ERNIE ZAKRI DILANTIK DUTA 'AYUWAN', PERKENAL TUDUNG FOTOKROMIK PERTAMA 'GEMALA'!
SELARI dengan jenamaya, tudung dan skaf tempatan,’Ayuwan’ yang menjulang keanggunan, keperibadian, serta kecantikan abadi menepati ciri penyanyi Ernie Zakri yang berkarisma lagi bersopan santun, menjadikannya pilihan ideal sebagai wajah ‘Ayuwan’.
Sehubungan itu, tidak syak lagi pemilihan Ernie sebagai duta jenama ‘Ayuwan’ memang tepat apatah lagi pemilik bernama penuh, Nur Ernie Shahirah Zakri ini baharu sahaja melahirkan albumnya yang mempunyai implikasi sama iaitu ‘AURA’.
Pelancaran album ‘AURA’ dilangsungkan sekali gus dengan pengumumannya sebagai duta ‘Ayuwan’ di mana penyanyi bersuara emas itu seterusnya menandatangani sebuah plak khas yang dihiasi dengan gambar dirinya menggayakan skarf menawan kreasi kreatif ‘Ayuwan’.
Pengendorsan bersama Ernie ini meneruskan kesinambungan kualiti juga nilai estetika himpunan tudung Ayuwan yang mempesonakan sekali gus memperkenalkan tudung koleksi terbaharu ‘Ayuwan’ yang dinamakan ‘Gemala’.
“Gemala’ ada himpunan tudung ‘Fotokromik’ pertama di Malaysia yang memperlihat corak tersirat apabila berada di bawah sinar matahari seperti mana batu ajaib ‘gemala’ dalam cerita Melayu klasik waima memberi wanita satu aura yang mistik.
Kolaborasi bersama Ernie Zakri menjadi detik bersejarah bagi Ayuwan, lalu membuka peluang buat pangkalan pelanggan yang lebih meluas lagi pelbagai.
“Saya sangat gembira dalam masa yang sama juga teruja. Ayuwan mencerminkan minat saya dalam fesyen dan membolehkan saya berkongsi gaya peribadi serta kreativiti saya dalam menggayakan tudung. Saya juga bakal mengongsi cara penggayaan yang saya gemari secara peribadi dengan peminat dalam masa ke semasa. Jadi, tunggu akan tutorial saya,” kata Ernie Zakri pada majlis pengumumannya sebagai duta Ayuwan sekali gus pelancaran album ‘AURA’ di Pusat Membeli-belah Sunway Putra baru-baru ini.
Gaya peribadinya ditambah pula dengan cara penataan skarf yang tersendiri, imej Ernie Zakri selari dengan barisan produk Ayuwan.
Dengan kehadiran Ernie Zakri, Ayuwan teruja untuk meneroka lalu melaksanakan koleksi eksklusif yang menggabungkan gaya penghibur terkemuka itu.
Kolaborasi ini bakal menawarkan pelanggan Ayuwan akses kepada pengalaman fesyen yang benar-benar unik dengan rekaan yang mengikuti trend semasa sebagaimana ‘Gemala’.
Selain memperkenalkan tudung ‘Gemala’ majlis turut diserikan dengan persembahan himpunan tudung ‘Ayuwan’ meliputi koleksi Desa, Spora, Pancawarna dan Birai.
Usai persenbahan fesyen tudung Ernie terus menghiburkan peminatnya dengan tiga buah lagu iaitu ‘The Best”, ‘Masing-masing’ dan “Aura’ buat pertama kalinyya secara ‘live’.
Untuk menerokai dunia Ayuwan yang anggun lagi bergaya boleh layari laman rasminya di www.ayuwan.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan