Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KHIND-SELANGOR FC BEKERJASAMA SUNTIK SEMANGAT JUARA!


KHIND Marketing Malaysia (KHIND)
, jenama terkenal Malaysia yang
 mengkhusus dalam peralatan elektrik dan elektronik, diasaskan pada tahun 1961 mengumumkan kerjasama strategik dengan Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC),  bertujuan menambah baik pengalaman bola sepak untuk para penyokong dan seisi keluarga, di samping menyuntik semangat juara dalam kehidupan seharian.  


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHIND Holdings Berhad, Adil Jimmy Mistry memberitahu, kerjasama dengan Selangor FCyang bermula dari tarikh perjanjian dimeterai sehingga Disember 2025, sesungguhnya mencerminkan komitmen KHIND untuk menyokong juara, sama ada di padang bola atau dalam kehidupan seharian mereka, sejajar dengan slogan KHIND iaitu "Mendukung Juara Setiap Hari(Supporter of Everyday Champions).


"Misi KHIND adalah membuat segalanya lebih mudah bagi konsumer kami. Kami berusaha untuk membawa kebahagiaan dan pengalaman yang lebih baik setiap hari, supaya pengguna kami dapat memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting, iaitu mengejar impian dan minat masing-masing. 


"Kerjasama kami dengan Selangor FC menyediakan platform untuk kami mendekati hati dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mengenali juara dalam diri mereka, dengan cara mereka yang tersendiri. KHIND bersedia menyokong setiap Sang Juara," jelas Adil ketika berucap pada majlis menandatangani MoU antara kedua pihak yang berlangsung di Khind Marketing (M) Sdn Bhd, Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.


Turut bersama berangkat menyaksikan upacara MoU adalah Pengerudi Selangor FC, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.



Selangor FC
, yang terkenal kerana pencapaian luar biasanya dalam arena bola sepak Malaysia, merupakan salah satu pasukan yang paling dihormati di negara ini, dengan rekod kecemerlangan menjuarai Piala Malaysia sebanyak 33 kali, diangkat sebagai juara liga tujuh kali, Piala FA lima kali, dan Piala Sumbangsih sebanyak lapan kali.


Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, amat berbesar hati dengan komitmen KHIND untuk menjalin kerjasama strategik dengan Gergasi Merah


"Walaupun masing-masing mewakili sektor yang berbeza, kerjasama ini membuka peluang untuk kami mencapai matlamat yang menjangkaui objektif utamanya," kata Dr Johan.


Tambahnya, kerjasama tersebut bertujuan untuk menawarkan nilai yang lebih tinggi kepada penyokong bola sepak dan masyarakat keseluruhannya, memupuk hubungan yang lebih bermakna dan minat bersama terhadap sukan ini. 


"Saya yakin bahawa kerjasama ini akan menjadi contoh penuh inspirasi, menggalakkan organisasi terkemuka lain untuk menyertai keluarga Gergasi Merah pada masa mendatang," jelasnya.


Dalam tempoh terdekat, KHIND merancang untuk menganjurkan aktiviti di stadium semasa perlawanan sebagai tuan rumah sekali gus memberi peluang kepada peminat di Selangor untuk menyertai dan melibatkan diri dalam acara menarik. 


Selain itu, aktiviti yang melibatkan barisan pemain Selangor FC akan turut diadakan untuk memberi peluang interaksi unik buat penyokong dan pengguna.


Tuntasnya, kerjasama strategik ini diharap dapat mendekatkan KHIND dengan masyarakat menerusi minat bersama terhadap bola sepak, yang merupakan salah satu sukan kegemaran rakyat Malaysia. 


"Pakatan ini melambangkan komitmen terhadap kecemerlangan, dengan matlamat untuk mentakrif semula bola sepak sebagai sukan yang membina perpaduan di samping menjadikan KHIND sebagai jenama yang meraikan serta menyokong setiap juara," akhiri Dr. Johan.



#SelangorFC #KHIND #PialaMalaysia #MendukungJuaraSetiapHari #GergasiMerah





Tiada ulasan:

Catat Ulasan