Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KEMPEN 'KUALA LUMPUR A-LYF' PERKENAL HOTEL LYF RAJA CHULAN , BANTU PENIAGA TEMPATAN


SEMPENA meraikan bulan Hari Kebangsaan ke-66 dan Hari Malaysia ke-60,  pengendali pemilik penginapan antarabangsa terkemuka. Portfolio Ascott, The Ascott Limited melancarkan kempen ‘Kuala Lumpur A-lyf’ selama setahun, sekali gus  memperkenalkan hotel terbaharunya,  ‘Lyf Raja Chulan.


Terletak di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur yang berhampiran kawasan tumpuan pelancong seperti Chinatown, Pasar Seni dan Bukit Bintang, ‘Lyf Raja Chulan’ menyediakan pengalaman penginapan holistik, memberi tumpuan kepada warisan budaya yang kaya di Malaysia.


"Lyf Raja Chulan telah mencetuskan idea yang bernas untuk memulakan kempen yang menyeronokkan dan interaktif ini, bukan sahaja untuk mempamerkan budaya, seni, dan tradisi negara tetapi juga untuk membantu peniaga tempatan yang bakal menyertai acara-acara yang dirancang bagi mempromosikan produk mereka dan mencipta peluang ekonomi,” ujar Mohamed Amin Yahya, Pengarah Kanan Dalam Negeri & Acara, Tourism Malaysia pada majlis pelancaran kempen “Kuala Lumpur A-lyf’ yang berlangsung di hotel Lfy Raja Chulan baru-baru ini.


Turut bersama merasmikannya adalah Pengurus Besar Negara, The Ascott Limited Malaysia, Mondi Mecja serta wakil-wakil  daripada egensi dan persatuan pelancongan seperti MATIC, MATTA, MiTDA, MAH dan MyBha.


Menurut Mohamed Amin, ‘Kuala Lumpur Comes A-lyf’  adalah satu cara yang kreatif untuk mempromosikan pelancongan melalui acara kebudayaan, dan diyakini kempen selama setahun ini akan membantu dalam meningkatkan jumlah pelancong untuk tahun ini dan juga memberi permulaan yang baik buat tahun 2024.


Sehubungan itu, Lyf Raja Chulan menjemput mereka yang gemar meneroka Kuala Lumpur, tidak kira dari mana asalkan mereka mempunyai semangat untuk mengembara. 


Kempen ini akan mempromosi tarikan tempatan di Kuala Lumpur, membolehkan pelancong menikmati dan mendidik diri mereka sendiri tentang tradisi dan budaya Malaysia melalui aktiviti, persembahan, makanan, dan ceramah. 


Pelancong yang menitikberatkan aspek keselamatan, keselesaan, kebersihan, dan ruang perkongsian semasa melancong pasti akan menikmati Lyf Raja Chulan kerana mereka mengekalkan prinsip kebersihan yang baik.


“Acara ini bukan sahaja mempamerkan Lyf Raja Chulan sebagai tempat penginapan yang menarik, tetapi turut memperkenalkan peniaga tempatan, terutamanya perniagaan kecil, yang akan kami libatkan untuk menyertai acara-acara kami,” kata Mondi Mecja seterusnya.


Tambah beliau, pasar lambak, bazar makanan, persembahan komedi dan festival muzik hanyalah beberapa acara yang boleh dijangkakan dalam menjayakan kempen ini.


Sementara itu, Pengurus Kediaman Lyf Raja Chulan, Bob Yusof ketika memperkenalkan konsep Lyf Raja Chulan memberitahu, ‘lyf’ yang merupakan singkatan bagi perkataan ‘Live Your Freedom’, tidak terhad kepada organisasi swasta untuk projek dan kempen masa akan datang sahaja tetapi ia juga mempelawa mereka yang bersefahaman untuk menyumbang kepada usahanya di dalam meningkatkan industri pelancongan dan hospitaliti dalam menyambut Tahun Melawat Malaysia yang akan datang.



“Kewujudan ‘Lyf Raja Chulan’ bakal memberi manfaat bukan sahaja kepada industri pelancongan tetapi juga meningkatkan perniagaan kecil tempatan seperti penjaja jalanan, restoran, muzium, agensi pelancongan, dan banyak lagi serta peluang untuk pelancong tempatan dan antarabangsa merasai pengalaman bandar dengan menerokai permata yang tersorok di Kuala Lumpur,” jelas Bob yang lebih terkenal dengan gelaran ‘Kampung Boy’ waima rambut kerintingnya sama seperti imej ‘the kampung boy’ karya kartunis terkenal  Dato Lat, 72, atau nama penuhnya, Mohammad Nor bin Mohd Khalid.


Kempen juga bertujuan untuk mempromosikan banyak permata tempatan yang terletak di kawasan bukan komersial yang dipenuhi dengan lebih banyak budaya, tradisi dan warisan.



Lyf Raja Chulan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan hotel-hotel lain di bawah jenama The Ascott Limited bagi acara masa hadapan melalui kempen 'Kuala Lumpur Comes A-lyf' bagi menyediakan dan berkongsi pengalaman penginapan holistik yang merangkumi setiap aspek ibu kota. 


Lyf Raja Chulan menjemput mereka yang gemar meneroka Kuala Lumpur, tidak kira dari mana asalkan mereka mempunyai semangat untuk mengembara,” Bob mempelawa.


The Ascott Limited (Ascott) ialah syarikat berpangkalan di Singapura yang telah berkembang menjadi salah satu pengendali pemilik penginapan antarabangsa terkemuka. 



Portfolio Ascott merangkumi lebih 220 bandar merentasi lebih 40 negara di Asia Pasifik, Asia Tengah, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Syarikat. 


"Lfy Raja Chulan adalah satu-satunya hotel di bawah kendalian The Ascott di Malaysia," akhiri Bob.


Untuk maklumat lanjut mengenai Lfy Raja Chulan boleh baca LINK INI.



#LfyRajaChulan #KualaLunpurComesAlyf #TheAscottLimited #Hotel #Pelancongan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan