'LEGACY RIDER 2.0' SASAR 50,000 PENGUNJUNG KE 'AIRPORT LAMA'. PELUANG MENANG KERETA, MOTOR!
SUDAH bertahun-tahun rasanya Kak Fas tidak menjejakkan kaki di lapangan terbang lama Sq. Besi yang merupakan ‘airport lama’ pertama di Malaysia selepas ia dijadikan. sebagai Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Malah Kak Fas pernah merasai menaiki pesawat ke India melalui lapangan terbang Sq Besi ini sebelum ia ditutup dan diambil alih oleh Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. untuk penerbangan komersial.
Jadi apabila mendapat jemputan hadir ke majlis sidang media program pemotoran ‘Legacy Rider 2.0’ sudah tentulah rasa teruja untuk kembali melihat bagaimana transformasi yang berlaku pada kawasan airport lama itu walaupun boleh dilihat dari luar pagar waima ia terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Utara Selatan dan menjadi laluan harian Kak Fas ketika berkhidmat di Utusan Melayu Chan Sow Lin dahulu.
Sebaik memasuki kawasan airport lama ini, segar saujana mata memandang lapangannya yang luas sekali gus mengembalikan nostalgia lama.
Memasuki ruang di mana akan berlangsungnya sidang media, sudah tersedia meja kerusi dihiasi banner ‘Legacy Rider 2.0’ waima petugas dan pihak penganjur sudah pun berpakaian lengkap baju t lambang program yang bakal diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2023, dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
‘Jika di beri peluang pihak Legacy Rider inginkan Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan Legacy Rider 2.0 kerana ini akan memberikan satu penghargaan yang sangat bermakna bagi pihak Legacy Rider & peminat sukan pemotoran di negara kita,” ujar Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi ketika ditemui pada sidang media “Legacy Rider 2.0’ berkenaan.
Turut hadir Presiden Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia atau IRAMA, Ayob Abdul Majid; Pengarah GISBHolding (Global Ikhwan Services & Business Holdings), Hamdi Mohd Noor; selebriti jemputan, Achey Bocey, Ajak Shiro, Ucop Ahmad serta ikon-ikon media sosial antaranya Haqiem Stopa, Dinda Maira dan ramai lagi.
Selain itu penyanyi Black Hanifah juga dijangka hadir memeriahkan majlis kelak walau pun tidak dapat hadir masa majlis sidang media.
Bercerita lanjut, Muhammad Musaddiq memberitahu, lokasi asal program sepatutnya di Stadium Shah Alam tetapi terpaksa dipindahkan ke Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur, memandangkan kedudukannya yang strategik dan sesuai untuk acara berstatus mega begini.
MUHAMMAD Mussadiq diapit Ajak Shiro (kanan) dan Hamdi Mohd Noor dari GISB Holdings. |
Pada tahun lalu, program. Legacy Rider 1.0 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober berjaya menghimpunkan lebih 50,000 peminat sukan permotoran.
Baca artikel berkaitan DI SINI.
“Tahun ini kami sasarkan bilangan hampir sama atau sehingga 60,000 pengunjung yang terdiri daripada peminat sukan pemotoran,” tambah Mussadiq.
Menariknya, selain berpeluang menyaksikan pelbagai pameran menarik seperti himpunan 300 motor jenama Ducati, pengunjung bertuah boleh pulang dengan hadiah lumayan berupa sebuah kereta Honda dan tiga buah motosikal.
Menurutnya, pengunjung yang hadir nanti akan dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motor jenama Ducati malah pengunjung bertuah berpelang membawa pulang sebuah kereta atau sebuah daripada tiga motosikal yang disediakan.
Wow! Sambil menjamu mata dengan pelbagai pameran dan aktiviti yang berlangsung, pengunjung berpeluang menang hadiah lagi… memang terbaik. kan?
Selain itu boleh juga berhibur bersama artis jemputan yang akan turut bersama memeriahkan program anjuran Legacy Rider yang mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), PUNB Malaysia, PERNAS & GISB Holding.
Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda untuk menyaksikan program legacy terhebat ini malah inilah peluang anda juga untuk menjejakkan kaki ke lapangan terbang lama Sq Besi ini.
Untuk info lanjut boleh layari laman sosial @legacyriderofficial atau Facebook Legacy Rider Officiall.
MAJLIS diserikan dengan persembahan tarian singa dan mainan kompang tanda perpaduan |
#LegacyRider2.0 #SukanPemotoran #LapanganTerbangLama #GlobalIkhwan #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan