Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'AVENUE K' RAI KRISMAS DENGAN 'CANDY WONDERLAND', JOM BELANJA SAMBIL MENANG HADIAH!


JINGLE BELL… jingle bell,.. jingle bell… ho! ho! ho! Krismas dah hampir tiba’.


Sehubungan itu, rata-rata pusat membeli-belah sekitar ibu kota menghiaskan venue masing-masing dengan pelbagai dekor Krismas yang menarik.


Pusat membeli-belah Avenue K  (AK) antara yang terawal menjemput media menyaksikan kemeriahahan menyambut Krismas dengan dekorasi menarik bertemakan ‘Candy Wonderland’ bermula dari 10 November lalu hingga berakhir 31 Disember 2023 ini.


Bukan sahaja mata memukau dengan keindahan dekorasi rona merah jambu yang memenuhi ruang tengah dihiasi pokok Krismas gergasi di mana pengunjung boleh juga mencuba pengalaman berfoto dalam 360 darjah bahkan sambil membeli boleh juga memperoleh ganjaran yang disediakan.



Ya, ahli-ahli aplikasi AK yang berbelanja RM500 ke atas dalam komibasi 2 resit boleh menebus mangkok porselin Avenue K sementara yang berbalanja RM350 dan keatas dengan kombinasi 2 resit juga boleh menebus baucer tunai RM100 di Samba Brazilian Steakhouse.


Bukan itu sahaja, lima pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah daripada C. Michael London dan Leather Avenue malah disediakan juga khdimat pembukasan hadiah secara percuma bagi memudahkan pembelian sebanyak mana sekali pun.




Tahun ini majlis pelancaran ‘Candy Wonderland’ diserikan dengan upacara memasang lampu Krismas pada sekeliling bangunan Avenue K yang disempurnakan oleh Pengurus Pusat Avenue K, Rachel Er serta Pengurus Kanan Pemasaran AK, Nicole Tong dan ramai lagi termasuk diserikan oleh penyanyi dari Primrose Hill Learning mahu pun tarian Candy Cane oleh Kelab Belia Setiawan bersama Santa Claus dan Santarina.




Rachel Er dalam ucapannya mengumumkan pengunjung yang membeli-belah di AK juga berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan foto/video facebook di mana tiga penyertaan yang paling kreatif boleh memenangi hadiah bernilai RM150.


“Anda boleh berkunjung ke empat lokasi khusus di dalam AK mall ini untuk bergambar iaitu di bahagian Pokok Krismas Gergasi di ruang tengah Atrium; di bahagian Tangga Aras 3;  Taman Acara di Aras 4 Rooftop atau pun di Sudut Kreatif di Aras UC/C," jelas Rachel.


Dalam pada itu, usah risau jika takut melalui kesesakan lalulintas jika tidak datang menaik tren bawah tanah anda juga boleh sahaja tempah pengangkutan ‘Air Asia Ride’ kerana AK memberi kod promo bernilai RM5, “AVENUEKRIDE’ kepada 1,000 pengunjung yang menempah melalui aplikasi airasia ride tersebut.



Lebih menarik, beberapa penyewa dalam AK juga bermurah hati memberikan  cenderamata percuma serta baucer eksklusif untuk ahli aplikasi AK. 


Nak tahu senarai penyewa mana yang mengambil bahagian, apa kata layari laman web Avenue K Shopping Mall atau klik SINI.


Jadi, apa tunggu lagi… carilah hadiah Krismas untuk yang tersayang sambil memperoleh ganjaran eksklusif serta merasai pengalaman manis di ‘Candy Wonderlang Avenue K’.


Selamat menyambut Hari  Krismas!



#AvenueK #CandyWonderland #Krismas #GanjaranMenarik #AhliAplikasiAAK #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan