MALABAR GOLD & DIAMONDS TERAPKAN 'JANJI MALABAR', BUKA CAWANGAN BARU DI AMPANG POINT!
WANITA mana yang tidak minat pada barang kemas khususnya emas dan berlian?
Seperti kata pelakon dan penyanyi lagenda, Marilyn Monroe dalam lagunya, ‘berlian adalah teman baik wanita atau lebih popular disebut dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘Diamonds are a girl’s Bestfriend’.
Jadi apabila mendapat undangan ke majlis pelancaran kedai barang kemas, ‘Malabar Gold & Diamonds di Ampang Point, Kuala Lumpur baru-baru ini tentu sekali Kak Fas tidak melepaskan peluang untuk hadir dan melihat apa keunikan atau keistimewaannya membeli emas di Malabar berbanding kedai emas lainnya?
Terkenal di seluruh dunia dengan polisi yang berorientasikan kepentingan pelanggan dan ketelusan didalam urusniaga, semua pembelian perhiasan dari Malabar Gold & Diamonds dilindungi oleh 'Janji Malabar’.
Jika ‘Janji Diana’, semua tentu tahulah ia judul filem aksi romantik arahan Dato Yusof Haslam pada tahun 2003 yang dibintangi Erra Fazira dan Rosyam Nor.
Tetapi ini ‘Janji Malabar’, apa pula maksudnya?
Ada kah syarikat ini akan menerbitkan filem bila membawa bersama pelakon Anzalna Nasir pada majlis pelancarannya?
Oh! tidak....‘Janji Malabar’ sebenarnya adalah satu set dasar yang memberikan jaminan kualiti serta perkhidmatan yang tiada tandingannya kepada para pelanggan.
'Janji Malabar' juga termasuk 100% nilai pertukaran emas, 100% nilai pertukaran berlian, berlian yang disahkan oleh IGI dan GIA, harga yang telus kepada para pelanggan dengan menunjukkan berat batu, berat bersih, serta caj batu perhiasan, serta menawarkan nilai terbaik di dalam pembelian semula perhiasan daripada para pelanggan.
Wow! Menarik kan?
Mana ada kedai emas yang membeli balik barang kemas kita dalam nilaian 100% mengikut harga pasaran ya tak?
"Kami amat gembira dengan pelancaran cawangan baru kami ini, yang didedikasikan secara eksklusif untuk memenuhi pilihan yang berbeza, khususnya dari para pelanggan berbangsa Melayu kami.
“Sejajar dengan citarasa tuntutan pelanggan tempatan yang unik, cawangan baru kami ini memaparkan beberapa rekaan unik yang mencapai keseimbangan sempurna diantara citarasa moden dan keanggunan selamanya,” ujar Ketua Cawangan, Malabar Gold & Diamonds-Malaysia, Encik Nijeesh P. pada majlis pelancaran Malabar Gold & Diamonds-Malaysia yang disempurnakan bersama Anzalna Nasir di Pusat Membeli-belah Ampang Point Kuala Lumpur baru-baru ini.
NIJEESH memperlihatkan rantai emas Malabar Gold kepada Anzalna...
Turut hadir Ketua Wilayah Malabar Gold & Diamonds, Encik Ajith M, bersama pasukan pengurusan Malabar Gold & Diamonds yang lain, para pelanggan budiman, serta para penyokong mereka.
Dengan kehadiran begitu ramai pengunjung, majlis perasmian dimeriahkan lagi dengan persembahan muzik dan peragaan fesyen yang begitu menawan sekali.
Nijeesh dalam ucapannnya, melahirkan rasa keyakinannya cawangan terbaharu yang ke-9 Malabar Gold & Diamonds-Malaysia ini akan memenuhi citarasa dan melampaui jangkaan pelanggan Melayu dalam menyediakan loleksi perhiasan yang eksklusif, layanan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia, serta polisi ‘Janji Malabar’ yang dipraktikkan.
Menurutnya, cawangan terbaharu ini mempamerkan pelbagai pilihan rekaan perhiasan emas dan berlian yang cukup memukau mata memandang.
Sub-jenama “The Mine” dari Malabar Gold & Diamonds mempersembahkan perhiasan berlian unik yang direka khas untuk pelanggan berbangsa Melayu, di antaranya termasuk rantai berlian panjang dan beberapa lagi rekaan unik termasuk koleksi ‘Bella’ yang menarik untuk melengkapkan pakaian tradisional.
Rekaan yang unik didatangi dari 11 buah negara yang berbeza menampakkan keunikan setiap rekaannya dan kelainan koleksi barangan kemas di Malaysia.
Sementara itu, Pengerusi Malabar Group, Encik M.P. Ahammed yang turut rasa berbesar hati dapat membuka cawangan terbarunya memberritahu, Malabar Gold & Diamonds telah memulakan operasi di Malaysia bermula tahun 2015, dengan cawangan pertama di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
‘Meskipun kami telah melayani minat pelanggan Melayu kami dengan berkonsepkan MGD - Lifestyle Jewellery, cawangan Malabar Gold & Diamonds di Ampang Point ini adalah yang pertama direka khas, khusus untuk para pelanggan berbangsa Melayu.
“Cawangan di Ampang Point ini akan memperluaskan lagi rangkaian kami di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat kami untuk menjadi peniaga perhiasan pilihan utama di dalam Negara ini,” tambah Ahammed.
Kini, jenama ini mempunyai 9 cawangan bertaraf dunia di Malaysia, selain di Jalan Masjid India (terdapat 2 cawangan), di Pulau Pinang, di Klang, di Bandaraya Seremban, di Ipoh, di Mydin Mall Subang, dan di Mydin Mall Seremban,
Diantara perancangan pembangunan agresif yang akan dijalankan oleh jenama ini adalah untuk membuka beberapa lagi cawangan baru mereka di Bangsar, Johor Bharu, & Aeon Mall di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Malabar Gold & Diamonds adalah jenama utama Kumpulan Malabar, yang telah ditubuhkan pada tahun 1993 di India.
Dalam tempoh 30 tahun, Malabar Gold & Diamonds telah berjaya menjadi peniaga perhiasan antarabangsa yang unggul, dengan rangkaian peruncitan besar di Malaysia, Singapura, India, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Amerika Syarikat & United Kingdom.
Dengan lebih dari 100 juta pelanggan di seluruh dunia, Malabar Gold & Diamonds menawarkan peminat barangan perhiasan dengan lebih dari 25 jenama eksklusif dan pelbagai koleksi untuk para pelanggan mereka.
Selain dari kehadiran cawangan peruncitan yang mengagumkan di seluruh dunia, Malabar Gold & Diamonds juga merupakan sebuah entiti yang berintegrasi secara vertikal, dengan 15 unit pembuatan dan 14 unit pemborongan di seluruh dunia, beroperasi bersama secara bersepadu dan bertahan untuk jangka masa panjang, di dalam melaksanakan penyediaan pengalaman membeli perhiasan yang menggembirakan serta eksklusif kepada pelanggan mereka.
#MalabarGold&Diamonds #JanjiMalabar #AmpangPoint #TheMine #Bella #Emas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan