai RM10,000.
25 finalis lain masing-masing memperoleh baucer hadiah SOGO bernilai RM1,000 setiap seorang di mana keseluruhan hadiah bernilai RM150,000.
Menurut Amir, ibunya sering berbelanja di SOGO dan pada musim Raya lalu lebih kurang 10 kali ibu berbelanja Raya kira-kira nilai RM1,000.
“Melalui 10 borang yang disertai ada yang tertulis nama adik juga tetapi rezeki berpihak pada saya. Syukur!,” tambah Amir yang sedang menunggu keputusan melanjutkan pelajaran di Universiti pilihan dalam bidang Komunikasi Sosial.
Malah beliau baharu sahaja lulus mengambil lesen kereta semasa cuti selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi. Itulah namanya rezeki waima anak tunggal lelaki ini merupakan finalis termuda dalam 14 pesaingnya yang lain.
Pada majlis grand final yang berlangsung di SOGO KL baru-baru ini setiap peserta perlu melalui dua peringkat bagi menentukan 14 daripada 28 finalis yang layak ke peringkat kedua iaitu memasuki ‘Wind Chamber’.
Pada peringkat pertama, kesemua finalis perlu berdepan permainan “Spin-2-Advance" di mana 28 peserta akan membentuk dua pasukan dengan 14 ahli setiap satu.
Peserta akan bergilir-gilir memutar roda dengan nilai antara 1 hingga 12 waima sesiapa yang memutarkan nilai nombor lebih tinggi berjaya terpilih.
Selepas itu, cabaran "Wind of Fortune" akan menyaksikan 14 peserta terbabit memasuki "Wind Chamber" satu demi satu, dengan peluang 30 saat untuk mengumpul kertas berwarna dengan nilai mata yang berbeza-beza sehinggalah pemenang ditentukan daripada markah terakhir yang diperoleh.
Memang happening dan gamat petang itu malah Kak Fas yang bukan finalis pun terasa debarannya. Itu belum lagi jadi finalis haha…
Apa pun tahniah buat semua pemenang. Walau pun ada yang gagal anda tetap bertuah di antara 40,000 penyertaan yang diperoleh sepanjang peraduan berlangsung dari 24 Mac hingga 31 Mac 2023 lalu di mana mereka bukan sahaja hanya perlu berbalanja RM50 dan ke atas malah meneka jumlah ketupat yang berisi di dalam sebuah kotak gergasi yang dipamerkan pada waktu itu.
Dengan kejayaan dan sambutan rama terhadap program ‘Jom Balik Kampung Bersama SOGO & PAYNET’ tersebut, SOGO berharap untuk menganjurkan acara yang lebih bermanfaat dan menarik pada masa hadapan, mengukuhkan dedikasinya untuk memupuk komuniti pelanggan dan pelanggan setia yang bertenaga.
Antara barisan juri yang mengadili peraduan terdiri dari Ketua Pegawai Operasi Kumpulan SOGO Malaysia, Raymond Teo (gambar bawah, dua dari kanan); Pengarah Kanan, Bahagian Komersial Perkongsian Korporat & Penyelesaian, PayNet (Payments Network Malaysia Sdn Bhd), Azrul Fakhzan Mainor (kiri) dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan SOGO Malaysia, Chuah Eng Khoon.
#JomBalikKampungBersamaSogo&PayNey #PeroduaAruz #PeroduaBezza #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan