Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SYRIA CARE SASAR DANA RM1.3 JUTA BANTU PELARIAN DI MUSIM SEJUK!


TIDAK
lama lagi negara yang mempunyai empat iklim bakal berdepan musim sejuk antaranya seperti  di Syria, Lubnan mahu pun Turkiye yang kini turut berdepan dengan pelbagai bencana kemanusian.


Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah antara gambaran situasi yang dihadapi negara yang terbabit dengan masalah para pelarian khususnya di Syria mahu pun Lubnan.


Buat masa sekarang, terdapat sejumlah 4.6 juta orang di utara Syria, di mana 97% daripada mereka hidup dalam kemiskinan tegar, sementara lebih daripada dua pertiga daripada mereka telah kehilangan tempat tinggal. 


Di Lubnan pula, ekoran krisis ekonomi yang merudum meletakkan para pelarian berada di situasi yang parah.


Bertahun-tahun mereka hidup derita akibat serangan roket dan berbagai senjata, menjadi gelandangan mencari peluang untuk hidup tak kira di mana malah diduga pula dengan gempa bumi berukuran 7.8 mengikut skala Richter. 


Lebih enam bulan selepas gempa bumi kuat yang melanda utara Syria dan selatan Türkiye itu, ramai daripada mereka yang terjejas di Syria seakan dilupakan waima  proses baik pulih serta pembinaan semula hampir tiada. 


SEBUAH sketsa dipentaskan sebagai gimik pelancaran.


Kejatuhan mata wang Syria serta peningkatan besar kos barang makanan serta kos pembinaan menambahkan kesusahan yang terpaksa mereka lalui apatah lagi peluang pekerjaan sangat terhad. 


Dan kini tiba musim sejuk, bertambahlah derita ditanggung pelarian-pelarian terbabit.


Sehubungan itu, dalam usaha untuk membawa kelegaan kepada mereka yang terkesan, pertubuhan NGO, Syria Care mengumumkan pelancaran Projek Winter Aid 11.0 bermula dari 20 September 2023 sehingga 31 Januari 2024 dengan sasaran dapat mengumpul dana sehingga RM1.3 juta.


Bantuan kali ini melibatkan dua portfolio utama di bawah gerak kerja Syria Care iaitu Core Relief Items dan Food Security di mana ia merangkumi keperluan asas serta khusus bagi musim sejuk. 


Projek yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Musim Sejuk dilaksanakan buat kali kesebelas tahun ini sejak penubuhan Syria Care pada tahun 2014, turut mensasarkan  kutipan berjumlah RM150,000 melalui projek 'Warm Their Winter' waima pada keseluruhannya projek Winter Aid tahun ini bakal mengagihkan bantuan  kepada lebih dari lapan kawasan di sekitar Idlib, utara Aleppo dan kawasan utara Lubnan dengan 50,000 penerima manfaat. 


FOTO kredit: Alias utvmedia.


“Dalam usaha mencari dana itu kami turut menganjurkan sub projek di bawah Winter Aid iaitu projek yang dinamakan ‘Warm Their Winter’yang akan berlangsung dari 14-22 Oktober di Dewan Melati, Shah Alam,” ujar Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki (gambar atas, kiripada majlis pelancaran Projek Winter Aid 11.0 yang disempurnakan bersama oleh isteri Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Masdiana Muhammad bertempat di Space U8 Shah Alam baru-baru ini.


DARI kiri: Nik Justin, Siti Sakinah, Masdiana Muhammad, Hisham Talib dan Mohd Firdaus Mokhtar.

Turut hadir Ketua Pemasaran & Penjenamaan Kumpulan Sinar Karangkraf, Nik  Justin Nik Mohd Ariffin; Jawatankuasa Pemerkasaan Perniagaan dan Penulis Kandungan, Yayasan Min Qalby, Hisham Talib  Abdul Talib serta Ahli Majlis Perwakilan  Penduduk Zon 3 Majlis Bandaraya Shah Alam, Mohd Firdaus Mokhtar.


Majlis kemudiannya memperkenalkan artis pempengaruh media sosial, Furqan Fawwaz sebagai ikon kemanusiaan Syria Care


Furqan yang terkenal dengan lagu ‘Wanita Terbaik’ pernah mengeluarkan single solo bertajuk ‘Nusaibah’ dilihat sebagai calon yang sesuai kerana latar belakang serta minatnya yang tinggi terhadap kerja-kerja kemanusiaan. 


Menurut Ustazah Sakinah, projek Warm Their Winter dilaksanakan bertujuan membuka peluang kepada orang ramai membantu para pelarian secara langsung.

 

“Selain sumbangan berbentuk dana, orang ramai boleh menghantar pakaian musim sejuk baharu dan terpakai serta barangan lain seperti selimut tebal, lampin pakai buang, tuala wanita juga peralatan perubatan pada tarikh dan tempat yang dinyatakan di atas,” tambahnya  sambil memaklumkan  sasaran dua kontena dengan anggaran berat 68 tan dijangka akan tiba pada awal Disember bagi diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sana. 


Di samping itu, projek Fuel Aid juga digerakkan bagi memastikan lebih banyak keluarga mendapat kehangatan yang diperlukan untuk melalui musim sejuk yang panjang. 


“Bahan bakar seperti briket zaitun, diesel, kayu api dan arang merupakan keperluan penting sepanjang tempoh ini,” jelas Ustazah


Dalam pada itu. projek OderFood yang terkenal dengan tagline ‘Anda pesan, kami hantar’  akan berjalan seiring bagi memberi peluang kepada orang ramai memesan makanan untuk dihantar kepada para pelarian sepanjang tempoh Winter Aid dilaksanakan. 



Musim sejuk pada kebiasaannya berlarutan selama empat bulan, maka lebih banyak bantuan diperlukan untuk menampung keperluan yang mendesak pada ketika ini. 


“Sangat diharapkan tahun ini, kita tidak lagi mendengar berita kematian kanak-kanak mahupun orang tua akibat kesejukan melampau,” sambung Ustazah 

mengharapkan sumbangan daripada semua pihak bagi memastikan penghantaran bantuan dapat dibuat dengan seberapa segera. 


Setiap ringgit yang anda sumbangkan memberi makna yang besar kepada mereka di sana, katanya.


Projek Winter Aid 11.0 juga mendapat kerjasama serta sokongan De Haramain, Sasuke Bundle, Moon’s Kitchen serta Jakel Shah Alam selain  Sinar Karangkraf, Min Qalby Foundation, Qalby App, World Peace Entertainment, Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 (MPP ZON 3).


Bagi yang berminat untuk bekerjasama boleh hubungi Muhammad Nufazli Rahman di talian 011- 1136 2567


Sumbangan bagi Winter Aid 11.0 serta kerja-kerja kemanusiaan Syria Care boleh dibuat ke akaun Maybank: 562106653575 atau CIMB :8601894560 dengan rujukan ‘winteraid’.



#SyriaCara #Lubnan #Syria #Turkiye #WinterAid11.0 #FuelAid #OrderFood #Amal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan