LULU HYPERMARKET TAWAR HARGA 'WOW' RAI KEMPEN 'SUPER FRIDAY'
SEBUT sahaja pasaraya LULU, siapa tak kenal kan?
Di Kuala Lumpur, ia satu-satunya pasar raya besar milik Lulu Group Retail Sdn Bhd namun diasaskan oleh Lulu Group International di Dubai malah ia nama yang tidak asing lagi di pasaran Timur Tengah, Asia Timur dan India melalui 250 rangkaian terkemuka LuLu Hypermarket dan LuLu Shopping Mall.
Dengan perolehan tahunan global sebanyak USD7.4 bilion, LULU kini telah bertapak di 23 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia dengan pembukaan LuLu Hypermarket di Kuala Lumpur pada tahun 2016, dan kini telah mempunyai 5 cawangan kegemaran ramai di lokasi berbeza di negara ini.
Istimewanya Lulu Hypermarket secara globalnya tidak memasarkan produk terlarang seperti minuman keras dan sebagainya.
Terbaharu, sempena kempen jualan ‘Super Friday’ yang dirai setiap tahun bagi menyambut jualan membeli-belah secara global dipanggil ‘Black Friday’ pada bulan November menjelang Disember, Lulu tidak ketinggalan memberikan potongan harga sehingga 50% pada produk-produk jualannya.
TUAN Ariffin diiringi Asif Moidu (tengah) bersama Fakaruddin (kiri) meninjau jualan kempen Super Friday di Lulu baru-baru ini.
Kak Fas perhatikan memang harga ‘Wow’ yang diberikan khususnya kepada barangan keperluan elektrik seperti tv, peti ais, mesin basuh mahu pun telefon bimbit dan lain-lain yang sering menjadi kegunaan pengguna setiap hari.
‘Di sini kita tidak memanggilnya ‘Black Friday’ kerana perkataan hitam itu tidak sesuai digunakan untuk Hari jumaat yang merupakan Penghulu Hari untuk rakyat beragama Islam, jadi kita namakan ‘Super Friday,” jelas Penolong Pengurus Pembelian Lulu, Encik Fakaruddin Harun ketika ditemuramah selepas majlis pelancaran ‘Super Friday’ yang berlangsung di Lulu Hypermarket, Capsquare, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelancaran dirasmikan oleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kuala Lumpur, Tuan Ariffin Samsudin bersama Pengarah Wilayah Lulu, Encik Asif Moidu Ahamed dan diiringi bersama Pengurus Pemasaran Korporat Komunikasi, Encik Ahmad Sidqi Ghazali.
Untuk makluman, “Super Friday” diambil dari sambutan “Black Friday” iaitu nama yang paling popular digunakan di seluruh dunia khususnya di Amerika Syarikat untuk merujuk kepada hari Jumaat selepas Hari Kesyukuran (Thanksgiving).
Ia secara tradisinya menandakan permulaan musim membeli-belah Krismas di mana banyak kedai menawarkan jualan pada harga diskaun dan selalunya dibuka awal, kadangkala seawal tengah malam atau pada Hari Kesyukuran. Jualan beberapa kedai diteruskan ke hari Isnin ("Isnin Siber") atau selama seminggu ("Minggu Siber”).
“Kempen ini akan berlangsung sehingga 3 Disember depan sekali gus menyambut inisiatif kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia celik digital dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” jelas Fakaruddin.
Menyambut baik hasrat itu, Tuan Ariffin berharap lebih ramai kedai-kedai di Malaysia mencontohi initiatif yang dilaksanakan Lulu bagi membantu meringankan beban rakyat membuat persiapan menyambut kedatangan Tahun Baru 2024 mahu pun perayaan Krismas yang bakal diraikan golongan terbabit tidak lama lagi.
“Melihat pada harga yang ditawarkan memang murah dan diharap pengguna dapat memanfaatkan kempen ini sekalu gus meringankan bebanan mereka pada waktu-waktu sukar ini,” ujar Ariffin sebaik sahaja meninjau ruang pameran barangan elektrik bagi meneliti harga jualan murah yang diberikan di Lulu.
Kempen Jualan “Super Friday” anjuran LuLu menawarkan harga promosi yang menarik untuk pelbagai barangan kelengkapan rumah, barangan elektrik, barangan runcit dan segar, makanan sedia dimakan, pakaian, kasut dan banyak lagi.
Ia berlangsung serentak di semua 5 cawangan LuLu Hypermarket & Department Store dan LuLu Grocer bermula 22 Nov – 3 Dis 2023.
Selain itu, LuLu Hypermarket juga akan turut memperkenalkan Promosi Jualan jenama-jenama terkenal (Big Brands Sale), Promosi Kegilaan Pagi (Madness Morning), Promosi Ajaib 1 Hari (ONEDAY Wonders), Promosi Bida Harga Anda (Bid Your Price) dan banyak lagi yang menarik dimana boleh didapati dalam pelbagai pilihan promosi kepada orang ramai.
Jadi pastikan anda sentiasa peka dengan promosi LULU Hypermarket ini ya.
#LuluHypermarketMalaysia #SuperFriday #PotonganHarga #Pasaraya #Produk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan