RAIKAN CAHAYA DEEPAVALI DI SURIA KLCC, SAKSIKAN HIASAN 'KOLAM', MERAK MEMUKAU!
SELAMAT menyambut Hari Deepavali kepada semua pembaca dan rakan-rakan beragama Hindu yang meraikannya.
Sudah tentu masa cuti panjang ini ada yang balik kampung dan ada juga yang dari kampung datang ke bandar menemui kaum keluarga di kota kosmopolitan Kuala Lumpur ini.
Jika berada di KL apa kata singgah di pusat membeli-belah ikonik di ibu kota ini iaitu di Suria KLCC dan pukaukan mata anda dengan perhiasan cantik ka-boom di ruang Centre Courtnya.
Dengan tema ‘Gemerlapan Taman Cahaya’ dari 3 hingga 15 November ini anda boleh bergambar dan menikmati suasana mempersonakan di Suria KLCC berhadapan rekaan taman yang dihiasi bunga bungaan indah dan hayunan buaian yang pastinya menjadi tarikan untuk merakam detik indah.
Dekorasi “kolam” interaktif bersaiz 20 kaki menyambut pengunjung di ‘Centre Court’.
Ia mampu berputar dan memancarkan cahaya mengikut interaksi pengunjung malah suasana dimeriahkan lagi dengan hiasan sebuah replika burung merak setinggi tujuh kaki.
Kak Fas turut terpukau melihatnya apatah lagi bila ekor interaktifnya sepanjang 32 kaki mampu berkembang penuh gemalai dan begemerlapan mengikut interaksi pengunjung.
Diilhamkan daripada bunga tiruan serta beras berwarna, ianya seolah olah hidup. Memang cantik!
Hiasan berwarna warni beserta penataan lampu dan kesan bunyinya membangkitkan semangat perayaan cahaya ini.
Selain berhibur dengan persembahan tarian tradisional kaum India di ‘Centre Court’ apabila berada di Suria KLCC hujung minggu alunan lagu lagu Deepavali terpilih juga boleh dinikmati di seluruh pusat membeli-belah untuk meningkatkan suasana perayaan.
"Deepavali ialah masa yang amat bermakna, ia melambangkan kejayaan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan pengetahuan mengatasi kejahilan. Di Suria KLCC, kami bertekad untuk bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah sempena perayaan yang tidak dapat dilupakan, tetapi juga budaya yang memupuk hubungan dan persefahaman erat dalam komuniti kami," kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Untuk memeriahkan lagi sambutan kempen sambutan Deepavali ini, pembeli yang membuat pembelian berjumlah RM600 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan memperoleh e-Baucar membeli belah Suria KLCC bernilai RM50.
Pusat Beli-Belah Alamanda
Sambutan Deepavali di Alamanda Putrajaya bermula pada 28 Oktober dan akan berakhir pada 13 November.
Pengunjung disajikan dengan hiasan yang meriah, termasuk “kolam” berwarna- warni yang dicahayai untuk membangkitkan perasaan bertuah dan bernasib baik bagi penganut agama Hindu.
Bagi menambahkan keseronokan, pengunjung yang membelanjakan RM300 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khusus, Baucar Beli-belah Alamanda bernilai RM30 bakal menanti.
Pusat Beli-Belah Mesra Mall
Dari 8 hingga 19 November, di Mesra Mall Kemaman, sentuhan perayaan Deepavali dijelmakan melalui hiasan reka bentuk “kolam” yang dihasilkan daripada tepung beras.
Terdapat juga tarikan lain seperti burung merak dan saree bagi meningkatkan suasana perayaan sekali gus melahirkan semangat perayaan.
Untuk info lanjut, layari:
- Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
- Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
- Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
Tiada ulasan:
Catat Ulasan