PAMERAN MIBS BUKA PINTU PENIAGA LOKAL MENUJU GLOBAL!
KIRA-KIRA 10,000 pengunjung disasarkan mengunjungi Pameran 'Penjenamaan Antarabangsa Malaysia ke-18' atau 'The 18th Malaysia International Branding Showcase' (MIBS) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Disember 2023 depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Anjuran ES International Event Management Sdn Bhd (ESIEM) dan disokong oleh persatuan persahabatannya yang bertanggungjawab untuk 50,000 ahli keseluruhannya di Malaysia. MIBS dijangka akan dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa pada jam 11 pagi pada 1 Disember 2023.
“Sebanyak 70% pengusaha dari beberapa Wilayah China dan 30 peratus usahawan tempatan telah mengesahkan penyertaan mereka pada ekspo kali ini,” ujar Pengarah Urusan ESIEM, Dato Chong Chong Tik pada majlis pra pelancaran MIBS yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai di KLCC baru-baru. ini.
Turut hadir Perunding Kehormat ‘Malaysia China International Trade Link Association (Persatuan Pautan Perdagangan Antarabangsa Malaysia China) atau MACITA, Lady Puan Sri Dr. Susan S.C. Cheah serta wakil-wakil pengusaha kedua negara China dan Malaysia yang mengambil bahagian antaranya Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Dato Seri Abu Hasan Mohd Nor merangkap Pengerusi Sekretariat Hari Usahawan Negara 2023 bersama isteri, Datin Seri Norliah Che Mohammad sebagai AJK DPUKM.
Berkongsi lanjut, Chong Tik memaklumkan, antara daerah di Wilayah China yang akan mengambil bahagian meliputi Zhejiang, Fujian, Guangdong, Jiangsu, Guizhou, Ningxia, Guangxi, Yunnan, Jilin dan Sichuan selain Hong Kong, Taiwan mahu pun Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Singapore dan Kazakhstan.
“Dengan kehadiran kira-kira. 400 gerai yang akan memenuhi empat dewan utama di KLCC diyakini ekspo ini akan memberi peluang keemasan untuk semua pengeluar. dan peniaga memanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan pengenalan jenama masing-masing yang kukuh kepada pengguna,” tambah Chong Tik.
Jelasnya kira-kira 20 usahawan tempatan yang mengambil bahagian berpeluang memperkukuhkan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China sekali gus memudahkan jaringan perniagaan mereka.
“Ekspo ini akan mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk perubatan tradisional cina, peralatan kesihatan, alat tulis, peralatan rumah, budaya teh, pakaian, fabrik, makanan kesihatan, produk kecantikan, e-dagang rentas sempadan dan teknologi alam sekitar,” jelas Chong Tik.
Dalam pada itu sambungnya, pengunjung turut berpeluang mengikuti sepuluh seminar dan mesyuarat profesional yang dianjurkan termasuk aktiviti langsung oleh pengamal perubatan tradisional Cina, pertukaran e-dagang rentas sempadan, pengenalan kepada platform dalam talian Asean Boutique Jingdong, Mesyuarat B2B dengan syarikat dari Jijin, Guizhou, Taiwan dan Ningxia.
“Sebagai memberi peluang kepada lebih ramai pengusaha luar mengambil bahagian kami amat berterima kasih kepada penganjur Pameran Perdagangan Antarabangsa Zheijiang (Malaysia) & Pameran Eksport Zheijiang (Malaysia) 2023 kerana memudahkan perjalanan usahawan dari luar negara dengan menyediakan kemudahan penginapan dua hari satu malam di hotel 3 bintang serta pengangkutan bas percuma. untuk peserta berkumpulan,” ujar Chong Tik sambil memberitahu, pengunjung yang berminat dalam perniagaan bolehlah mengambil peluang mengunjungi ekspo dengan mendaftarkan diri mereka melalui QR kod yang boleh diperoleh melalui laman web MIBS di https://esievent.my/malaysia-international-branding-showcase/ atau lebih mudah KLIK SINI.
ABU Hasan (dua dari kiri) bersama isteri, Norliah dan ahli-ahli dari Sekretariat Hari Usahawan Negara (HUN 2023). |
Sementara itu, sebagai persiapan ke arah penganjuran Hari Usahawan Negara 2023 yang bakal berlangsung pada 8 hingga 10 Disember depan, Abu Hasan Mohd Nor berharap para usahawan tempatan khususnya peniaga IKS/PKS boleh mengambil peluang berkunjung ke MIBS.
‘Melalui ekspo antarabangsa itu ia bolehlah memberi peluang kembali kepada pengusaha-pengusaha terutama dalam bidang ekspot setelah 3 tahun perniagaan mereka terjejas untuk memperkenalkan kembali urus niaga mereka dari lokal ke global,” ujar Abu Hasan.
Sambungnya, dengan adanya pengusaha dari China di Malaysia, bolehlah usahawan tempatan berurusan secara terus dengan pembekal yang dicari sekali gus menjimatkan kos ibarat ‘sediakan payung sebelum hujan’.
#MIBS #HariUsahawanNegara2023 #Perniagaan #LokalKeGlobal #IKS #PKS #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan