GUARDIAN BUKA STOR PREMIUM TERBESAR DI ASIA TENGGARA!
WOW! Memang 'happening'!
Itu yang dapat Kak Fas ungkapkan kala melihat stor terbaharu milik syarikat peruncit farmaseutikal yang terkenal, GUARDIAN Malaysia kala hadir pelancaran pembukaannya di Pusat Membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bayangkan dari keluasan 200 kaki persegi ketika mula menyajikan perkhidmatanna kepada komuniiti ekspatriat 56 tahun lalu, di bangunan Weld, Jalan Raja Chulan, Guardian hari ini pantas berkembang maju dengan terlaksananya stor utamanya berkeluasan 7,000 kaki persegi yang serba baharu, tercanggih dan paling utama, ia yang terbesar di Asia Tenggara.
Kini peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, sudah mempunyai lebih dari 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk konsumer.
Tahniah GUARDIAN... anda memang ‘penjaga’ kepada rakyat Malaysia sebagaimana maksud jenamanya walau pun kemunculannya selepas 10 tahun negara mencapai Kemerdekaan lebih tertumpu pada golongan ekspatriat yang menetap di bumi Malaysia ketika itu.
Terkini, seiring dengan perkembangan Sains dan Teknologi, GUARDIAN menerapkan konsep revolusi dan evolusi dalam rekabentuk kedai terbaharunya di Pusat Membeli-belah Midvalley itu.
“Pelaburan kami dalam stor konsep baharu ini mewujudkan pengalaman membeli-belah yang unggul dan terbaik dalam kelasnya dengan kategori produk baharu yang telah berkembang seiring dengan permintaan dan trend baharu pengguna. Ia akan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih tersendiri, informatif dan interaktif kepada pelanggan,” ujar Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Health and Beauty, Malaysia dan Brunei pada majlis pelancaran stor tersebut.
Menurutnya, sempena pelancaran itu, Guardian memperkenalkan lebih 30 jenama penjagaan kulit dan kosmetik baharu yang mana kebanyakannya adalah eksklusif untuk Guardian.
Jenama baharu itu termasuk jenama mandian Tanamera Natural, serta jenama penjagaan rambut eksklusif dari Jepun (Ahalo, Fun Azum, Theratis, Kose Bioless dan Kose Je L’aime) serta dari Korea (Mise En Scene dan Ryo).
“Pelanggan Guardian akan menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baharu di stor premium utama baharu ini. Ia melambangkan pertumbuhan kukuh dan kejayaan berterusan jenama Guardian di Malaysia dan merupakan bukti komitmen tanpa henti Guardian dalam menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik di pasaran pada nilai terbaik kepada pelanggan,” tambah Priscilla.
Meilhat dari segi keunikan susun atur dalaman stor Guardian terbaharu ini, ia menampilkan segmen produk baharu seperti ruangan Clean & Natural Beauty yang mempamerkan jualan produk penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan kosmetik yang diformulasi menggunakan bahan selamat, bebas toksik dan mesra alam.
Ruangan Tweens menampilkan produk kecantikan yang ceria, berwarna-warni serta selamat digunakan untuk pembeli muda berumur 8 hingga 12 tahun, manakala bahagian Salon-At-Home yang pertama seumpamanya dikuasakan oleh L’Oreal menawarkan pelanggan pengalaman memanjakan diri yang mewah disamping menikmati rangkaian produk penjagaan rambut komprehensif yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka.
Turut dimuatkan adalah ruang Wellness di bahagian Penjagaan Kesihatan yang menumpukan kepada produk keperluan kesihatan dan kecerdasan pelanggan, seperti serbuk protein dan makanan kesihatan.
Lebih hebat, ini pertama kalinya sebuah stor Guardian dilengkapi fasad berskrin animasi LED, skrin paparan LED digital dinamik dan interaktif dengan dua tiang interaktif khas memaparkan maklumat produk interaktif menerusi hologram dan berfungsi sebagai tanda navigasi.
Selain itu, ia juga mempamerkan konsep baharu daripada jenama penjagaan mulut, Oral B dan Sensodyne.
DILENGKAPI fasad berskrin animasi LED, |
SUSUN atur kedai kemas dan luas. |
Sensodyne mempunyai paparan khas di Guardian Mid Valley di mana pelanggan akan dapat melihat sendiri bagaimana ubat gigi #1 di Malaysia* dihidupkan menerusi paparan interaktif, memberikan kesedaran tentang sensitiviti gigi.
Dengan 71% rakyat Malaysia mengalami gigi sensitif, mereka kini boleh mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana gigi sensitif boleh diatasi dengan varian Sensodyne.
Oral B pula akan membawa masuk pusat pengalaman ‘Powered Oral Care’ interaktif pertamanya dimana pelanggan boleh memanfaatkan program sensori untuk menyentuh, merasai dan membandingkan produk di kios digital yang turut menyediakan pendidikan tabiat kesihatan mulut untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Untuk memberikan lebih ganjaran kepada pelanggan, bagi tempoh terhad sempena pelancaran stor utama baharu ini, Guardian telah menyediakan pelbagai promosi dan tawaran menarik untuk pelanggan setianya.
Seperti rakan lain yang berada di majlis pelancaran, Kak Fas tidak melepaskan peluang membeli pelbagai produk pada harga tawaran RM1 sehingga berat sebelah bahu memikulnya haha...
Memang kaunter ini jadi rebutan ramai, Belum sempat jurujual menambah penuhkan produk pada rak... dah nak habis bagaikan disambar kilat halilintar gayana.
Pun begitu tawaran harga lebih dari ‘rahmah’ itu hanya terhad pada dua hari pertama pembukaan stor GUARDIAN sahaja namun jangan gelabah atau sedih kerana banyak lagi tawaran istimewa diberikan sempena pembukaannya.
Jadi datanglah beramai-ramai ke stor utama GUARDIAN di Mid Valley yang terletak di Aras Bawah dan alami pengalaman membeli-belah serba baharu di situ.
Terbaik lah!
#GuardianMalaysia #MidValleyMegaMall #PelancaranStorGuardian #Tawaran #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan