SIGNATURE MARKET PERKENAL KOTAK 'IT'S ME' KE ARAH HIDUP SIHAT!
PASAR dalam talian pertama di Malaysia yang menumpukan kepada produk-produk semula jadi dan organik, Signature Market percaya bahawa kehidupan sihat bermula dengan apa yang anda makan dan gunakan.
Sehubungan itu, Oktober ini Signature Market bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara dalam kempen, ‘Its Me’ bertujuan memperkasakan wanita di Malaysia sekali gus mempertingkatkan lagi tahap kesejahteraan masyarakat Asia Tenggara,
Percaya bahawa gaya hidup sihat sepatutnya boleh dimiliki oleh semua, Signature Market memperkenalkan kotak hadiah yang terpampang nama kempen ‘Its Me’ – frasa yang bukan sahaja mengesahkan pemerkasaan dan penerimaan diri tetapi turut menekankan kepentingan untuk wanita mencorak naratif mereka sendiri.
“Misi kami di Signature Market sememangnya adalah untuk memberikan rakyat Malaysia alat yang diperlukan oleh mereka untuk mengambil langkah pertama ke arah kehidupan lebih sihat – sama ada kesihatan fizikal, mental atau emosi,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Signature Market, Edwin Wang pada majlis pelancaran kempen kesedaran kanser payudara dengan menyatukan 10 jenama bagi mencipta kotak hadiah yang bermanfaat untuk semua.
Anjuran bersama Plant Origins dalam kempen ini, turut bersama wakil-wakil dari 10 jenama terbabit meliputi jenama terkenal antarabangsa Marc Jacobs, philosophy, Libresse, Blackmores, Wardah, dan Youvit serta jenama tempatan Neutrovis dan Sunway Medical Center.
Bersama-sama jenama ini, sebuah kit ‘Its Me’ yang direka khas bagi menyediakan wanita dengan alat untuk kekal sihat dan menjalani kehidupan yang cergas bertenaga dihasilkan pada harga RM49.90.
Apa kandungannya?
Kotak rona merah jambu sempena bulan ‘Pinktober’ mengandungi produk-produk daripada 10 jenama terbabit seperti berikut:
Mengulas lanjut, Edwin Wang melahirkan rasa berbesar hatinya dapat bekerjasama dengan jenama-jenama hebat berkenaan dalam usaha meraikan wanita di seluruh Malaysia, tanpa mengira latar belakang mereka atau apa yang sedang mereka lalui ketika ini.
‘Kami juga sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara pada tahun ini untuk mengembangkan lagi sumbangan kepada komuniti di sekeliling kami,” tambah beliau.
JURURAWAT Jeovelyn Samoya memberi penerangan cara pesakit kanser menjaga diri sebelum dan selepas rawatan. |
Sesiapa yang berminat membantu kempen dengan membeli kotak berharga RM49.90 itu boleh mendapatkannya di dalam talian di sesawang rasmi Signature Market, Lazada, Shopee serta di kedai jenama itu di Design Village Pulau Pinang dan di Signature Market Experience Store yang terletak di IOI Putrajaya (LG-215).
Untuk maklumat lanjut dan terkini, boleh kunjungi laman sosial Signature Market dalam Instagram, Facebook atau YouTube,
#SignatureMarket #Pinktober #ItsMe #PersatuanKebajikanKanserPahyudara #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan