Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FAMILI DUO 2023? SIAPA TERSINGKIR MALAM INI?


MALAM ini, siapa pula yang akan menggunggli carta teratas atau yang tersingkir dari program realiti popular TV3, Famili Duo 2023 pada pusingan separuh akhir yang bersiaran pukul 9 malam di TV3 nanti?


Selepas 6 minggu berentap, keenam-enam pasangan duo terdiri dari Sharif & Syaiful ZERO; Haqiem Rusli & Ariff Bahran; Adira & Emma Suhaimi;  Tom & Fuad Rahman; Ryan & Adam Bakery  mahu pun Syahir dan. Shila. Amzah bakal berhadapan dengan sesi penyingkiran di pusingan separuh akhir Famili Duo 2023. 


Menampilkan tema ‘‘Hip Hop/Dance’, apakah strategi dan persiapan mereka bagi menempah tiket ke pusingan akhir kelak?



“Konsep minggu ini iaitu Hip Hop/Dance sememangnya bukan forte kami berdua dan tentunya mencabar sikit. Namun kami akan melakukan yang terbaik bagi menarik hati juri. Jadi kenalah perah otak cuma kejutan persembhan anda semua kenalah tunggu,” ujar pasangan sepupu Haqiem dan Ariff Baharan sependapat, ketika ditemui selesai majlis ”Meet & Greet’ bersama peminat yang berlangsung di KL East Mall, Kuala Lumpur tengah hari semalam


Selain Haqiem dan Ariff, turut bersama dua pasangan Family Duo lainnya iaitu pasangan suami isteri, Tom & Fuad Rahman serta  pemenang tiga kali di Famili Duo 2023, duo adik-beradik, Sharif & Syaiful Zero.



Menurut Haqiem, sudah pastinya mereka akan rap dan buat sketsa sekali gus memberikan persembahan yang unik agar dapat lepas ke pentas final.


Seperti Haqiem dan Ariff, tidak terkecuali Shariff dan Syaiful Zero yang turut memasang harapan untuk ke final malah kemenangan yang diraih sebanyak tiga kali menambahkan lagi semangat untuk memberikan persembahan terbaik.



“Memang stress untuk mengekalkan kedudukan apatah lagi dengan tema ‘hip hop - dance’ ia juga bukan makanan kami tetapi kami terpaksa menerima cabaran itu dan memberikan yang terbaik,” ujar Syaiful sambil mendapat anggukan tanda bersetuju dari abangnya, Sharif.


Bagi Sharif pula beliau  berpendapat selepas  6 minggu di pentas Famili Duo, beliau dapat rasakan nyanyian dan stamina mereka semakin meningkat.



“Banyak yang telah kami belajar dari cik gu vokal kami iaitu Cikgu Delly, abang Zahid dan rakan-rakan pelawak yang lain.


“Walaupun, ada rasa ‘struggle’ sikit nak persembahkan tema hip hop-dance tetapi kami akan cuba dan memastikan kami selesa di pentas dan dapat menghiburkan penonton,” tambah Sharif.


Bagi pasangan suami isteri, Tom & Fuad Rahman yang kelihatan sentiasa ‘romantis dan mesra’ waima Fuad nampak sentiasa membimbing isterinya yang sedang hamil, tidak mahu mengalah walau pun berada pada kedudukan keempat.


Di awal pertandingan, duo suami isteri yang merupakan penyanyi Rock ini sering menerima kritikan dimana mereka tiada mempunyai keserasian dan tidak memahami konsep Famili Duo. 


Namun, dari minggu ke minggu, Tom dan Fuad tampil lebih yakin dan mereka berjaya menerima markah penuh iaitu perfect 10 daripada juri di minggu lepas.

 


Apakah kejutan yang bakal disajikan di semi final nanti? 


“Kami penyanyi rock, dan memang amat mencabar buat kami apabila diberi genre yang lain. Tapi untuk menjadi penyanyi berkaliber, kita perlu mencuba semua genre lagu dan perlu keluar dari zon selesa,” ujar Fuad sambil berpendapat kali ini mereka perlu membuang imej rockers


Menurut Fuad, pada masa sama timbul juga rasa seram dan stress. namun akan membuat 'olls out 'untuk memberikan yang terbaik.


“Sepanjang Famili Duo ini, salah seorang perlu mengalah sebab kalau tak, masing-masing akan stress. Saya tak nak Tom stress dalam keadaannya sekarang,” akhiri Fuad.


Menyambung pandangan Fuad,  Tom berkata,”Tahap stress mungkin sudah sampai ke maksimum sebab Fuad kena rap dan berjoget’l’, disusuli senyuman mesra dari pasangan ini


Begitu serba ringkas pandangan dan debaran masing-masing menjelang pusingan separuh akhir malam ini yang bakal mengubah kedudukan carta.


Pun begitu tidak dinafikan acara ‘Meet & Greet’ bersempena dengan siri jelajah OGAWA yang juga penaja utama Famili Duo 2023 bersama peminat sedikit sebanyak membantu ketiga-tiga pasangan Famili Duo ini mengetepikan soal stress seketika waima acara tersebut memberi peluang mendekati peminat masing-masing.


Selain berpeluang untuk bergambar dengan peserta Famili Duo 2023, para pengunjung juga  memenangi barangan eksklusif dari TV3 dan OGAWA menerusi pelbagai aktiviti menarik dengan Haqiem Rusli & Ariff Bahran, Sharif & Syaiful ZERO dan Tom & Fuad Rahman. 


Peminat juga boleh mendaftar akaun baharu dan melanggan TontonUP di lokasi tersebut. 


Mereka boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM8 dan barangan eksklusif TV3 dan OGAWA apabila menggunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ ketika melanggan pakej TontonUP bagi 3 bulan pertama. 


Dengan langganan pakej istimewa TontonUP ini, pelanggan  juga mendapat 50 kali undian untuk mengundi duo kegemaran. 


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada  malam ini, 26 November 2023, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung di Tonton.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 


BERMAIN game bersama peminat masing-masing.


#FamiliDuo #TV3 #PertandinganTV3 #HaqiemRusli #AmberChia #ProgramRealiti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan