Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONVOI KEMBARA KASIH RAI MAJLIS MAULIDUR RASUL, 'ALTIMET' HARGAI USAHA GALERI NUR RAUDHAH!


SALAM
Maulidur Rasul!


Begitu ucapan yang paling banyak diterima dalam medium ‘Wats App’ atau pun yang tertulis dalam platform media sosial sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul 1445 H pada 12 Rabiulawal bersamaan 28 September 2023 lalu.


Selepas tiga tahun ditiadakan, sambutan Maulidur Rasul 1445H peringkat Kebangsaan disambut  di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dimeriahkan dengan acara perarakan.


Itu di Putrajaya..... namun tidak ketinggalan juga sambutan Maulidur Rasul disambut pada peringkat negeri malah tidak kurang juga di sambut secara persendirian oleh badan-badan NGO mahu pun organisasi tertentu seperti yang diusahakan oleh pengasas Galeri Nur Raudhah merangkap Pengetua Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ustaz Md Zawawi Ramli yang menyimpan dan mempamerkan barangan peribadi Nabi Muhammad SAW milik pakar arkeologi artifak Islam, Allahyarham Datuk Profesor Dr Abd Manan Embong.


Sudah dua kali Kak Fas melawat Galeri Nur Raudhah setiap kali adanya acara di situ namun sempena sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung baru-baru ini boleh disifatkan antara majlis yang paling terbesar dan meriah dianjurkan Ustaz Md Zawawi.


“Kami menganjurkan Perarakan Konvoi Kembara Kasih dengan membawa barangan Rasullullah SAW yang dalam simpanan di  Galeri Nur Raudhah ke sekitar kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sebelum bersolat jemaah Asar di masjid bagi memberi peluang orang ramai melihat artifak peribadi Rasullulah SAW yang kami junjung,” ujar Ustaz Md Zawawi pada majlis Program Maulidur Rasul 1445H dan P,erarakan Konvoi Kembara Kasih yang berlangsung di Rumah Kasih Nurul Hasanah/Galeri Nur Raudhah di Ampang,baru-baru ini.



Majlis perarakan konvoi Kembara Kasih disempurnakan Ustaz Md Zawawi bersama isteri Umi Rabaah serta Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Juwairiya Zulkifli setelah Ahli Dewan Undangan Negeri, Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih popular dikenali sebagai ‘Altimet’ dalam arena seni hiburan tidak sempat melakukan ‘flag off’ bersama apabila kehadirannya agak sedikit lewat daripada jadual. 




Konvoi yang disertai kereta antik, kereta mewah serta motosikal berkuasa tinggi mahupun yang biasa memulakan perjalanan ke Putrajaya yang terdahulunya diiringi alunan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW sebagai tanda memberkati perjalanan waima ketibaan di Putrajaya disusuli dengan iringan helikopter.


"Kita mahu hidupkan amalan sunnah berkasih sayang seperti ditunjukkan baginda Nabi SAW. Kita mahu orang ramai tahu, betapa indahnya hidup berkasih sayang cara nabi, seorang pencinta agung. 


USTAZ Zawawi. Foto: Zaman.


"Kita mahu masyarakat hidup dengan mengikuti semua sunnah Baginda Nabi SAW dalam seluruh aspek kehidupan termasuk berkasih sayang dalam pergaulan, bersahabat, makan minum, sunnah dalam berkeluarga dan sebagainya,” tambah Ustaz sambil menyeru umat Islam bersama-sama memperbanyakkan membaca, mengikuti dan menghayati sirah Nabi malah paling mudah memperbanyakkan berselawat semoga mendapat syafaat baginda dan rahmat Allah SWT waima keampunan Allah adalah kemuncaknya keredhaanNYA.



Sebelum program perarakan,  sambutan Maulidur Rasul yang diaturkan sehari suntuk bermula dengan perlumbaan qasidah kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa, serta warga emas, diikuti dengan pertandingan melukis kubah hijau dan sepanduk termasuk gerai makanan., kambing bakar dan minuman percuma antaranya tajaan produk Ikhwan.


Manakala pada sebelah malamnya diadakan solat maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan maulid, qasidah dan tausiah sebelum majlis tamat dengan jamuan maulid pada jam 11 malam.


GAMBAR Bawah: Foto Kredit: Raja Yusof.


Sementara itu, Syed Ahmad yang tidak ketinggalan hadir walaupun terlepas acara perlepasan konvoi menyifatkan usaha Galeri Nur Raudah dalam menganjurkan majlis sempena sambutan Maulidur Rasul sebagai tepat dan baik dilaksanakan.


Walau pun sebuk dengan tugas hariannya sebagai ‘wakil rakyat’, beliau yang tetap meluangkan waktu melawat Galeri Nur Raudhah berharap usaha yang dilakukan Ustaz Zawawi mendapat sokongan ramai.


“Jika ada rezeki galeri begini boleh terus dikembangkan jika tidak di sini mungkin di kawasan yang lebih luas agar menjadi tumpuan ramai. Apa pun usaha membuka galeri yang menyimpan barang peribadi Rasullullah SAW perlu diteruskan,” ujar plantun lagu ‘Amboi’ ini yang lebih selesa dipanggil dengan namanya, Ahmad  daripada nama komersialnya, Altimet malah pernah dilaporkan tidak selesa dengan panggilan YB pun.


Namun,  setelah menghampiri dua bulan bergelar wakil rakyat, Syed Ahmad akui kini sudah terbiasa dengan panggilan YB dan tidak lagi rasa kekok.


“Itu adalah gelaran ringkas seorang wakil rakyat jadi saya reda dengan apa sahaja panggilan yang mereka selesa, tidak mengapa,” tambah ADUN Lembah Jaya ini yang memaklumkan antara usul yang akan diketengahkan adalah berhubung cukai hiburan 25% yang dikenakan terhadap industri.


“Bukan mahu terus menidakkan cukai tersebut kerana itu adalah sumbangan kepada Kerajaan tetapi mungkin dikurangkan sedikit,” akhiri Altimet menjawab persoalan media sambil menambahkata, tugasannya sebagai YB berbanding sebagai anak seni tidak ada perubahan ketara.


“Kedua-duanya sama, bezanya saya kini menggalas tanggungjawab terhadap rakyat berbanding untuk diri sendiri sebagai anak seni,” jawab beliau ketika disoal mana lebih selesa sebagai ADUN atau pun sebagai Artis.


FOTO kredit: Zamankini.

#AdunLembahJaya #GaleriNurRaudhah #KonvoiKembaraKasih #MaulidurRasul



Tiada ulasan:

Catat Ulasan