'HANG NAK P MANA?' KISAH REBUT TANAH PUSAKA DI ASTRO FIRST 9 NOV!
MEMBACA tajuk supertele ini sahaja, ‘Hang Nak P Mana?’ serta kehadiran pelakon dan pelawak Joey Daud, pastinya ramai dah dapat meneka ia sebuah genre komedi dengan loghat Kedah menjadi kata bualnya.
“Memang ia sebuah filem komedi tetapi ia. terkandung mesej yang sarat dengan iktibar bahawa wang bukan segalanya dalam kehidupan sehingga memecahbelakan silaturrahim kekeluargaan,” ujar Penerbit Eksekutif QS Creative Sdn Bhd, Mazni Othman atau lebih dikenali dengan nama penanya sebagai penulis skrip, Sophilea ketika ditemui pada majlis sidang media “Hang Nak P Mana?’ di Kota Damansara baru-baru ini.
Turut hadir pengarahnya, Asri Baq ‘U’ Tajudin serta barisan pelakonnya terdiri dari Joey Daud, Hairi Anak Wayang, Idlan Ponpon, Wafariena Roslan, Rahim Jailani serta beberapa pelakon tempatan yang lain.
“Hang Nak P Mana?’ bakal ditayangkan melalui saluran Astro First bermula pada 9 November 2023 ini iaitu lagi tiga hari tau!
Menurut Sophilea, tercetusnya idea pembikinan filem ini diambil setelah mendengar kisah pergelutan masyarakat yang seringkali berbalah terutama berkaitan perebutan harta pusaka sehingga ada yang sanggup bunuh membunuh.
“Jadi, saya rasakan kisah-kisah seperti ini yang punya ikhtibar perlu diangkat dan dipaparkan untuk tontonan masyarakat,” ulas Sophilea yang berpuas hati dengan hasil pengarahan Asri serta lakonan barisan pelakon.
Supertele ‘Hang Nak P Mana’ mengisahkan misi Joey dan Hairi ditemani Idlan dalam mencari bapa saudara mereka, Pak Su Rahmat (lakonan Rahim Jailani) bagi menyelesaikan isu tanah pusaka.
Persengketaan orang tua mereka berkaitan harta pusaka juga telah menyebabkan hubungan persaudaraan mereka terpisah sejak dari kecil. Masing-masing mempunyai impian untuk menjadi kaya hasil dari penjualan tanah pusaka tersebut.
Hanya Pak Su Rahmat, iaitu waris tunggal yang dapat merealisasikan impian dan cita-cita mereka.
Pelbagai suka dan duka ditempuhi mereka bertiga sepanjang misi pencarian Pak Su mereka. Dan dalam pada itu, sebagai penambahan nilai komersil diselitkan sedikit kisah percintaan dan pertembungan dengan keluarga makhluk halus.
Menepati judul filem ini dalam loghat ‘Kedah’, penggambaran berlangsung selama 12 hari di beberapah buah idaerah dalam negeri ‘Jelapang Padi ‘ itu seperti di Baling, Alor Setar dan sekitarnya, pada Januari 2023 yang lalu.
Menurut pengarahnya, Asri yang lebih mesra disapa ‘Baq U’ lokasi sekitar Kedah dipilih khas untuk menepati tajuk filem sekali gus mengetengahkan kisah rakyat negeri terbabit yang khabarnya banyak terlibat dengan soal tanah pusaka.
“Kelainan yang cuba diterapkan dalam cerita ini ialah uuntuk menginfak tanah yang menjadi rebutan sehingga memberi kesan. kepada generasi seterusnya.. Banyak pengajaran yang disampaikan menerusi nashkah ini. Kami harap penonton akan terbibur dengan karya ini, ‘ ujar Baq U sambil memberitahu, sebenarnya tajuk itu boleh ditafsirkan sebagai pada pengakhiran hayat kita, kemana kah kita selepas kembali ke tanah?
Menaruh harapan sama, Sophilea menyambung kata, ‘Semoga cerita ini mendapat sambutan tontonan dari pelbagai lapisan masyarakat waima banyak pengajaran yang boleh dipelajari yang mana kehidupan zaman sekarang masih lagi wuud perebutan harta apabila orang tua sudah tiada’.
Sementara itu kita dengar serba ringkas kata-kata dari barisan pelakonnya melalui rakaman video di bawah ini:
#HangNakPMana? #AstroFirst #JoeyDaud #HairiAnakWayang #HartaPusaka #Tele
Tiada ulasan:
Catat Ulasan