50 MEGUMI MEN RAWATAN RAMBUT GUGUR UNTUK LELAKI
50 MEGUMI - satu jenama yang sejujurnya ini pertama kali Kak Fas mengenalinya waima ia merupakan produk anti-keguguran rambut yang terkemuka di Jepun dan Hong Kong.
Rangkaian jenama Anti-Hair Loss ini dirumus dengan 50 bahan semula jadi, dipilih khas bagi mengurangkan keguguran rambut dengan berkesan, meningkatkan jumlah rambut dan menguatkan akar rambut.
Khabarnya, pengguna dapat melihat hasil yang ketara dengan penggunaan konsisten selama 4 bulan. Tidak hairanlah ia mampu terjual lebih 10 juta di kalangan wanita mahu pun lelaki dari semua peringkat umur mengatasi masalah keguguran rambut.
Baru-baru ini apabila mendapat jemputan pada majlis pelancaran 50 Megumi Men di Cohiba Atmosphere, Kuala Lumpur, daripada PR Konsultan, Fitzgerald dari firma Elliot & Co, baharulah Kak Fas berpelung mendekati dan mengenali jenama ini.
Barangkali anda pun tidak tahu bahawa mengikut laporan terkini, seramai 50% lelaki berumur 50 tahun ke atas mengalami masalah keguguran rambut.
Selain itu, juga terdapat peningkatan dari segi jumlah kes lelaki yang mula mengalami masalah rambut gugur pada usia yang muda.
Lebih membimbangkan lagi, 25% mengakui masalah keguguran rambut telah memberikan impak ketara kepada keyakinan diri mereka, sekali gus menjejaskan perhubungan dan kerjaya mereka sebelum mencapai umur 21 tahun.
Menyedari betapa penting isu ini, 50 Megumi mengambil langkah memperkenalkan rangkaian produk 50 Megumi Men baharu yang khas diformulasi untuk menangani keguguran rambut di kalangan kaum lelaki.
MAJLIS pelancaran disempurnakan oleh Nurul, Aaron dan Kenny Lee.
“Keguguran rambut bukan sahaja menjejaskan paras rupa kita, malah ia turut mengubah persepsi kita terhadap diri sendiri dan identiti kita. Ini dapat mengundang keresahan dan kemurungan, khususnya di kalangan lelaki yang bergelut dengan impak sosial dan emosi akibat keguguran rambut. Itulah sebabnya kami menghasilkan rangkaian 50 Megumi Men baharu— satu penyelesaian yang membantu mengembalikan semula rambut dan keyakinan diri anda,” ujar Aaron Wong, Pengurus Jenama Kanan 50 Megumi pada majlis berkenaan.
Turut hadir doktor perubatan dan figura terkenal, Dr Shazril Shaharuddin; Pengarah Perubatan Klinik Lumi, Dr. Koh Ming Zhi; Eksekutif Merchandise Guardian, Nurul Asyikin; Pengurus Jualan Nasional, Kenny Lee serta pempengaruh media sosial Naufal Haiz dan Kael.
DARI Kiri: Naufal, Dr.Says, Kenny, Nurul, Aaron dan Kael.
Menurut Aaron, manfaat rangkaian 50 Megumi Men dapat dilihat dalam tempoh yang singkat.
“Dengan penggunaan harian yang konsisten, pengguna boleh mencapai pengurangan keguguran rambut sebanyak 45% dalam tempoh empat bulan. Sebotol esen dapat bertahan sehingga 40 hari jika digunakan sebanyak 2 kali sehari, menjadikannya satu penyelesaian yang mudah dan menjimat kos untuk pengurusan keguguran rambut di kalangan lelaki,” tambah Aaron.
Produk utama dalam rangkaian 50 Megumi Men baharu adalah 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Treatment Essence.
“Esen rambut ini hanya perlu diaplikasikan secara langsung pada kulit kepala .Ia membantu merangsang folikel rambut, meningkatkan kesihatan keseluruhan kulit kepala, dan mewujudkan persekitaran yang optimum untuk rambut yang sihat, “ jelas Aaron sambil memaklumkan tekstur produk adalah ringan dan tidak melekit menjadikannya sesuai untuk lelaki dengan gaya hidup sibuk, waima tidak menjejaskan penggayaan rambut serta tidak perlu dibilas dengan air.
Rangkaian 50 Megumi Men juga menampilkan dua pilihan syampu, iaitu 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh dan 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo.
50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh membersihkan kulit kepala dan rambut dengan wangian pudina menyegarkan bagi menghilangkan minyak rambut berlebihan dan memberi kesegaran kepada akar rambut.
50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo pula mengandungi Hinokitiol, bahan anti-kelemumur berasaskan tumbuhan yang dapat menangani kelemumur secara berkesan.
Setiap produk dalam rangkaian 50 Megumi Men dirumus khas dengan 50 bahan terpilih yang merangkumi kosmetik moden, herba tradisional dan bahan semula jadi yang sesuai dengan keperluan unik lelaki untuk mencegah keguguran rambut.
“Di 50 Megumi, kami percaya alam semula jadi menawarkan penyelesaian yang terbaik untuk masalah rambut. Itulah sebabnya kami menggunakan bahan-bahan herba semula jadi yang telah terbukti dapat membantu menyuburkan, menguatkan, dan mengalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Semua bahan herba ini kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral, dan minyak pati yang membantu mengembalikan kesihatan dan kecantikan rambut anda,” sambung Aaron.
Sementara itu, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali dengan gelaran Dr. Says yang turut diundang memberikan pendapatnya menegaskan bahawa pemahaman terhadap faktor penyumbang keguguran rambut amatlah penting.
“Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut pramatang di kalangan kaum lelaki. Walaupun sebahagiannya adalah genetik, namun ada juga faktor-faktor lain yang berkait rapat dengan gaya hidup dan tabiat kita, seperti tekanan, tidur, senaman serta tabiat pemakanan,
“Mengetahui faktor-faktor ini serta cara pengendalian rambut gugur secara berkesan turut memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lebat,” ujar Dr. Says.
Majlis turut mendengar perkongsian dan pengalaman Naufal Haiz dan Kael atau nama penuhnya, Michael Lean Chien Er.
Rangkaian 50 Megumi Men baharu kini boleh didapati di cawangan-cawangan peruncit terpilih di seluruh negara, termasuk Guardian dan platform atas talian iaitu Shopee, Lazada pada harga dari RM50 hingga RM150.
Untuk maklumat lanjut tentang 50 Megumi, boleh layari https://50megumi.com.my/. atau buka melalui LINK INI.
#50Megumi #50MegumiMen #GuardianMalaysia #Produk #RambutGugur #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan