Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MOMAWATER X NEELOFA AJAK RAKYAT AMAL GAYA HIDUP SIHAT!


JIKA di Rusia, nama MOMA merupakan sebuah sungei di Yakutia atau kini digelar Sakha, sebuah republik terbesar di negara tersebut, namun di Malaysia ia jenama air tulen MOMAwater, produk kebanggaan Sarawak dengan kilang airnya berpusat di Sibu.


Terbaharu, MOMAwater yang terkenal dengan komitmennya terhadap ketulenan memilih pempengaruh terkenal, pelakon dan usahawan berjaya Neelofa sebagai rakan strategiknya dengan memperkenalkan Kempen “Jom Minum MOMA Bersama Neelofa”.


Usahasama tersebut  bertujuan mengajak individu mengamalkan gaya hidup lebih sihat dengan menjadikan MOMAwater salah satu (1)  rutin harian.


“Sejak kecil saya sering minum air tulen di mana kesucian bertemu dengan kesegaran dalam setiap tegukan,” ujar pemilik bernama penuh, Noor Neelofa Mohd Noor, 34,  ketika ditemui  pada majlis pelancaran air minuman Moma x Neelofa di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Majlis turut disempurnakan pelancarannya oleh Neelofa atau lebih mesra disapa ’Lofa’  bersama Pengarah Urusan MOMAwater, Samuel Tai serta disaksikan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.



Menurut Lofa, beliau memilih untuk berkolaborasi dengan MOMAwater memandangkan air minuman tulen itu telah menjadi minumannya dan keluarga sekian lama.


“Jenama ini bukan baharu ya tetapi dah lama menjadi air minuman kami di rumah dan dengan kerjasama ini ia mewakili visi kami bersama dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dengan memilih air jernih tulen seperti MOMAwater ini,” jelas Lofa sekali gus mencerminkan dedikasi kuat beliau yang mendalam untuk menggalakkan orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan.


Sementara itu, Samuel Tai yakin dengan kepercayaan keluarga Lofa  terhadap MOMAwater mengukuhkan lagi reputasi cemerlang jenama ini sebagai pilihan penghidratan yang tulen dan murni.


Sehubungan itu, Samuel Tai turut mengumumkan melalui kempen “Jom Minum MOMA Bersama Neelofa”  yang bermula sepanjang 1 November 2023 lalu  sehingga 30 April 2024, memberikan orang ramai satu tempoh yang panjang untuk mengenali jenama ini dan memahami mesej yang disampaikan. 




“Salah satu (1) inti pati utama kerjasama ini adalah pengenalan label MOMA x Neelofa. Satu insignia eksklusif yang direka khas untuk kempen ini, sebagai lambang kepada kerjasama unik MOMA X Neelofa,” ujar Samuel yang turut berasal dari Sibu, Sarawak yang juga antara sebab kenapa beliau mahu memperluaskan pengenalan terhadap MOMAwater.


Sepanjang tempoh kempen, pengguna berpeluang membeli botol edisi terhad yang dihiasi dengan label unik rekaan bersama Lofa, menandakan satu bab istimewa dalam kerjasama berterusan antara MOMAwater dan Neelofa


Label ini bukan sahaja menandakan dedikasi jenama untuk mempromosikan kehidupan yang lebih sihat tetapi juga cara untuk pengguna menjiwai nilai dan matlamat perkongsian yang penuh sinergi ini. 


Menerusi kempen ini juga, pengguna berpeluang memenangi salah satu daripada 3,000 selendang MOMA x Neelofa Twilly eksklusif, yang diinspirasikan sendiri oleh Neelofa.



“Untuk memiliki twilly rekaan saya, pengguna hanya perlu membeli produk MOMAwater bernilai RM60 atau lebih dalam satu resit di cawangan yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia,” sambung Lofa.


Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web MOMAwater, atau dengan mengimbas kod QR pada botol berlabel MOMA x Neelofa atau barangan jualan berkaitan kempen tersebut di kedai-kedai terlibat. 


Dalam pada itu, jika anda lebih suka membuat pembelian dalam talian, anda bertuah! 


Untuk kemudahan pembeli dalam talian, sebarang pembelian produk MOMAwater dengan jumlah nilai RM60 atau lebih daripada Shopee  akan secara automatik melayakkan anda menyertai Cabutan Bertuah


Untuk makluman, MOMAwater, boleh didapati dalam pelbagai saiz (300mL, 500mL, dan 1500mL), menawarkan tahap ketulenan yang tiada tandingan. 


MOMAwater menjalani proses penulenan yang teliti, termasuk penggunaan rawatan UV dan ozon, memastikan ia kekal bebas daripada bahan cemar atau bahan kimia.


Pengaruh MOMAwater melangkaui tanah kelahirannya di Malaysia waima telah menggembangkan kehadirannya ke beberapa negara, termasuk Australia, Brunei, China, Jepun, Singapura dan tidak lama lagi, Indonesia.


Jangkauan antarabangsa ini menekankan dedikasi MOMAwater terhadap kecemerlangan dalam bidang penghidratan, menjadikannya jenama yang diiktiraf dan amat dipercayai sehingga merentasi sempadan. 



#MOMAwater #AirTulen #Neelofa #Sarawak #CabutanBertuah #AirMinuman #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan