AEON MALL RAWANG, BANANABRO CIPTA REKOD PALING RAMAI MAKAN NASI DAUN PISANG!
SUDAH lama sebenarnya Kak Fas tidak menerima sebarang undangan daripada pasaraya AEON, yang sering menjadi tempat Kak Fas berbelanja khususnya apabila mencari produk dapur dan sebagainya waima segalanya ada di bawah satu bumbung.
Jadi apabila menerima undangan dari teman PR, Fairas, dari AEON untuk majlis Jom Makan yang diadakan di Aeon Mall Rawang, Kak Fas gagah juga memandu sejauh 22 km dari rumah untuk ke Rawang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan.
Setibanya di pekarangan AEON Rawang kira-kira jam 10.30 pagi seperti yang dimaklumkan dalam undangan, sudah kelihatan ramai pengunjung yang memasuki kawasan AEON.
Sudah tentu mereka pun seperti Kak Fas mahu bersama menjadi sebahagian daripada sejarah tercipta untuk sesi 'Memakan Nasi Daun Pisang' paling ramai dalam satu masa bagi mencipta rekod dalam 'Malaysia Book of Records'.
Tetapi malangnya, majlis 'Jom Makan' sebenarnya hanya akan bermula jam 2 petang wal hal Kak Fas dan rakan-rakan bloggers yang lain sudah tiba seawal jam 10 pagi.
Jadi, terpaksalah kami semua 'lepak' hampir empat jam untuk menunggu majlis bermula. Nak balik jauh pula kan?
Nak tak hendak terpaksalah 'window shopping' kata orang pada kedai-kedai yang ada di AEON Rawang dan terkeluarlah duit belanja al maklum orang perempuan tak sah jika tengok sahaja mesti ada yang mahu dibeli.
Apa pun, majlis yang bermula selepas jam 2 petang dibuka dengan persembahan tarian Hindi daripada penari-penari India sebagai tanda pembuka tirai 'Jom Makan' anjuran AEON bersama Restoran Bananabro.
Ia juga sebagai meraikan sambutan Deepavali tidak lama lagi.
Seluruh lorong pejalan dalaman AEON ditempatkan meja untuk 1,500 orang tetamu makan serentak bagi mencipta rekod yang dikehendaki.
Akhirnya, sejarah tercipta apabila 'Jom Makan' merekodkan penyertaan seramai 1,396 orang yang hadir sekali gus mencipta kejayaan Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nadi Daun Pisang dalam 'Malaysia Book of Records'.
Hidangan yang disajikan lebih kepada menu 'vegetarian' meliputi nasi putih serta kuah-kuah sahaja termasuk sayur-sayuran. Tiada ikan mahu pun ayam disediakan.
Selepas makan, pengunjung yang berdaftar ke sesi Jom Makan dihadiahkan 'goodies' berupa sepekat beras seberat 400 gm tanda penghargaan kepada yang hadir.
Susulan itu, pastinya tarikh 29 Oktober 2023 menjadi satu kenangan yang terpahat dalam dairi kehidupan mereka yang bersama membantu menciptakan rekod malam beramai-ramai di AEON Mall Rawang berkenaan.
Malah bagi Kak Fas itulah pertama kali ke AEON Mall Rawang dan sudah tentu juga akan disimpan sebagai kenangan masa lalu pada masa akan datang insyaAllaah!
#AeonMallRawang #Bananabro #MalaysiaBookOfRecords#MakanDaunPisang #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan