Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RASAI PENGALAMAN #COOLGILERRR, KUNJUNGI 'POP UP' STORE DI STARHILL!


PRODUK
ini selembut jenamanya ‘SOFY’. 


Tuala wanita No. 1 dari Jepun ini kini bekerjasama dengan Watsons untuk memperkenalkan kempen #CoolGilerrr bagi membantu para wanita di Malaysia melawan haba haid dengan rangkaian tuala wanita SOFY Cooling Fresh mahu pun SOFY ‘Natural Cucumber’.


Jika ada yang masih belum mengenali jenama ini, SOFY Cooling Fresh sebenarnya sudah diperkenalkan pada 2018 manakala SOFY Natural Cucumber empat tahun kemudian iaitu pada tahun 2022.


Terkini, bekerjasama dengan peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia, Watsons kempen #CoolGilerrr  ditumpukan promosinya di kawasan segi tiga emas, Starhill yang terletak bertentangan dengan pusat membeli-belah eksklusif Pavilion KL.



Acara ‘pop up’ unik yang disasarkan untuk memperkasakan wanita agar kekal segar sepanjang hari, tanpa sebarang ketidakselesaan terbuka untuk orang ramai akan berlangsung di Starhill Kuala Lumpur, dari 29 September sehingga 8 Oktober, 10 pagi sehingga 10 malam


Ia menampilkan paparan-paparan interaktif dan peluang bari orang ramai  untuk mengalami SOFY Cooling Fresh baharu secara langsung.



"Tuala Wanita SOFY Cooling Fresh adalah sebuah lonjakan ke hadapan untuk keselesaan masa haid. Sejak pelancaran rangkaian tuala wanita Cooling Fresh pada 2018, kami telah terus berusaha untuk menambah-baik produk kami dan memastikan wanita berasa segar, selesa dan yakin dalam setiap aspek kehidupan mereka.,” ujar Pengurus Jenama Kanan, SOFY Malaysia & Singapura, Amanda Wong Yoke Pui  (gambar bawah, tiga dari kanan) pada majlis pembukaan acara ‘pop up’ SOFY Cooling Fresh #CoolGilerr di Starhill baru-baru ini.


DARI kiri: Daigo Fujiwara, Makota Anezaki, Eiji Yoshida, Caryn Loh, Amanda, Carrol


Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Uni-Charm Corporation Malaysia & Singapura, Eiji Yoshida; Pengarah Urusan Watsons Malaysia merangkap Pengarah Eksekutif Serantau Watsons International, Caryn Loh; Pengarah Pemasaran Uni-Charm Corporation, Daigo Fujiwara dan rakan sejawatnya, Makoto Anezaki; Pengurus Besar Jualan Uni-Charm Corporation, Beh Kok SeongKetua Trading Watsons Malaysia, Carrol serta pempengaruh media sosial, Myra Zainal dan Jovynn.


EMCEE Agnes Lim (kiri) di acara sembang 'fireside' bersama Jovynn dan Myra.


Berkongsi lanjut, Amanda memberitahu, SOFY berhasrat untuk memberikan pengalaman yang menyegarkan dan meningkatkan keyakinan wanita, walaupun dalam keadaan cuaca yang paling mencabar.


"Menurut kajian penggunaan dan sikap pengguna tahunan kami, 7 daripada 10 wanita mengalami ruam atau kerengsaan kulit semasa haid. Ini amat ketara di kalangan gadis muda yang cenderung memakai tuala wanita untuk masa yang lebih lama. Rangkaian SOFY Cooling Fresh kami bertujuan untuk menangani masalah ini, terutamanya dengan cuaca Malaysia yang panas, "  jelas Amanda mengenai kebaikan tuala wanita SOFY.



Pendek kata, sejak diperkenalkan, SOFY Cooling Fresh telah direka untuk memberikan sehingga lima (5) jam Pudina Dingin merentasi pelbagai pilihan produk mulai dari Day to Night, Maxi hingga Ultra Slim, untuk membantu wanita Malaysia melawan rasa panas semasa waktu haid mereka.




Rangkaian Natural Cucumber juga yang  diperkenalkan pada Oktober 2022 direka khas buat mereka yang ingin menenangkan kulit dengan sensasi sejuk yang ringan.


Untuk informasi lanjut mengenai SOFY Cooling Fresh, layari laman web rasmi SOFY  DI SINI atau Facebook SOFY (https://www.facebook.com/SOFYMalaysia/) ataupun Instagram SOFY (https://www.instagram.com/sofymalaysia).



#SOFYCoolingFresh #SOFYCoolGilerrr #Watsons #SOFYNaturalCucumber #Haid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan