Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AWAL MUZIK PERKENAL TIGA LAGI PENYANYI BBNU WARNAI INDUSTRI!


BERBANDING
dengan label syarikat rakaman terkenal, barangkali Awal Muzik Entertainment yang walau pun sudah bertapak dalam industri seni muzik sejak 2019 tidaklah begitu popular waima Kak Fas pun baharu pertama kali dipertemukan dengan pengasasnya Saidin Noordin atau lebih dikenali dengan nama gelaran 'Knight Cydeen'.


Namun tidak dinafikan Awal Muzik Entertainment  (AME) boleh dikategorikan sebagai satu-satunya syarikat rakaman yang aktif mempelopori bakat anak-anak muda khususnya yang ‘trending’ di media sosial seperti Tik Tok, YouTube, Instagram dan sebagainya untuk dijadikan artis rakaman.


Khabarnya, setekat ini AME sudah mengetengahkan lebih kurang 20 artis muda yang boleh  digelarkan sebagai 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) di mana hampir kesemua mereka dikenali sebagai pempengaruh media sosial yang mempunyai ribuan pengikut di laman sosial masing-masing.


Terbaharu, AME memperkenal tiga single baharunya daripada tiga artis terpilih sekali gus iaitu Danial Kifli dengan lagunya ‘Pergilah Cinta’; Andyoso (Setiaku 100%) dan Ellisda dengan single pertamanya, ‘Harus Pergi’.


“Walau pun mereka masih baharu dalam industri tetapi mereka mempunyai peminat tersendiri dalam laman sosial media masing-masing dan melihat pada potensi mereka kami menawarkan platform agar mereka boleh terus cemerlang sebagai artis berbakat,” ujar Pegawai Pemasaran & Media AME, Kelana (kanan) pada majlis sidang media memperkenalkan tiga artis muda terbabit yang berlangsung di Hotel Santa Grand Signature, Kuala Lumpur sebagai penaja lokasi acara.


Turut hadir Saidin Noordin dan ketiga-tiga artis terbabit - Danial Kifli, Andyoso dan Ellisda serta beberapa artis BBNU AME antaranya Zul Hadi, Ammar dan ramai lagi.


DARI kiri: Ellisda, Danial, Andyoso dan Saidin.


Bagi yang belum mengenali anak-anak muda ini tentu ingin mengetahui siapakah mereka sebelum ini dan bagaiamana boleh terus berada dalam radar muzik industri dengan pantas?


Secara ringkasnya, Danial Kifli atau nama penuhnya, Muhammad Ariff Danial Kifli meraih populariti menerusi single pertamanya, ‘Permata Istimewa’ yang dilancarkan AME tahun lalu, baik di Malaysia mahu pun Indonesia.


Namanya melonjak disebabkan video ‘content prank’ suara beliau sehingga membuat ramai terpesona dengan bakatnya malah pernah menyertai program nyanyian realiti “All Together Now’ dan ‘I Can See Your Voice’ musim ke-6.



Terkini, melalui single kedua ciptaannya dan ditulis Knight Cydeen , “Pergilah Cinta’, sebaik sahaja dilancarkan pada Jun lalu, meraih 4 juta tontonan di YouTube dan semua digital platfom.


“Saya akan terus berlatih bernyanyi kerana impian saya mahu mejadi penyanyi profesional dan berharap karya saya dapat tercalon dalam carta Juara Lagu,” ujar Danial yang bercadang  mengikuti kelas vokal sebagai persediaan untuk memantapkan nyanyiannya.


Berlainan dengan Ellisda atau nama penuhnya, Nurdamia Ellisda, beliau berpeluang mendapat latihan vokal daripada Datuk Shafinaz Selamat ketika bersama Genius Seni Koir Malaysia selama 6 tahun.


Juga pernah menyertai realiti tv “I Can See Your Voice’ musim ke-6, Ellisda antara pempengaruh di TikTok dan instagram yang dikenali kerana mampu meniru suara kartu animasi Boboiboy.



Turut dikenali di Indonesia dan Brunei, lagu balada ciptaan Ujang K, “Harus Pergi’ ini merupakan  percubaan pertamanya  untuk bertapak dalam industri muzik tanah air sekali gus mampu meraih 15,000 tontonan di YouTube malah lagunya  trending di Spotify Asia.


Menariknya muzik video ‘Harus Pergi’ diadaptasikan daripada kisah benar, mengisahkan seorang isteri yang berada dalam hubungan bersifat ‘toksik’ hingga menyebabkan kecederaan fizikal akan menjejaskan  emosi dan kesihatan mental wanita.


“Impian saya memang mahu menjadi seorang penyanyi profesional dan berharap lagu ini menjadi lonjakan pertama saya untuk berada dalam industri dan tentu sekali saya akan terus berlatih vokal bagi memantapkan lagi persembahan,” ujar Ellisda yang meminati nyayian sejak kecil.


Namun bagi penyanyi bernama sebenar Andika Zulkefi atau nama komersilnya Andyoso, kelahiran  Negeri Sembilan yang berkacukan Indonesia memberitahu, penglibatannya sebagai penyanyi lebih kepada minat dan mengisi masa lapang.

 

Dengan percubaan lagu ‘Setiaku 100%’, ia mendapat 120,000 tontonan di YouTube dan menjadi ‘rotation’ di setiap corong radio sejak dilancarkan bulan Jun lalu.



Karya ciptaan Knight Cydeen dalam rentak Pop Indo ini dengan susunan lirik dan muzik yang moden mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia malah turut mendapat perhatian pendengar dari Indonesia, Brunie dan Singapura.


“Saya mengambil pengajian Perniagaan di UiTM dan impian saya tentulah mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya selain menjadikan nyanyian sebagai hobi bila lapang,” jelas Andyoso yang kin dilihat sudah pun mengeluarkan  produk ‘tumbler’ nya.


Dengan terhasilnya ketiga-tiga single terbaharu dari tiga remaja muda di bawah label AME ini, kesemua mereka berhadap dapat mewarnai industri muzik dan menjadi sebahagian daripada artis BBNU tersedia dan seterusnya meningkat menjadi seorang artis profesional.


‘Kami akan terus memperkenalkan artis-artis baharu agar mereka mempunyai platform dan ruang untuk melangkah jauh. Itu harapan kami,” akhiri Saidin atau Knight Cydeen ketika ditemui seketika.




#AwalMuzikMalaysia #DanialKifli #Andyoso #Ellisda #Muzik #BBNU #LaguBaharu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan