Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

4 WANITA BERGELAR 'FACE OF HEALTHY BEAUTY', SEORANG PEMUDA RAIH 'MOST CHARMING'!


BERAKHIR
sudah pencarian Face of Healthy Beauty Guardian untuk 2023 yang berlarutan selama empat bulan apabila empat pemenang daripada lapan  yang terpilih bersaing di pusingan awal membabitkan 20 finalis  daripada seluruh negara termasuk dua peserta lelaki diumumkan baru-baru ini.


Empat yang bertuah itu terdiri daripada Aqila Afindi, Kay Yap Yen Yin, Nur Izzatul Aqma Ludin dan Candace Cheah Sook Peng.


DARI kiri Nur Izzatul, Kay Yap, Candace Cheah & Aqila Afindi


Mereka mengalahkan Amy Nur Tinie; Yee Kah Kei; Lee Joey Leng; Siti Dzul Shazwani; Mohd Adam Hadiff; Mohd Nurfaiz Bin Abdul Rahim; Rachel Chan Tze Yan; Palvinder Kaur; Chan Ching Yee; Tung Mei Chin; Lim Wen Hui; Ayshah Abdul Rahman; Joan Na, Anna Tiew Tze Har; Joan Law Yan Ting dan Nur Aqilah binti Nordin.


Empat (4) pemenang Peringkat Akhir masing-masing  menerima:


  • Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian
  • Penampilan dalam Iklan, bahan Promosi dan bahan promosi jualan didalam stor Guardian
  • Wang tunai RM10,000 dan baucar bernilai RM10,000
  • Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian
  • Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang.


Sementara itu, buat pertama kalinya juga finalis lelaki, Nurfaiz dipilih sebagai pemenang anugerah ‘The Most Charming’.


NURFAIZ menerima gelaran 'Most Charming'. Foto kredit @ziafmihar.


“Kami sangat berbesar hati untuk akhirnya mengumumkan pemenang Face of Healthy Beauty 2023. Pertandingan tahun ni telah mendapat sambutan yang menakjubkan dan persaingan pula begitu sengit. Kami juga gembira apabila mendapati bahawa peserta yang mengambil bahagian datang dari seluruh Malaysia dan kami juga berbangga kerana untuk pertama kalinya, kami mempunyai dua peserta lelaki dalam 20 finalis pertandingan akhir,” ujar Anna Hull, Pengarah Komersial, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd pada majlis berkenaan.



Menurutnya seperti yang dimaklum, Face of Healthy Beauty BUKAN peraduan kecantikan tetapi adalah pencarian individu istimewa yang memiliki kualiti unik yang Guardian percaya, melambangkan maksud sebenar konsep Healthy Beauty.


“Konsep Healthy Beauty adalah TERAS falsafah jenama Guardan dan ia adalah cetusan daripada wawasan pengguna bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar. Oleh yang demikian, pemenang kami akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah, dengan melakukan aktiviti yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka,” tambah Anna.  


Bagi keempat-empat pemenang tersebut ini kata mereka:


 “Saya sangat kagum melihat kehebatan peserta lain dan saya berasa sangat gembira kerana dipilih sebagai salah seorang daripada empat pemenang. Kemenangan ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk seluruh keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak mendoakan saya,” kata  Aqila Afindi, 22, yang berasal dari Putrajaya dan merupakan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA.



Saya juga berusaha memberikan yang terbaik untuk menang dan syukur, usaha saya berhasil dengan kemenangan ini. Ia amat bermakna buat saya,” kata pereka fesyen dari Petaling Jaya, Nur Izzatul Akma, 21, yang telah menghasilkan busannya sendiri untuk pertandingan akhir itu.


Persaingan sangat sengit, memandangkan semua peserta begitu bersemangat dan berbakat. Tahniah kepada Guardian kerana telah menjadi perintis trend dengan memilih duta jenama yang benar-benar meraikan kecantikan dalaman,” kata Pereka Multimedia, Kay Yap, 31, yang turut memenangi hadiah Kategori untuk peserta ‘Paling Sihat’.



Pemenang. keempat , seorang pelajar tahun akhir jurusan Sains Veteriner, Candace Cheah, 28, seperti rakan-rakannya yang lain tidak ketinggalan melahirkan rasa kebanggaannya terpilih sebagai pemenang.


Peraduan yang bermula pada 26 Jun 2023 ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.


Untuk membaca lanjut tentang pencarian terdahulu, boleh didapati di https://theface.guardian.com.my atau laman sosial seperti berikut:


Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY


Berita berkaitan sila baca LINK INI.




#GuardianMYApp #guardianMy #faceofguardianmy #FaceofHealthyBeauty2023 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan