Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIVEA PERKENAL TIGA SERUM KURANGKAN BINTIK HITAM!


J
ENAMA
penjagaan kulit no.1 dunia mengembangkan rangkaian anti-bintik hitamnya, Nivea Luminous dengan memperkenalkan dua serum terbaharunya,  Nivea Luminous Anti-Age & Spot 2 in 1 Serum Infused Moisturizer dan Nivea Luminous Post Acne Marks Gel-Like Serum,


Majlis pelancarannya yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Midvalley disempurnakan dengan kehadiran dua artis dari Hong Kong, Rosina Lam dan Natalie Tong serta dua artis tempatan, Intan Najuwa bersama As’ad Motawah.


Kedua-dua serum baharu ini menggabungkan keberkesanan pengurangan anti-bintik hitam yang terbukti daripada bahan terobosan yyang dipatenkan, LUMINOUS360  dengan bahan-bahan terpilih untuk menyasarkan keperluan khusus bagi mengatasi masalah kulit muka yang disebabkan oleh penuaan dan menopous serta jerawat atau keradangan kulit.


Majlis yang dihadiri ramai pengunjung turut menyaksikan sesi perkongsian dari pakar Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih mesra disapa Dr.Says berhubung produk terbaharu tersebut.



Katanya, “Ramuan tambahan Natural Soy dan Squalane dalam Nivea Luminous Anti-Age & Spor 2 in 1 Serum Infused Moisturizer yang baharu, bertindak sebagai kuasa berkembar yang berfungsi secara efektik untuk mengurangkan 82% kedutan dalam masa 7 hari dengan meningkatkan penghasilan asid Hyaluronic, kolagen dan elastin kulit secara semula jadi.”


Kerana itulah tambah Dr.Says serum terbaharu berkenaan sangat berkesan apabila digabungkan dengan LUMINOUS630, penyelesaian yang dipercayai dan terbukti untuk mengurangkan bintik hitam.


Dengan penambahan dua serum baharu, rangkaian NIVEA LUMINOUS630 kini membawa tiga serium yang memberikan kebaikan 2 dalam 1.



Nivea Luminous Anti-Age & Spot 2 in 1 Serum Infused Moisturizer yang baharu terbukti secara klinikal dapat mengurangkan bintik penuaan dalam masa 2 minggu dan kedutan dalan masa 7 hari.


“Keberkesanannya melangkaui jangkaan saya, dengan ciri anti penuaannya, ia benar-benar berkesan terutama pada kedutan di sekeliling mata saya yang membuat saya sangat teruja dan berpuas hati dengan serum ini,” kata pelakon dan model Hong Kong, Natalie Tong sambil meluakan perasaan gembiranya serum yang digunakan mampu mengurangkan bintik-bintik hitam dan kedutan pada wajahnya sambil mengekalkan kulit yang licin dan awet muda.


Bagi rakannya, Rosina Lam, yang  turut berpuas hati menggunakan serum terbaharu tersebut memberitahu, selepas menggunakan NIVEA LUMINOUS630 Advanced Spot Serum selama lebih 4 tahun, ia telah mencapai impiannya untuk memperoleh kulit kekal berseri tanpa cela.




“Walau pun masalah bintik hitam saya telah hilang NIVEA LUMINOUS630 masih menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit saya kerana ia juga dapat mencegah pembentukan bintik-bintik hitam baharu”.


Bagi pelakon kita yang baharu bernikah bulan Ogos lalu, Intan Najuwa pula memaklumkan sewaktu sedang mencari produk yang berkesan untuk memerangi kesan sinaran UV ketika sesi penggambaran yang mengambil masa berjam-jam lamanya, ketika itulah beliau diperkenalkan dengan NIVEA LUMINOUS630 Advanced Spot Serum.


“Saya sangat terkejut dengan keberkesanan serum ini. Kulit saya mula kelihatan bersinar dan bintik hitam saya mula pudar selepas hanya 2 minggu, Ini terbukti bahawa LUMINOUS630 merupakan penyelesaian yang amat berkesan, selari dengan dakwaannya yang ia 10x lebih berkesan dalam mengurangkan bintik-bintik hitam berbanding bahan aktif pencerah terkenal yang lain di pasaran,” ujar Intan Najuwa.



Dan bagi pelakon muda lelaki, As’ad Motawh, 22, pula penggunaan Nivea Luminous Post Acne Marks Gel-Like Serum baginya mampu menyelesaikan masalah jerawat.


‘Kulit saya jenis yang berminyak dan pada usia muda ini kadang kala jerawat tidak dapat dielakkan sehingga meninggalkan kesan. Saya telah cuba pelbagai produk tetapi tidak begittu berkesan,” ujar As’ad.


Menurutnya setelah diperkenalkan dengan Nivea Luminous Post Acne Marks Gel-Like Serum, ia mampu mengurangkan kesan parut jerawat dalam masa 2 minggu malah juga mengawal  minyak pada kulit mukanya.


Ternyata terbukti slogannya yang mengiringi produk iaitu #TrustMeItWorks.


Jika anda nak cuba bolehlah mendapatknnya di semua cawangan Watsons atau secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA OFFICIAL dengan harga antara RM105 hingga RM165.


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman facebooknya di www.facebook.com/mynivea atau di  laman web https://www.nivea.com.my



#NiveaLuminous360  #Serum #IntanNajuwa #AsadMotawh #ArtisHongKong #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan