Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DOMINO'S PIZZA AMBIL LANGKAH BERANI. APA DIA?


KENYATAAN AKBAR:


KUALA LUMPUR, 16 NOVEMBER 2023:  Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) mengambil langkah berani yang belum pernah dilaksanakan oleh syarikat piza lain dengan melancarkan e-bike serba maju yang bakal membawa revolusi baru kepada industri penghantaran makanan. 


Dengan ketuhar kipas aliran udara panas yang sedia terbina dan sistem penyerap hentakan yang setanding dengan jet pejuang, dxb Domino’s  telah direka cipta dengan kepakaran jitu untuk menjanjikan penghantaran paling lancar, pantas dan selamat bagi piza yang dibawa. 


Distabilkan oleh sistem suspensi terkini yang mengurangkan tekanan-g sebanyak 67 peratus, ia memastikan sifar gegaran pada piza anda, lantas membolehkan piza tiba di depan pintu anda seperti mana keadaannya semasa dibuat di restoran. 


Di samping itu, pizza pod iaitu bekas simpan piza kawalan suhu memastikan sajian anda kekal panas pada suhu 68 darjah Celsius untuk kesegaran optimum dan keadaan keju yang boleh ditarik. Keadaan hidangan yang sampai adalah seumpama anda memiliki ketuhar Domino’s sendiri di rumah!


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan Pengarah Urusan Domino’s Pizza Enterprise Ltd, Don Meij berkata bahawa Syarikat memang sentiasa mementingkan usaha menambah baik pengalaman penghantaran, selepas menguji segala pilihan pengangkutan daripada dron kepada kenderaan penghantaran kendiri, jet ski dan juga rusa kutub. 


“Bagi kami, penghantaran piza paling sempurna bukan sahaja satu tugas biasa – ia merupakan tujuan utama dan termaktub di dalam DNA kami,” kata En Meij. “dxb menandakan kemajuan seterusnya dalam usaha kami memastikan piza sampai ke tangan anda dalam masa terpantas tanpa menjejaskan kualiti atau rasa.” 



dxb juga menangani isu yang sering diabaikan oleh industri penghantaran makanan yang sedang rancak ini – iaitu perjalanan kritikal dari restoran ke depan pintu anda. 


“Tumpuan industri penghantaran makanan sebahagian besarnya berkisar tentang teknologi yang diperlukan untuk menghubungkan pelanggan kepada restoran pada setiap masa. Bagaimanapun, komitmen kepada pelanggan tidak berhenti di saat sajian telah diserahkan kepada pakar penghantaran makanan. 


Bagaimana ia dibawa? Apakah keadaan dan rasa pizza apabila sampai ke destinasi? Bagaimana untuk memastikan ia masih panas dan segar? 


"Segalanya yang kami lakukan di Domino’s disusun rapi untuk penghantaran supaya pelanggan boleh menikmati pengalaman menjamu selera dengan piza yang seperti baru keluar dari ketuhar dalam keselesaan rumah mereka sendiri.”


Ciri-ciri kelebihan dxb juga membawa manfaat besar untuk bumi kita, dengan penyelesaian penghantaran mesra alam yang merupakan satu langkah penting ke arah mencapai matlamat kelestarian Syarikat.  



CEO Domino’s Pizza Malaysia, Shamsul Amree berkata:


 “Rakyat Malaysia amat menyukai  piza kami yang lazat. Didorong oleh kesungguhan untuk memanfaatkan teknologi dan kepantasan inovasi, konsep e-bike baharu kami, iaitu dxb, mempelopori masa depan penghantaran. Sambil kami bersiap-bersedia untuk memenuhi keperluan masa depan, konsep asal dxb membabitkan ciri-ciri yang sesuai untuk masa depan seperti pizza pod menawarkan penyelesaian yang membawa kepuasan kepada pelanggan yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Penyerap hentakan dan teknologi pemanasan seramik pacuan kipas dijangkakan dapat menambah baik pengalaman pelanggan, menghantar piza yang segar dan panas – seolah-olah baru sahaja dibawa keluar dari ketuhar.  Usaha inovatif ini adalah sebahagian daripada persiapan kami untuk masa depan, dan kami teruja dengan peluang bagi pasaran Malaysia untuk menjadi antara hanya beberapa pasaran untuk melaksanakan konsep perintis ini.” 



Ketua Pegawai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kumpulan Domino’s, Marika Stegmeijer berkata, menerusi pelaburan dalam kaedah penghantaran elektrik, Domino's bertekad untuk mengurangkan jejak karbon dan mula mengorak langkah ke arah masa depan yang lebih bersih dan hijau. 


“Konsep e-bike baharu ini membuktikan dedikasi kami membekalkan bukan sahaja piza yang lazat, tetapi juga membawakan perubahan positif dalam kehidupan insan, pelanggan, masyarakat dan sudah semestinya, alam sekitar.” 


dxb akan digunakan secara beransur-ansur di lokasi-lokasi terpilih di 12 pasaran Syarikat, termasuk Malaysia, dengan rancangan untuk menggunakannya secara lebih meluas tidak lama lagi.


Bak kata Jedi Piza: Semoga piza paling sempurna sampai ke tangan anda 



#DominosPizza #Makan #DxbDominos #PizzaPod #EBike #LangkahBerani #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan