Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KEMPEN MUSIM SEJUK PEDULI INSAN SASAR KUTIPAN DANA RM5 JUTA!


SYRIA Humanitarian Needs Overview (HNO) menganggarkan lebih 15.3 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di Syria, menjadikan jumlah itu yang tertinggi dari bermulanya krisis di Syria waima lebih 6.8 juta telah menjadi pelarian akibat kehilangan tempat tinggal di dalam Syria sendiri.


Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah melancarkan Kempen Musim Sejuk yang memasuki tahun ke 12 bertujuan mengumpul dana sumbangan untuk penyaluran bantuan kepada  Syria serta dua negara lain yang turut mempunyai krisis kemanusiaan terburuk iaitu Palestin yang berterusan diserang rejim Israel tanpa henti bermula dari tahun 1948 dan Yaman yang dikategorikan sebagai negara Arab termiskin setelah terperangkap dalam perang sivil yang berpanjangan mengakibatkan jutaan rakyat di negara itu di ambang kebuluran.



“Bantuan akan diutamakan kepada dua jenis, Suapan Kasih dan Selimut Kasih. Seperti tahun sebelumnya, Suapan Kasih akan diberikan di dalam bentuk makanan dan bekalan makanan ruji untuk kegunaan harian mereka manakala Selimut Kasih diberikan di dalam bentuk pakaian dan barangan khusus musim sejuk supaya dapat memberi kehangatan kepada saudara kita,” kata Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan yang ditemui ketika acara pelancaran kempen ini.


Misi Peduli Insan | bantuan musim sejuk (11) & bantuan gempa Syria - Turkiye 1444H - 2023M


Bantuan Suapan Kasih:

  • Set hidangan panas
  • Kotak makanan bekalan 2 minggu bagi setiap keluarga
  • Infaq Pembinaan Telaga air di Yaman


Bantuan Selimut Kasih:

  • Selimut tebal
  • Set pakaian musim sejuk (Jaket, stokin, kasut & mafla)
  • Alat Pemanas
  • Bahan bakar (Minyak diesel, birin;hampas kering zaitun)


Bantuan lain juga turut diberikan mengikut keadaan seperti bantuan kesihatan bagi golongan kurang upaya dan mereka yang terkesan akibat perang dan memerlukan rawatan atau pembedahan ekoran dari tragedi gempa bumi yang melanda bumi Turkiye dan Syria beberapa bulan yang lalu. 

Selain itu, Peduli Insan juga meningkatkan usaha mereka dalam memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan sewajarnya.



“Kita semua sedar pendidikan adalah salah satu cara untuk membuka ruang dan peluang buat anak-anak ini mengubah nasib hidup mereka dan juga keluarga mereka. Kita dengar sendiri luahan anak-anak di kem pelarian Syria menyatakan hasrat mereka ingin ke sekolah ketika pasukan menyertai misi yang lalu tetapi keadaan kehidupan mereka yang terlalu dhaif tidak mengizinkan.” tambah Mohd Luqmanulhakim.



Kempen Musim Sejuk (12) ini mensasarkan kutipan dana RM5 juta ringgit bermula dari tarikh pelancaran 15 September 2023 yang lalu sehingga bulan Febuari 2024


Bagi orang ramai yang ingin membantu ibu tunggal, anak-anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya serta warga tua di tiga negara yang terlibat di dalam kempen ini boleh salurkan sumbangan melalui:



BANK ISLAM

0704 3011 0620 82

PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA


Ihsan Demi Insan

www.peduliinsan.org




#PeduliInsan #Syria #KempenMusimSejuk #SasaranRM5j #Yaman #Palestin #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan